Pada satu hari yang indah, burung-burung berterbangan bebas di langit biru. Menembusi setiap sudut awan yang ada. Matahari bersinar indah dan menerangi langit. Memang hari yang sangat baik tapi tak terlalu baik untuk seorang gadis ini.
"Tepi! Tepi!" Seorang gadis menjerit sambil menungang basikalnya melepasi orang-orang yang sedang berjalan. Muka gadis itu kelihatan cemas. Peluhnya menitik menuruni daripada dahinya sampai ke pipi.
30 minit sebelumnya,
Dasi run run run~ Nan meomcheul suga eobseo~ Do run run run~ Nan Eojjeol suga eobseo~
Lagu Bts Run memenuhi ruangan bilik tidur.
Handphone samsung note 2 nya di raba. Selepas menekan butang talian, dia pun buat loud speaker.
"Yeoboseyo?" Dia memulakan panggilan. Matanya masih rapat tertutup.
"Ya!! Lee jungmin! Kau dah lambat lah! Bangun!!!" Jerit suara ditalian.
Matanya yang tadi rapat sekarang sudah terbuka luas. Dia terus bangun daripada baring. Dia melihat jam di dinding. Mulutnya terlopong.
"Aku dah lambat!!!!" Jerit Jungmin
"Tahu pun!" Kata suara ditalian.
"Yang kau tak kejut aku asal? Aduhhh!! Dahlah nanti aku call kau balik" kata jungmin.
"Yer" kata suara ditalian sebelum memutuskan taliannya.
Jungmin mencampak phonenya di atas katil lalu dia pun cepat, cepat bersiap.
Selepas bersiap dan kunci pintu rumah, dia pun mengambil basikal biru ungunya itu sebelum mengayuh pergi.Selepas 30 minit,
Jungmin mengayuh dengan pantas akhirnya dia pun sampai di depan sebuah cafe. Dia pun cepat, cepat letakkan basikalnya ditepi dan masuk ke dalam.
Lepas jer dia daripada pintu cafe dia dah telan air liur bila ternampak seorang lelaki dengan muka garang sambil bersilang tangan, berdiri tidak jauh di depannya.
"Lambat lagi yer, miss lee jungmin" kata lelaki itu.
"Appa.... sorry! Jungmin tak buat lagi! Jungmin janji! Jungmin tak akan tidur lambat dan layan drama korea sampai pagi! Mianhaeyo appa" kata jungmin. Dia dah macam persalah yang kena tangkap ngan polis lepas tu mintak dilepaskan.
Encik lee memandang anak gadisnya yang seorang tu. Dia mengeluh.
"Ok ok, appa maafkan. Tapi no more peluang lagi for you." Kata encik lee. Jungmin tersenyum riang.
"Sayang appa!" Kata jungmin sebelum mengucup pipi appanya dan kebelakang untuk membuat kerja.
"Padan muka kau! Tu lah, bangun lambat lagi" kata kawan sekerjanya aka kawan baiknya, Choi Jung Ah. Jung ah menghulurkan apron ke jungmin. Jungmin pun menyambutnya.
"Dah aku tidur lambat. Ni semua sebab drama korea tu. Nasib baik lelaki tu comel" kata jungmin sambil mengikat apronnya.
Jung ah ketawa.
"Nasib baik jugak, cafe ni bapak kau yang punya. Kalau tak, memang dah lama kena buang kerja." Kata jung ah.
"Kann!" Kata jungmin. Dia tersengih.
Mereka pun mula berkerja.Tanpa dijangka, waktu pun berlalu dan sekarang waktu orang habis makan tengahhari. Cafe yang tadinya penuh dengan manusia manusia yang macam- macam ragam, akhirnya regang. Jungmin pun duduk di kaunter selepas penat berlari kesana sini. Jung ah menghampiri rakannya itu.
"Weii, kau perasan tak yang mamat tu asyik asyik datang sini?" Tanya jung ah tiba-tiba.
"Mamat mana?" Tanya jungmin. Dia hairan.
"Lah, mamat rambut pink oren tu. Yang suka bawa guitar kat belakang dia tu." Kata jung ah.
Jungmin cuba mengingati.
"Ohh, mamat yang suka pesan charamel macchiato tu ker? Yang tak beberapa nak tinggi tu?" Tanya jungmin.
Jung ah hanya mengangguk.
"Dia ada tak?" Tanya jungmin.
"Hmm... entahlah. Tak nampak pun hari ni. Tak datang kot" kata jung ah.
Jungmin hanya mengangguk tanda faham.
"Dahlah, daripada kau duk mengangguk macam burung belatuk, baik kau gi buang sampah tu. Aku nak pergi toilet kejap. Sakit perut" kata jung ah, dia pun pergilah lepaskan apa yang patut. Jungmin dengan malasnya, dia pun pergilah buang sampah di luar kedai.
Selepas buang sampah dia pun nak masuk ke dalam cafe dan terlanggar dengan seseorang. Dia jatuh terduduk.
"Aduhh~ sakitnya" ngadu jungmin. Dia rasa punggungnya bagaikan tak ada. Kebas!
"Mianhaeyo! Saya tak sengaja" kata suara itu. Jungmin pun melihat orang yang dia langgar tu. Dia terkedu.
"Uhhh... tak apa."kata jungmin sebelum orang itu menghulurkan bantuan untuk dia bangun.
"Maaf sekali lagi" kata orang itu.
"Tak apa. Awak ni yang suka bawa guitar tu kan?" Tanya jungmin.
Orang itu terkedu dengan pertanyaan jungmin. Dia mengangguk malu.
Jungmin tersenyum.
"Guitar!" Tiba-tiba orang itu menjerit. Jungmin terkejut.
Orang itu kelihatan cemas dan gelabah bila dia mencari guitarnya.
Orang itu jumpa guitarnya dan dia pun memeluk guitarnya erat.
"Ahh~ nasib baik selamat" kata orang itu. Wajahnya menunjukkan yang dia berasa lega.
Jungmin hanya tersenyum, dia terpandang satu kertas dijalan yang tidak jauh daripada tempat dia berdiri. Jungmin pun menunduk dan mengutip kertas itu.
"Miss JM? By woozi?" Read jungmin. Orang itu cepat cepat merampas kertas di tangan jungmin. Jungmin terpinga-pinga. Terkejut dengan tindakan orang tu.
"Nama awak woozi yer? Awak tulis lagu ker?" Tanya jungmin.
"Woozi tu nama pena saya, nama saya lee ji hoon" kata orang itu.
"Saya lee jung min!" Kata jungmin.
"Lupa pulak, awak datang sini nak minum bukan nak borak. Apa kata kita masuk dalam" cadang jungmin. Mereka pun masuk ke dalam cafe. Sebelum jungmin pergi ke kaunter, dia memandang woozi aka jihoon.
"Caramel macchiato kan?" Tanya jungmin.
Woozi mengangguk lalu berjalan ketempat yang dia selalu duduk kalau datang cafe tu.
Tak lama kemudian jungmin pun menghantar caramel macchiato itu ke meja woozi.
Selepas kejadian itu, mereka berdua semakin rapat. Woozi selalu datang ke cafe seperti selalunya dan berborak dengan jungmin bila jungmin free. Jung ah selalu mengusik jungmin yang bahawa jungmin ada hati dekat woozi tapi jungmin mesti nafikan tapi kalau nak dia katakan. Yer memang jungmin ada hati dekat woozi. Dia pun tak tahu macam mana dia boleh terjatuh cinta dengan woozi tapi tu lah hakikatnya cuma dia takut nak luahkan so dia diam jerlah.
YOU ARE READING
Kpop Fans Fiction
FanfictionAtas permintaan daripada bff saya, saya akan menulis fan fic mengenai seventeen dan kpop yang lainnya tetapi di dalam bahasa melayu. Harap diaorang suka dan pembaca yang lainnya juga!