"Daerin!! Bangun!!" Jerit Jiyeon di muka pintu bilik Daerin.
Daerin masih lagi sedang tidur. Tak rajin nak bangun awal.
"Daerin! Bangunlah!" Jerit jiyeon lagi . Pintu biliknya diketuk kuat. Kalau boleh, sampai pintu tu roboh baru dia berhenti ketuk agaknya.
Daerin pun dengan malasnya, bangun daripada katil lalu membuka pintu bilik.
"Kau nak apa terjerit-jerit macam orang sawan depan pintu bilik aku ni?" Tanya Daerin dengan mamai.
Jiyeon memandang Daerin lalu tersengih.
"Aku nak ajak kau pusing-pusing seoul" kata jiyeon, riang.
"Esok esok jer lah. Aku malas ni" balas Daerin.
"Jomlah teman aku." Pujuk Jiyeon.
"Aku tak rajinlah" balas Daerin.
"Aku belanja kau ice cream" kata Jiyeon.
Tiada balasan daripada Daerin.
Jiyeon memandang ke arah Daerin dengan wajah kesian dia.
"Ok fine. Aku bersiap kejap" kata Daerin.
"Sayang kau Daerin! Kaulah sepupu aku yang paling best!" Kata jiyeon, riang.
"Eh eh, time macam ni lah baru kau nak sayang aku" balas Daerin.
Jiyeon tersengih sebelum dia meninggalkan daerin untuk bersiap.
Daerin pun menutup pintu biliknya lalu bersiap.
20 minit kemudian, Daerin pun turun ke bawah. Dia mencari Jiyeon tapi tak jumpa.
"Ma, jiyeon mana?" Tanya Daerin kepada mamanya.
"Ohh, jiyeon teman halmeoni dengan papa pergi hospital. Ambik ubat halmeoni" kata mama.
Daerin terlopong kat situ. Buat penat jer dia bersiap.
"Huh, yang kamu duk tercegat kat situ nak buat apa? Pergilah keluar. Penat si yukwon tunggu kamu kat luar tu" kata mama.
Yukwon? Tunggu Aku? Apa kena mengena?
"Dia nak apa?" Tanya Daerin
"Eh kamu ni, kamu yang ajak dia keluar, kamu tanya pula" kata mama
Keluar? Siapa yang ajak?
JIYEON!
Ni mesti idea budak tu. Tunggu kau jiyeon! Aku kerja kan kau malam nanti!
"Yerlah ma, orang pergi dulu. Bye" kata Daerin sebelum melangkah keluar.
Keluar jer daripada muka pintu rumah dah boleh nampak yukwon menunggu di tepi keretanya.
Daerin mengeluh. Apalah nasib ku.
Yukwon memandang Daerin lalu tersenyum.
Daerin pun cepat cepat masuk kereta. Malas nak layan.
Yukwon hanya ikut.
"Kita nak pergi mana?" Tanya Yukwon.
"Shopping mall" balas Daerin.
"Ok" balas yukwon sebelum kereta yang di pandunya meluncur laju ke jalan raya.
Sepanjang perjalanan, yukwon asyik pandang Daerin.
Daerin buat bodoh jer. Malas nak gaduh.
Sesampai di shopping mall.
Mereka pun jalan jalan lah. Sudah lama berjalan, mereka pun berhenti untuk makan ice cream atas permintaan Daerin.
"Kau duduk sini dulu. Aku nak pergi toilet kejap" kata Yukwon sebelum berlalu pergi. Daerin hanya ikut arahan yukwon dan duduk di situ sambil menikmati ice creamnya.
Mint chocolate chip dengan creamy oreo. Sedapnya!
Sedang dia tengah makan ice cream tu tiba-tiba ada 2 orang lelaki yang dia tak kenal duduk di tempatnya. Betul betul di depannya aka tempat yukwon.
"Hai, seorang jer cik adik?" Tanya lelaki yang pertama.
Daerin buat bodoh jer lalu makan ice creamnya.
"Kalau cik adik seorang, cik adik ikutlah kami. Kita seronok seronok" kata lelaki yang kedua.
"Like i care" balas daerin.
Dua orang lelaki tu memandang satu sama lain.
"Huish, speaking kau." Kata lelaki pertama.
"jom lah ikut kitaorng" kata lelaki kedua lalu memegang tangan daerin.
Daerin cepat cepat tarik. Pandangan tajam di beri.
"Put your hand away from me" kata Daerin.
"Garangnya. Jomlah. Kitaorng buat kau rasa happy" kata lelaki yang pertama. Dia memegang bahu Daerin.
Daerin menepis. Daerin teringatkan yukwon.
Manalah mamat ni?! Cepatlah datang! Apa yang lambat sangat!
Dengan suka hati selamba badaknya,Dua orang lelaki itu pun memegang lengan Daerin kuat.
"Aaauuu!" Kata Daerin. Dia bergelut untuk lepaskan.
Dan BUKK!! satu tumbukan hebat hinggap dekat muka lelaki yang pertama.
"Kau apahal bro?!" Tanya lelaki kedua.
"Yukwon" kata Daerin bila nampak Yukwon berdiri di situ.
"Kau tu yang apahal, kacau bakal isteri orang" kata Yukwon. Dia kelihatan marah.
Bakal isteri? Siapa?
"Sorry bro sorry bro" kata lelaki pertama. Mereka berdua pun lari daripada situ.
Padan muka!
Yukwon memandang Daerin macam nak telan jer.
"Jom" ajak yukwon. Tangan Daerin di tarik, daerin pulak sempat mencapai ice cream yang dia beli tadi. Membazir kalau tinggal. Mahal tau!
"Kita nak pergi mana ni?" Tanya Daerin bila yukwon hanya berdiam diri dan menarik dia entah kemana.
Dengan tiba-tiba langkah yukwon terhenti. Daerin pun cepat cepat berhenti kalau tak, dia dah terlanggar yukwon.
Break tak bagitahu!
"Nah ambik ni" kata yukwon. Dia menghulur satu beg shopping warna coklat ke arah Daerin.
Wajahnya sudah kelihatan okey daripada tadi. Dia tidak lagi marah.
Daerin memandang Yukwon pelik tapi dia tetap mengambil beg itu daripada tangan yukwon.
"Apa ni?" Tanya daerin.
"Masuk dalam toilet lepas tu tukar" kata yukwon.
Daerin blur. Baru dia perasan yang diaorang berhenti betul betul depan tandas perempuan.
"Okey" kata daerin dia bagi ice cream tadi ke tangan yukwon sebelum masuk ke dalam toilet.
Yukwon hanya menunggu di luar.
20 minit kemudian, daerin keluar daripada toilet. Dia memandang yukwon, yukwon memandang dia.
"So...bila masa kau beli baju dengan seluar ni?" Tanya Daerin kepada yukwon.
Daerin tidak lagi memakai skirt pendek dan baju nya tadi. Sekarang dia sudah memakai baju yang agak besar dan seluar jeans panjang.
"Time aku kata nak pergi toilet tadi" kata yukwon.
Sebenarnya yukwon dah perasan daripada mula lagi yang ramai lelaki duk pandang Daerin.
Jadi dia pun pergilah beli pakaian yang cukup kain untuk Daerin tukar.
"Lagipun style macam ni sesuai dengan kau. Macam kau yang aku kenal dulu." Kata yukwon.
"So kau boleh start kutuk aku lah yer sebab style aku yang dulu macam lelaki" kata daerin.
Memang dia mengaku, sebelum ni dia tak rajin nak berlawa tapi sejak dia tinggal dekat amerika, style dia semua jiyeon uruskan. So dia pakai jer apa yang jiyeon pilih.
"Taklah. Pelik jer tengok kau pakai skirt. Nampak tak selesa" balas yukwon.
Daerin hanya tersenyum. Macam tau tau jer dia tak selesa pakai skirt.
Mereka pun teruskan apa yang tertinggal tadi. Diaorang pergi tengok wayang dan sebagainya.
Balik daripada tu, Daerin terus masuk bilik untuk mandi. Selepas mandi, dia duduk di berai katil.
Lenguh kaki dia berjalan satu hari. Daerin mula mengurut kakinya. Dia dah makan malam dengan Yukwon tadi.
Satu ketukan di pintu mematikan lamunan Daerin.Pintu bilik dibuka sedikit.
Wajah jiyeon muncul disebalik ruang yang terbuka.
Daerin memandang tajam ke arah jiyeon yang sedang tersengih memandang ke arah dia.
"Hehe, macam mana date?" Tanya Jiyeon.
"Banyaklah kau punya date." Marah Daerin.
Jiyeon berjalan menghampiri daerin selepas menutup pintu bilik. Dia duduk di tepi Daerin.
"Tak best ker?"tanya Jiyeon.
"Hmm...nak kata tak best tu tipulah kan. Bolehlah"balas Daerin.
Bagi Daerin, hari ni dikira bestlah jugak sebab first time Yukwon tak sakitkan hati dia dan layan dia dengan baik. Better than nothing.
"Wooohhh ~ suka lah tu." Kata jiyeon
"Tapi asal kau buat macam tu walaupun kau tahu aku tak suka cakap atau tengok muka dia?"tanya Daerin.
"Alah, aku tengok dia tu ok jer. Taklah sejahat yang kau cerita so aku buat lah kau luangkan masa dengan dia. Mana tahu dia dah berubah and tak macam dulu" kata Jiyeon.
"Hmmm...tapikan aku rasa adalah sikit dia tu lain daripada sebelum ni"balas Daerin.
"Yer ker?" Tanya jiyeon, kelihatan excited.
Daerin hanya mengangguk.
"Ceritalah apa jadi!"kata Jiyeon.
"Hmm..ok lah aku cerita." Balas Daerin. Dia pun mula bercerita daripada mula sehingga ke akhirnya.
Malam itu, jiyeon dan Daerin hanya berborak mengenai Yukwon.Seminggu selepas kejadian itu, Daerin dan Yukwon semakin rapat.
Hari ini, daerin dan Yukwon akan berjumpa dengan ahli block b yang lain. Katanya diaorang nak buat reunion jadi yukwon pun ajaklah Daerin. Lepas tu Daerin ajak Jiyeon sekali. Jiyeon ikut jer.
Mereka bertiga berjalan masuk ke dalam cafe.
Di hujung cafe terdapat 6 orang lelaki sedang melambai tangan ke arah Daerin, Yukwon dan Jiyeon.
"Yo!" Sapa yukwon. Yukwon dan ahli block b berpelukan.
Dah lama tak jumpa.
"Eh kejap, siapa dua orang gadis ni?"tanya zico. Ketua block b
"Korang dah lupa aku ker?"tanya Daerin.
"Eh kejap! Kau bukan daerin ker?"tanya kyung.
"Seriously?! Daerin?!" Tanya p.o
"Yes i am" balas daerin.
Mulut mereka terlopong. Tak percaya yang daerin depan mata diaorang ni sebenarnya daerin time diaorng sekolah menengah.
"Asal, tak percaya?"tanya Daerin.
"Ha ah. Kau nampak lain. Rambut kau dah panjang, kau punya style dah lain." Kata taeil
"Kau makin lawa." Puji jaehyo.
"Suka ah tu, yukwon" gurau zico lalu menyiku lengan yukwon.
"Eh! Yang ni sepupu daerin, jiyeon" kata yukwon.
"Hey" kata jiyeon lalu senyum manis.
"Saya b-bomb." Kata b-bomb.
Sebenarnya daripada tadi lagi b-bomb asyik pandang jiyeon. Menawan matalah katanya.
"Saya zico, yang ni kyung, p.o, taeil dan jaehyo" kata zico, memperkenalkan ahlinya.
"Hai, jiyeon" balas mereka.
"Hai" balas jiyeon.
Mereka pun memulakan makan malam reunion mereka.
B-bomb duduk disebelah jiyeon, jiyeon disebelah daerin dan daerin disebelah yukwon lepas tu ahli-ahli yang lain.
Mereka menikmati malam itu.
Bila tiba masa untuk balik, atas arahan zico dan yang lain, b-bomb diarahkan untuk menghantar jiyeon balik dan daerin akan balik dengan yukwon.
Malam pun berlalu.... good night everyone.
YOU ARE READING
Kpop Fans Fiction
Fiksi PenggemarAtas permintaan daripada bff saya, saya akan menulis fan fic mengenai seventeen dan kpop yang lainnya tetapi di dalam bahasa melayu. Harap diaorang suka dan pembaca yang lainnya juga!