Di Amerika
Daerin keluar daripada bilik air nya sambil mengeringkan rambut menggunakan tuala.
Dia duduk di depan meja cermin. Rambut panjangnya, di sikat rapi.
Dia pun memulakan rutin hariannya.
Mula-mula dia pun sapukan cream malam di wajahnya dan apa yang patut.
Selepas itu, dia beralih tempat ke meja kerjanya. Dia melihat kertas-kertas dan buku-buku yang berada di depan matanya. Dia mengeluh.
"Banyaknya lah hai Assignment nak kena buat" bebel daerin.
Boleh berpinar mata dia tengok semua tu.
Tiba-tiba, telefon bimbitnya berdering.
Dia pun mencapai telefon bimbitnya yang berada tidak jauh daripada tempat dia duduk tu sebelum menjawab panggilan.
"Hello" Kata Daerin.
"Daerin-ah, mama ni" kata pemangil di talian.
"Oh, mama. Mama sihat? Papa pun sihat? Halmeoni macam mana?" Tanya Daerin.
"Kami semua kat sini sihat. Daerin macam mana?" Tanya Mama kepada Daerin.
"Sihat jer. Semua kat sana dah makan?" Tanya Daerin.
"Dah. Kamu dah makan?" Tanya mama
"Dah, cuma tak lah sedap sangat, biasa jer tapi rindu masakan mama dengan halmeoni lah" kata Daerin.
"Aigooo... kesian anak mama."kata Mama. Daerin ketawa kecil.
"Huh, ma. Kenapa call Daerin ni? Ada apa-apa nak bagitahu Daerin ker?" Tanya Daerin.
"Lupa pula mama. Nasib baik kamu ingatkan. Ni, mama nak tanya kamu ni, bila kamu nak balik korea? Halmeoni kamu dah rindu sangat dengan kamu." Kata mama. Riak wajah Daerin berubah. Dia tidak lagi nampak teruja dan gembira bila mamanya tanya tentang kepulangannya ke korea.
"Hmmm... tak tahu lagi lah mama. Tapi, rasanya minggu depan. Sebab minggu depan baru daerin dapat cuti. Tapi kena tengok dululah macam mana" kata Daerin.
"Yerlah, kamu tu belajar rajin-rajin. Jaga makan. Nanti, kalau ada apa-apa lagi mama call" kata mama
"Baik ma. Ma pun jaga makan dan kesihatan tau. Say i love you to pa and halmeoni for me" Kata Daerin
"Ok. Dahlah mama nak tutup ni. Jangan tidur lambat" pesan mama sebelum talian di putuskan.
Daerin meletakkan telefon bimbitnya ketepi. Dia mengeluh.
Bukannya dia tak nak balik ke korea cuma tu lah. Banyak kenangan pahit dan manis yang dia tinggalkan kat sana. Nak kata dia tak rindu keluarga dia, memang tipulah kan. Semua orang mesti rindu keluarga dia. Tak gitu? Lagipun, masa last year dia di high school dengan tiba-tiba dia terpaksa pindah ke Amerika sebab papa dengan mama ada kerja nak buat kat sana. Lepas jer 2 tahun, mama dengan papa pindah ke korea balik sebab nak jaga halmeoni. Disebabkan Daerin sambung pelajarannya di University kat sana, dia tak boleh ikut pindah ke korea dan kena tinggal kat sana dengan cousin dia, jiyeon (sebaya- 22 tahun). Jadi dah hampir 4 tahun, daerin tak pergi ke korea dan jumpa halmeoni. Daerin mengeluh lagi.
"Arghhh... nanti-nanti lah fikir pasal hal tu. Sekarang ni kau buat jer assingment yang berlambak ni sebelum kau kena bebel dengan si Jiyeon dengan prof.taemin." kata Daerin. Dia pun memulakan kerjanya yang berlambak nak mampus tu dan lupakan perkara itu untuk sementara.Selepas 2 hari perkara itu dibangkitkan oleh mama, Daerin asyik-asyik mengeluh.
Di cafeteria.
Jiyeon membawa dulang makanan tengah harinya ke meja yang telah di jaga oleh Daerin. Jiyeon duduk di depan Daerin.
"Woi, asal ngan kau ni?" Tanya jiyeon. Entah kenapa dia rasa yang sepupu dia ni agak lain macam sejak kebelakangan ni. Asyik-asyik moody, mengeluh, tak bermaya langsung.
"Jiyeon.... macam mana ni... halmeoni suruh aku balik ke korea..." kata Daerin. Dia memuncungkan bibirnya kedepan.
"Habis tu? Balik jer lah. Apa susah" kata jiyeon lalu menyuapkan roti ke dalam mulutnya.
"Kau tahu kan... aku punya masa lampau macam mana..." balas Daerin.
"Lah.. mamat kingka yang kau citer tu ker? Biarlah dia. Bukan dia nak kacau hidup kau lagi dah. Dia dah besar kan? Takkan nak buat kerja gila lagi. Hal time sekolah dulu jangan bawak sampai sekarang. Entah-entah dah kahwin, anak bersepah." kata Jiyeon dengan selamba badak dia.
"Kau ni memanglah." Balas Daerin.
"Janganlah fikir sangat sayang ku. Kau ni suka risau yang bukan-bukan lah. Kau pergi jerlah korea tu, jumpa halmeoni. Citer lama pun kau ingat." Bebel Jiyeon. Satu suapan yogurt ke mulutnya.
"Yerlah yerlah. Aku pergi korea." Kata Daerin. Bila dia fikir-fikir balik, ada betulnya cakap si Jiyeon ni.
"Good! Sebagai ganjaran, aku akan teman kau ke korea" kata Jiyeon.
"Yes! Sayang kau jiyeon. Eh kejap! Aku punya makanan mana?" Tanya Daerin. Baru dia perasan yang dia tak makan daripada tadi. Baru nak excited, potong betullah.
"Pergi lah beli sendiri. Ni aku punya" balas jiyeon.
"Roti dengan yogurt? Buah and salad? Kau kenyang ker?" Tanya Daerin bila melihat makanan Jiyeon.
"Aku diet lah. Semua ni Sebab kau tahu tak! Ajak lagi aku gi makan kek kat kedai baru tu. Kan dah naik 2 kg" bebel jiyeon. Dia menjeling tajam ke arah Daerin yang sedang ketawa ke arahnya.
"Hahahah kesian dia yer. Nasib baik aku bukan jenis yang cepat naik berat badan. Dahlah, aku nak gi beli makanan" kata Daerin lalu pergi membeli makanan untuknya.
YOU ARE READING
Kpop Fans Fiction
Fiksi PenggemarAtas permintaan daripada bff saya, saya akan menulis fan fic mengenai seventeen dan kpop yang lainnya tetapi di dalam bahasa melayu. Harap diaorang suka dan pembaca yang lainnya juga!