Sebulan selepas itu....
"Daerin!"jerit jiyeon daripada tingkat bawah.
Daerin yang berada di dalam biliknya terkejut dengan jeritan yang tiba-tiba itu. Nasib baik, gunting yang dia pegang tu tak terlepas.
"Apa kau nak?!" Sahut Daerin.
"kawan kau datang ni" balas Jiyeon.
Kawan?
Daerin pun cepat cepat turun.
"Eh eh, buat apa dekat sini?" Tanya Daerin bila melihat ahli block b, hana dan Min kecuali Yukwon...
"Sajer, nak tolong kau kemas barang"kata p.o sambil tersengih.
"Tak ada benda nak kemas pun."balas Daerin.
"Daerin, kau betul ker nak balik amerika balik?"tanya Min
"Eh, kenalah balik. Cuti aku dah habis."balas Daerin.
"Alah...."kata hana. Zico memegang tangan hana.
Daerin hanya tersenyum.
"Bila korang balik?"tanya Zico.
"Esok,pagi" balas jiyeon.
"You kena juga ker pergi?"tanya b-bomb.
"Kenalah. I tak habis belajar lagi" balas jiyeon.
B-bomb memuncungkan bibirnya. Sedih, kena bercinta jarak jauh.
"Kalau you rindu i, chat kan ada. Video call pun ada. Gunalah"kata jiyeon, memujuk buah hatinya itu.
"Tapi i tetap rindu you"kata b-bomb
"Alahhaii, ngada ngadanya" celah P.o
"Diam ah"balas b-bomb
"Kalau kau rindu sangat si jiyeon tu. Kau ikutlah dia gi Amerika"cadang Hana.
"Senanglah kau cakap."kata b-bomb
"Tapi! Kalau i tahu you cari lain. I tak teragak-agak nk putus dengan you"kata Jiyeon, mengugut buah hatinya itu.
"Eh! Ada pulak cakap macam tu! I ni jenis setia tau"kata b-bomb, dia merajuk. Yang lain buat muka menyampah.
"Hal rumah tangga tolong bincang kat tempat lain yer"kata Daerin, mencelah.
Mereka ketawa bila melihat b-bomb merajuk. Ngada ngada betul pakwe orang ni.
"Dahlah, korang duduklah dulu"kata Daerin.
Mereka pun duduk sementara daerin ke dapur, buatkan air untuk para tetamu.
"Yukwon tak datang ker?"tanya jiyeon.
B-bomb menggelengkan kepalanya.
"Ker korang tak bagitahu dia yang daerin ni nak balik?"tanya Min.
"Dah bagitahu dah hari tu tapi melalui chat jerlah. Dah orang call tak nak jawab" balas jaehyo.
"Dia baca tak?" Tanya Jiyeon
"baca tapi tak balas"jawab b-bomb.
"Aku rasa dia busy kot. Maklumlah dia kan baru pindah rumah minggu lepas. Banyak benda nak kena uruskan."kata Zico.
"Aku pun rasa macam tu."setuju kyung.
Daerin hanya mendengar perbualan rakan-rakannya itu.
Selepas habis membuat air, dia pun ke depan sambil membawa dulang.
Dia meletakkan dulang itu di atas meja.
"Jemput minum"pelawa Daerin.
"Thanks" kata mereka. Daerin mengambil tempat di sebelah Kyung.
"Daerin, kau ada bagitahu yukwon yang kau nak balik?"tanya Min.
"Tak ada. Lagipun aku tengok dia tu busy memanjang. Malas nak kacau"kata Daerin.
"Macam tu pulak dah"kata kyung.
"Eh! Apa kata kita gi rumah baru dia tu. Lagipun kita tak tengok lagi rumah dia kan"kata Zico.
"Boleh ker?"tanya hana lalu menikmati air sirap yang sejuk itu. Nikmatnya lah rasa~
"Boleh kot. Alah, jiyeon dengan Daerin kan esok nk balik dah, tak salahkan?"kata Jaehyo.
Daerin hanya berdiam diri. Kalau boleh memang nak jer dia jumpa si yukwon tu, peluk dia erat-erat, kalau boleh tak nak lepas langsung, berkepit 24/7 jam kalau bolehlah tapi... dia tak naklah nanti orang kata macam tergila-gila kan pakwe orang. Bukan jenis dia yang suka rampas hak orang lain. Entah-entah si yukwon tu tak fikir pun pasal si daerin ni. Acah jer lebih. One side love katanya.
"Kalau macam tu jomlah!"kata p.o excited.
"Tak payahlah. Entah entah dia tak ada dekat rumah, macam mana?"kata Daerin.
Dia malas nak berjumpa yukwon. Pedih rasa hati bila kena tinggalkan yukwon. Kalau boleh dia nak tinggalkan korea tanpa berjumpa dengan yukwon supaya hati dia lebih aman. Bagi dia, itu yang terbaik untuk semua.
"Kau ni daerin. Relaxlah. Dia ada dekat rumah. Kalau tak ada kita balik jerlah. Apa susah"kata Min.
"Tapi... tapi..."kata Daerin, dia buat muka risau dia.
"Tak ada tapi tapi nya. Kau ikut jer."kata Jiyeon.
"Dah! Gi siap dulu. Cepat sikit!"kata Hana.
Daerin mencebikkan bibirnya.
"Tak yah nak buat muka 20 sen sangatlah"kata Min.
Mereka menolak daerin naik ke atas untuk menukar pakaiannya.
Block b hanya menggeleng kepala melihat telatah mereka.
Akhirnya daerin pun dipaksa untuk menukar pakaian dan mengikut mereka ke rumah yukwon.
Di depan rumah yukwon, mereka parking kereta betul-betul depan pintu pagar rumahnya.
"Function lah korang ni"kata Daerin sambil keluar daripada kereta.
"Dah sampai dah pun. Tak ada makna nak patah balik."kata min
"Kau ni, chill lah. Tak yah nak gelabah sangat boleh tak"kata Hana.
"Ok! Fine..."kata Daerin. Dia hanya pasrah.
"Relax jer daerin. Tak yah nak risau."pujuk kyung. Daerin hanya membalas dengan senyuman nipis.
Zico menekan loceng rumah itu.
Ting...tong... ting.... tong....
Pintu rumah pun terbuka. Keluar seorang gadis sexy daripada rumah itu.
Mereka terkedu. Hana, jiyeon dan Min membalas pandangan. Mereka memandang ke arah Daerin yang membeku disitu.
Mata daerin hanya tertatap pada wajah si gadis sexy tadi.
"Tak mungkin"kata hati Daerin.
"Yer cari siapa?"tanya gadis itu.
"Kitaorang cari yukwon. Dia ada?"tanya taeil.
"Yukwon? Korang ni kawan dia?"tanya gadis sexy itu, dia berjalan menghampiri block b dan yang lain. Block b mengangguk.
"Hyorin unnei..."kata Daerin bila dia dapat melihat wajah gadis sexy itu dengan lebih jelas.
"Eh! Daerin kan? Hey. Tak sangka jumpa dekat sini"kata Hyorin, mesra.
"Kau kenal dia ker?"tanya Hana.
Daerin mengangguk perlahan. "Ha ah"
Mereka terkedu. Terkejut.
"Siapa tu?"tanya satu suara yang sangat mereka semua kenal.
Yukwon keluar daripada rumah dan menghampiri mereka.
Mata daerin tak berkelip. Dia membisu seribu bahasa. Tak tahu nak bagi riaksi apa pada saat itu. Mata Daerin dan Yukwon bertaut saat yukwon memandang ke arah mereka.
Yukwon terkedu dan terkejut dengan kehadiran orang yang dia tak jangka akan datang.
"Hye yukwon!"kata zico menghilangkan kesunyian yang agak lama itu. Terasa akward di situ.
"Hye, korang"kata Yukwon. Dia melarikan pandangannya ke arah lain. Daerin menundukkan wajahnya. Kalau boleh dia memang nak balik masa tu. Nak lari sejauh mungkin janji tak tengok muka yukwon. Nak lari daripada kenyataan dan menangis sepuasnya. Matanya mula berkaca kecil. Dia menahan tangisannya.
Hana, min dan jiyeon memgang lengan Daerin untuk memberinya semangat.
"Ni siapa?"tanya P.o
"Ni hyorin noona"kata yukwon.
"Annyeong noona"kata block b.
"Annyeong! Korang ni mesti block b kan?"kata hyorin, riang.
Block b hanya mengangguk.
"Jemputlah masuk" jemput yukwon.
Masa mereka nak masuk ke dalam rumah itu,
Tiba-tiba terdengar suara hana, min dan jiyeon menjerit nama Daerin.
"Daerin!"
Mereka semua memandang ke arah Daerin. Daerin sudah terbaring di lantai dan tidak menyedarkan dirinya.
YOU ARE READING
Kpop Fans Fiction
FanfictionAtas permintaan daripada bff saya, saya akan menulis fan fic mengenai seventeen dan kpop yang lainnya tetapi di dalam bahasa melayu. Harap diaorang suka dan pembaca yang lainnya juga!