Keesokan paginya, jiyeon menerpa masuk ruang bilik tidur Daerin. Nasib baik Daerin dah bangun awal. Kalau tak, mesti nak kena dengar Jiyeon menjerit supaya dia bangun.
Daerin sedang menyikat rambut panjangnya.
Jiyeon duduk di birai katil Daerin dengan senyuman dia yang bersinar-sinar tu.
"Kau dah kenapa senyum sorang sorang?" Tanya Daerin.
"taklah, aku rasakan yang aku sukalah dekat si b-bomb tu" kata Jiyeon.
"Patutlah kau senyum mcm kena sawan" balas daerin lalu memandang ke arah jiyeon.
"Hish kau ni! Sepupu tengah happy ada panggil orang sawan" merajuk jiyeon.
"Alolololo. Bucuk bucuk."pujuk Daerin lalu ketawa kecil bila melihat jiyeon memuncungkan bibirnya ala -ala itik.
"So mesti ada benda jadi malam tadi kan?" Tanya Daerin. Jiyeon kembali tersenyum.
Dia mengangguk riang.
"Ceritalah dekat aku apa jadi" kata Daerin sebelum berjalan dan duduk di tepi jiyeon.
Jiyeon pun mula bercerita.
"Lah... Anyway good luck"kata Daerin
"Kau pulak macam mana dengan Yukwon?"tanya Jiyeon.
"Macam mana apa? Biasa jerlah" balas Daerin.
"Kau takkan tak ada hati dekat dia?" Tanya jiyeon.
Daerin terdiam untuk sementara. Dia pun tak tahu perasaan dia terhadap yukwon macam mana cuma dia rasa yang pendapat dia terhadap yukwon berubah sedikit.
"Woi! Termenung pulak dia" tegur jiyeon.
"Sorry. Tapi entahlah. Aku tak tahu" balas Daerin
"Macam tu pulak" kata jiyeon.
Daerin hanya tersenyum tawar.
"Eh, kejap lagi aku nak keluar" kata Daerin menukar tajuk yang mereka sedang bualkan
"Keluar dengan yukwon ker?"tanya jiyeon.
"Taklah. Aku nak pergi jumpa kawan lama aku. Kau nak ikut tak?" Ajak Daerin.
"Hmm tak kot..."balas jiyeon, dia dah mula tersengih sampai telinga.
"Asal?"tanya Daerin.
"Aku nak keluar dengan b-bomb" balas jiyeon. Dia dah start blushing dia.
"Patutlah. Good luck date" kata daerin.
"Thank you"kata jiyeon.Seperti yang dikatakan, daerin pun keluar berjumpa dengan kawan lamanya. Jiyeon pun dah keluar dengan b-bomb.
Di cafe sebuah shopping mall,
"Daerin!!!" Jerit 2 orang gadis bila melihat daerin berdiri di depan mata mereka.
"Aku rindu kau gila!!" Kata Hana
"Aku pun rindu kau gak"balas Daerin.
Mereka berpelukan erat.
"Sorrylah, kitaorng baru boleh jumpa kau sekarang."kata Min.
"Tak apa. Korangkan busy. Janji aku boleh jumpa korang. Tak kisahlah bila pun"balas daerin. Dia rindu sangat dengan bff dia ni.
"Kau sihat kan? Ada pakwe tak?"tanya Hana.
"Amboi hana. Kalau yer pun kita duduklah dulu"kata Daerin.
Hana hanya tersengih. Excited nak dengar story bff sendiri. Maklumlah dah lama tak jumpa.
Mereka pun duduk.
"So kau sihat tak?"tanya min.
"Dah ada pakwe?"sambung Hana.
"Aku sihat jer. Macam ni lah."balas Daerin.
"Pasal pakwe tu, aku still tak ada. Malas nak cari"balas daerin.
"Eleh, yerlah tu. Kau semakin hari semakin lawa. Rambut pun dah panjang. Dah pandai bergaya takkan tak ada yang terpikat" kata Min
"Tak ada. Dekat sana, aku ni biasa jer. Ada yang lagi hot"kata Daerin.
"eh cakap pasal rambut ngan gaya kau ni. Kau dah jumpa ker mamat kingka kau tu?"tanya Hana.
"Yukwon? Dah. Daripada aku jejak korea lagi" balas Daerin.
"Lah yer ker. Aku dah lama tak nampak dia lepas kau pindah Amerika. Jarang jugaklah dia datang lepak dengan block b. Kadang-kadang tu tak masuk kelas. Dia berubahlah. Tak macam sebelum ni." kata Min.
"Dia tak datang sekolah ker?"tanya Daerin.
"Dia datang cuma tu lah, macam tak wujud jer. Tapi aku tak tahu kenapa. Block b yang lain pun tak tahu. Lepas habis sekolah, kitaorang dah tak nampak dia cuma block b still in contact satu sama lain."kata Hana.
"Aku dengar yang dia ada couple dengan noona sebelum ni tapi tak tahulah."kata Min
"Sekarang?"tanya Daerin.
"We dont know. Block b pun tak cerita apa-apa."kata Hana.
Daerin buat muka pelik.
Tak ada pulak dia dengar benda ni semua daripada family dia mahupun yukwon sendiri. Daerin berasa pelik.
"Lantak lah dia. Korang pulak macam mana?"tanya Daerin. Saja dia tukar topik.
"Kitaorang okey jer. And yang bestnya, aku dengan min dapat pakwe" kata Hana
"Siapa?"tanya Daerin excited.
"Kau mesti terkejut."kata Min. Dia menunjukkan wallpaper pada screen phonenya.
"Oh shot! Serius ah? Kau dengan Jaehyo?"kata Daerin. Min hanya mengangguk malu.
"Aku dengan dia ni" kata Hana lalu memunjukkan gambar dia screen phonenya pula.
Daerin terlopong.
"Kau dengan zico? Daebak!"kata Daerin.
Dia terkejut gila dengar berita tu.
"Kitaorang dah couple lama. Setahun selepas kau pindah."kata min.
"Kitaorng pun mula-mula tak percaya. Yerlah, kau tahukan yang kitaorng berempat ni, tiap-tiap hari gaduh mengalahkan apa last-last bercinta jugak"kata Hana.
"Tulah pasal. Tapi, tak ada pulak diaorang cakap pasal hal ni time reunion semalam. Korang pun tak datang. Anyway Tahniah yer walaupun dah lambat" kata daerin
"Kitaorng tak dapat datang malam tu. Ada family problem tapi kitaorang ada bagitahu diaorang supaya rahsiakan. Sebab kitaorang nak bagitahu sendiri" terang Min.
"Patutlah"balas Daerin.
Mereka pun berborak lagi mengenai kehidupan masing-masing.
"Eh kejap! Aku nak gi toilet"kata Daerin. Dia pun bangun dan ke toilet.
Keluar jer daripada toilet dia nampak ada satu susuk yang berdiri tidak jauh daripada dia.
"Macam kenal..."kata Daerin. Dia cuba menghampiri tiba-tiba langkahnya terhenti bila ada seorang wanita yang agak tua daripada dia menghampiri lelaki itu.
Mereka berpelukan.
Daerin tercengang untuk seketika.
Dia tak percaya dengan mata dia saat ni.
"Yu...kwon..."kata Daerin perlahan.
Bila yukwon pusing kan badannya ke arah keberadaan Daerin, daerin cepat-cepat pusing ke belakang.
Daerin cepat-cepat berlalu pergi macam dia tak nampak apa-apa.
Balik daripada lepak dengan rakan-rakannya, daerin pun balik ke rumah.
YOU ARE READING
Kpop Fans Fiction
Fiksi PenggemarAtas permintaan daripada bff saya, saya akan menulis fan fic mengenai seventeen dan kpop yang lainnya tetapi di dalam bahasa melayu. Harap diaorang suka dan pembaca yang lainnya juga!