Bab 1

182 3 1
                                    

Bab 1

Wangian kemboja putih yang biasa didapati di kuburan Islam menusuk masuk ke corong hidung aku yang memang sedia mancung ini. Aku cuba buat-buat sibuk menghadap laptop Sony Vaio kesayangan yang dibeli ansuran dengan Sen Heng, lagi 1 bulan sahaja lagi aku akan bebas dari hutang. Makin lama, makin kuat pula bau bunga kubur tu. Aku tak sedap hati, lantas berdiri dari kedudukan yang amat selesa, kerusi plastik beralaskan bantal kekabu. Mau tak selesa!

Lalu aku menelan air liur secara perlahan, sambil anak mata melilau-lilau seolah mencari sesuatu. Dalam hati tidak henti-henti membaca ayat Qursi yang sudah dihafal sejak dari zaman sekolah. Itu sahajalah yang aku mampu buat diketika ini.

"Glup!"

Kedengaran air liur melalui ruang rongga. Aku menggosok belakang tengkuk menggunakan tangan kanan. Berkali-kali aku mengulangi perkara yang sama, dengan cara yang sama juga. Aduh aku kena ganggu ke ni?

Lama aku berdiri tanpa melakukan apa-apa, hanya aktiviti menggosok tengkuk. Entah kenapa sehari dua ini, aku sering sahaja berasa seram di bilik sendiri. Nafas dihembus perlahan, lantas aku terus menghempaskan diri ke tilam kekabu 6 inci saiz king yang dibeli minggu lepas dari Mak Cik Timah yang tinggal di hujung kampung. Tilam spring yang ayah belikan 5 tahun yang lalu, sudah pun menamatkan perkhidmatannya minggu lepas. Habis sakit-sakit tubuh sasa aku ni dek kerana spring yang sudah mula timbul dipermukaan atas tilam, penyudahnya aku mengambil keputusan membeli tilam kekabu Mak Cik Timah dan diletakkan di atas katil saiz yang sama. Melayang RM 180, tetapi aku bernasib baik, oleh kerana aku merupakan jiran 1 kampung, aku diberi sebiji bantal tidur dan juga sebiji bantal peluk secara percuma. Aku yang happy tak ingat dunia sampai melompat-lompat, dah macam beruk dapat bunga gayanya. Aku terus berhenti melakukan lompat beruk bila aku terperasan anak dara Mak Cik Timah sedang memerhatikan aku dari jendela yang terbuka luas. Oh indahnya ketika itu!

Aku pandang sisi atas belah kanan, bukan apa aku cuma nak tengok jam, baru pukul 11 malam rupanya. Setelah berasa sedikit selesa, barulah aku berani keluar dari kamar tempat aku beradu.Dalam takut-takut tu, aku sebenarnya sayang sangat nak tinggalkan tilam kekabu aku tu, maklumlah yang menjahitnya si gadis idaman ramai. Tetapi disebabkan oleh kerana aku diserang dahaga yang agak melampau, aku teruskan juga perjalanan yang terasa panjang ini. Dari balik dinding aku boleh dengar suara orang bercakap-cakap.

'Siapa pulak malam-malam ni duk bersembang kat dapur. Apa tak ada bilik tidur ke nak menyembang'. Aku hanya berani bicara di dalam hati, nak cakap kuat-kuat pun buat apa. Seingat aku sewaktu melintas di hadapan bilik tidur mak dan ayah, bilik dah pun bergelap, menandakan mereka sudah pun tidur, termasuk jugalah bilik tidur adik aku Quraisha.

Perlahan-lahan aku atur langkah kaki menuju ke ruang dapur, bimbang seandainya boleh kedengaran sampai ke gegendang telinga si pemilik suara tanpa diketahui tuan empunya itu. Tidak semena-mena aku terlihat satu cahaya putih yang terang benderang di luar rumah melalui cermin tingkap yang ditutupi langsir tipis berwarna kuning air.

"Dum!" Bunyi guruh yang sungguh kuat memecah suasana sunyi Kampung Bendang Basah. Ya! nama kampung aku memang pelik. Nama kampung sebelah tempat aku ni pulak Kampung Bendang Kering. Kadang-kadang bila nak sebut tu, aku fikir dua tiga kali, mana tidaknya asal aku sebut je orang gelak. Apa lawak sangat ke nama Bendang Basah tu?

"Mak!" Aku terjerit spontan sebaik sahaja mendengar bunyi dentuman. Nak hujanlah ni agaknya. Cepat-cepat aku tutup mulut guna dua-dua belah tangan. Nak lari pun kaki macam kena paku.

Tiba-tiba terpacul seorang wanita berumur dalam lingkungan 40an dari dapur. Wajahnya yang bersih tanpa cela itu mampu menipu sesiapa sahaja yang meneka umurnya.

"Saya rasa akak ni dalam lingkungan 30an kan?" Teka si penjual ayam di pasar malam.

"Eh kamu ni, orang yang kamu panggil akak ni, dah masuk 46, tahun ni." Tegas Puan Salbiah kepada si penjual ayam tersebut.

Kau Yang Tak TermilikiWhere stories live. Discover now