Mak sudah pun sedar dari pengsan. Hampir maghrib jugalah, mak baru sedar lepas kena sembur dengan bawang putih yang atuk kunyah. Aku betul-betul ingin tahu, apalah yang atuk baca sampai mak pengsan. Takkanlah sebab air liur atuk bercampur dengan bawang putih buat mak pengsan.
"Sal... are you okay dear?" Ayah tanya mak dalam bahasa omputeh. Mak masih terbaring tanpa reaksi. Mak hanya pandang ayah tanpa jawab soalan ayah yang bunyinya ala-ala orang muda-mudi bercinta yang selalu main dekat TV3.
"Siapa yang kena sampuk ni, mak ke ayah sebenarnya?" Adik aku tanya sambil renung muka aku. Kami semua duduk mengelilingi mak. Ayah sebelah kiri aku, adik aku sebelah kanan, atuk pulak duduk berhadapan aku.
"Kau ni kan, nasib baik kau duduk sebelah abang kau. Kalau tidak ayah luku-luku kau 21 kali." Aku cuba bergerak ke belakang sedikit untuk bagi laluan pada ayah tenung adik aku yang mulutnya tak berinsurans tu.
Ayah pandang semula wajah mak. Ayah usap rambut mak perlahan. Terserlah kasih sayang ayah pada mak. Terserlah yang ayah sangat melindungi mak. Sebab tu kerana mak, ayah sanggup tumbuk aku tanpa bertanya-tanya. Aku pula, terpaksa terima. Sakit tu memang sakit, tapi dah ayahkan, takkan aku nak buat tindakan refleksi kot."Sudahlah tu, yang penting sekarang Biah sihat. Apak pun tak boleh nak lama. Minggu depan apak datang semula. Mungkin tinggal lama sikit kat sini." Atuk seorang je yang panggil mak aku Biah. Aku pun tak tahu kenapa atuk tak panggil mak Sal je macam orang lain. Mungkin atuk nak berbeza dari orang lain agaknya.
"Kalau macam tu esok saya hantar apak balik."
"Kalau ikutkan, apak nak balik malam ini juga. Rumah pun tak berkunci." Atuk bercakap sambil perhati siling rumah.
"Bukan ke dah berpagar?" Ayah soal atuk.
"Aik, ayah atuk dah pasang pagar keliling rumah ke?" Aku tanya sebab setahu aku rumah atuk mana ada pasang pagar.
Ayah pandang aku dengan reaksi muka 'apasal kau sibuk'. Itu je jawapan yang aku dapat dari ayah."Itu satu usaha je guna ayat Al Quran. Secara realitinya kita kenalah kunci. Kamu ni pun..." Atuk geleng-geleng kepala.
Jawapan atuk pada ayah, sudah buat aku faham. Pagar yang dimaksudkan ayah menggunakan ayat suci Al Quran, bukan macam pagar yang ayah pasang untuk kurung ternakan ayah tu."Mm. Jadi apak nak balik malam ini juga ke? Esok pagi jelah. Tidur le sini malam ni." Ayah memujuk lagi. Mak pula dibiarkan sepi di pembaringan.
"Iyalah. Esok pagi, lepas subuh kamu hantar apak balik. Moga Allah menjaga rumah apak tu. Bukan apa, apak risau juga, sekarang ni musim orang pecah masuk rumah orang. Rumah apak tu pulak, tak payah dipecah-pecah tinggal masuk aje."
"Insya Allah tak ada apa tu." Ayah meyakinkan atuk.
"Yalah. Biarlah apak tidur kat luar ni je. Kamu tak payah susah-susah nak siapkan tempat tidur. Kamu jaga je Si Biah ni." Cara atuk cakap bagai mahu menyedarkan ayah bahawa mereka sedang berbual disaksikan oleh mak.
"Biah dah okay dah ni. Apak jangan risau. Badan ni je sakit-sakit". Mak bingkas duduk dan terus hulurkan tangan untuk bersalam dengan atuk.
Quraisha yang sedari tadi diam terus tanya mak, " mak... mak ingat ke apa yang berlaku kat mak tadi?"
"Apa yang jadi?' Mak tanya semula pada Quraisha.
"Mm... tak ada apalah mak." Quraisha jawab macam tu, selepas nampak dan faham reaksi ayah yang tergeleng-geleng kepalanya dari belakang mak.
"Dah... jom kita solat Isyak sama-sama. Awak larat tak?" Ayah tanya mak sambil ayah urut-urut bahu mak.
"Insya Allah bang. Macam mana pun saya tetap akan solat." Mak jawab dengan penuh yakin.
YOU ARE READING
Kau Yang Tak Termiliki
ParanormalKAU YANG TAK TERMILIKI. Kisah cinta dua dunia... Terlalu cinta.. Kemunculan P.R. Sutera A.. (Nama sudah diubah sedikit dari yang asal) baca sampai habis baru tahu nama panjang puteri bunian ini. Sebelum kemunculan Sutera, muncul dari golongan yang...