Bab 2

84 4 1
                                    

Bab 2

"Mak.. kenapa ramai-ramai ni? Adik mana?" Aku yang tengah mamai-mamai cuba untuk bangun dari toto nipis tempat aku dibaringkan. Sudahlah tengah-tengah rumah, dengan ramainya orang keliling aku. Rasa macam dah jadi jenazah pulak. Aku telan air liur berkali.

"Alhamdulillah kamu dah sedar. Adik kamu ada tu ha..." mak cuma tunjuk guna muncung ke arah bucu rumah. Orang ramai yang pegang satu buku kecil, mungkin Yassin dalam perkiraan aku, sudah pun senyap. Tadi masa aku kurang kesedaran memang aku dengar ada alunan ayat suci Al Quran tapi aku tak dapat tangkap surah apa yang dibaca.

"Mak... kenapa ada ramai orang ni?" Aku tanya dengan separa berbisik.

Tak semena-mena mak ketuk kepala aku. "Kau jangan nak main-main Qarl, apa yang ramainya? Kita sekeluarga je ada. Ayah kau dah ke kedai, beli roti kapai."

"Kenapa pulak Qarl nak main-main mak. Jap-jap ni tadi memang Qarl nampak ramai keliling Qarl ni, baca Yassin ke apa ntah. Qarl tak berapa nak pasti". Aku bangun dari pembaringan terus duduk bersila. Mak yang duduk tepi aku tadi, dah mula mendekat. Termasuklah adik aku yang duduk dibucu rumah tadi, duduk dekat dengan aku. Kami bertiga duduk bersila atas toto nipis yang sudah dilipat dua.

"Memang kita je ada. Campur ayah kamu berempatlah." Kali ni mak cakap dengan nada serius. Rasa betullah kot. Mata aku ni dah kena sampuk agaknya, gara-gara malam tadi punya pasal.

"Tadi adalah Mak Cik Timah dengan Mak Cik Peah datang. Semua pakat datang bawak anak memasing. Mungkin time tu kot abang perasan ada ramai orang." Quraisha menyampuk. Di tangan tak lekang dengan handphone Meganya tu. Dalam takut-takut sempat lagi dok main candy crush.

"Beritahu awal-awal tadikan senang. Ni abang ingat, kena sampuk dengan hantu semalam." Aku tengok kiri kanan. Sekali lagi kepala aku kena ketuk. Kali ni bukan ketuk sahaja, siap kena tolak sampai tertunduk ke lantai muka aku dibuatnya.

"Mak... kenapa tolak kepala orang?" Aku buat-buat bodoh lepas kena tolak. Bukan aku tak tahu sebab mak tolak kepala aku. Tapi aku tetap nak tanya.

"Kau tu mulut cabul sangat. Nasib baik aku tolak. Kalau aku pijak tadi?" Suara mak dah meninggi. Aku terus jadi kura-kura. Kepala aku dah terasa masuk ke dalam. Suara mak lagi ngeri dari bunyi petir.

"Hilang dah ke takut mak tu?" Aku tanya lagi dalam gaya kepala terperosok ke dalam tubuh badan. Adik aku dah gelak-gelak mengadap aku. Bayangkanlah dengan umur aku yang dah semakin meninggalkan zaman remaja, mak buat aku macam budak umur 10 tahun. Sedih..!

"Kamu jangan cari pasal Qarl. Nanti mak lesing kamu nanti. Sudahlah kamu tu tak memasal pengsan depan pintu bilik adik kamu. Sampai sekarang mak tahu apa sebabnya." Suara mak dah mula mengendur. Aku tahu dalam marah-marah tu, mak masih ada rasa takut dengan kejadian yang menimpa aku semalam.

"Mak nak tahu ke?" Aku renung ke anak mata hitam mak. Kali ni aku berani angkat kepala. Ambil kesempatan di atas kekalutan mak. Aku gelak jahat dalam hati. Adik aku dah semakin mendekat duduk dengan aku. Agaknya kalau diberi kata dua, mahu dia duduk atas riba aku agaknya.

"Seram ke?" Mak tanya soalan yang aku rasa macam tak logik. Kalau tak seram, takkanlah aku boleh pengsan. Aku pejam mata. Pergh memang terbayang lagi diruangan mata aku kelibat yang telah berjaya buat aku pengsan pertama kalinya dalam hidup aku.

"Qarl... mak tanya ni. Seram ke tidak?" Mak cuit peha kanan aku. Nasib baik tak cubit. Kalau tidak, kali ni memang aku nak meraung. Sakit yang tadi pun tak habis lagi.

"Mak ni pun. Tanyalah soalan yang lebih eksklusif lagi. Ini ada ke tanya seram ke tidak. Kalau tak seram, takkanlah abang boleh pengsan. Betul tak abang?" Aku tengok je perangai adik aku yang satu ni. Mulut bercakap, tangan dengan mata elok je kat si mega dia tu. Dia tak ada perasaan takut ke. Dahlah berlaku dekat bilik dia.

Kau Yang Tak TermilikiWhere stories live. Discover now