CERITERA 1 ~ SI GADIS CEMERKAP, NAWWAR

2.2K 48 0
                                    

11 tahun lalu
Port Dickson,Negeri Sembilan

Suasana di dalam bas awam
rona merah berbelang kelabu
itu seperti ikan sardin yang
dimampatkan dalam tin lagaknya. Penuh sesak. Semakin lama semakin ramai
penumpang yang naik. Nawwar mula rimas. Berhimpit-himpit.
Sudahlah kena berdiri. Ini semua gara-gara dirinya yang begitu baik membantu seorang warga emas yang tercari-cari sebuah tempat bernama Pioneer Cove. Dari berbual mulut ke mulut terus diaf membawa wanita yang agak berusia itu betul-betul di hadapan sebuah rumah seperti alamat yang tertera. Mujur kedudukan kawasan perumahan itu terletak tidak jauh dari pasar raya yang baru lepas dikunjunginya. Oleh sebab itulah dia terpaksa mengalami keadaan yang melemaskan ini. Sepatutnya dia pulang pada pukul 4.00 petang.
Sudahnya, jam merangka ke
angka 5.30 petang baru dia
dapat menaiki bas yang padat
ini. Biasalah, waktu orang
pulang dari bekerja. Dari nak
mengelak bersesak, akhirnya
terpaksa juga menempuhnya.
Nasib,nasib...

Bas berhenti lagi mengambil penumpang.

Pemandu bas itu cacat penglihatan agaknya. Tidak nampak keadaan dalam bas ini yang sudah seperti tauhu sumbat? Nawwar merungut.

Tiba-tiba bas itu menekan brek
mengejut. Nawwar yang sedang mengendong tiga buah beg plastik dan sekaki payung di tangan kirinya terdorong kne depan.

Aduh! Apalah malang sungguh nasibnya hari ini? Jikan dia menerima tawaran dari abahnya tadi, bukankah baik? Ini tidak, nak berlagak pandai. Konon tak nak susahkan abah. Sekarang apa dah jadi?

Kali ini bas itu membelok dengan pantas menyebabkan Nawwar segera memaut pada besi pemegang dengan kedua-dua belah tangan bagi mengelakkan dirinya jatuh. Beg plastik yang dipegang terpaksa dilepaskan.

Pemandu bas ini memang sudah gila! Sempat lagi dia nak buat drift dengan keadaan bas yang pemuh sarat ini. Hati Nawwar semakin membahang.

Dia cuba menunduk untuk mengutip beg-beg plastiknya yang terlepas tadi. Kemudian dia kembali berdiri sambil tangan kanan memaut pada besi pemegang. Masih ada dua perhentian sebelum tiba di perhentian bas rumahnya. Sabarlah wahai hati.

Beberapa minit berlalu dan perhentian bas berhampiran rumahnya semakin menyapa pandangan. Pantas Nawwar menekan loceng. Seketika kemudian, bas itu berhenti betul-betul di hadapan pondok bas yang dicat serba biru itu.

"Maafkan saya, tumpang lalu,"
ucap Nawwar lalu berjalan sambil menyelit di celah gerombolan manusia yang pelbagai rupa itu.

"Fuh! Lega!" luah Nawwar sejurus kakinya menjejak ke tanah.

Enjin bas menderum kuat sambil meninggalkan kepulan asap hitam ke udara. Nawwar melabuhkan punggung di tempat duduk yang diperbuat dari batu itu bagi melepas penat.
Selebihnya kaki ini terasa bagai hendak tercabut setelah hampir lima belas minit berdiri. Beberapa buah beg plastik yang mengandungi alatan tulis dan beberapa buah buku nota diletakkan di sebelahnya. Maklumlah, dua hari lagi sesi persekolahan akan bermula.


Nawwar akan memulakan alam persekolahan yang baru. Alam sekolah menengah. Berdebar-debar pula rasa di hati ini.

Bagaimanalah agaknya rasa menjadi pelajar sekolah menengah ya?

Di mata Nawwar terbayang-bayang dirinya yang berpakaian seragam sekolah baru. Jika dulu seragam sekolahnya baju kurung putih tetapi kain rona biru muda.

Semanis CoklatTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang