CERITERA 8 ~ HUJUNG MINGGU

139 5 4
                                    

Sabtu tiba jua membawa awan mendung yang menyelimuti kaki langit. Hujan baru berhenti subuh tadi. Kedinginan jelas mencengkam tubuh. Nawwar menarik selimut, membalut dirinya yang kesejukan. Dia melirik jam loceng di atas meja di sebelah kanannya. Sudah pukul 8.25 minit pagi. Terasa malas hendak bangun walau mata sudah tidak mahu lelap.

"Tok! Tok! Tok!" tiga kali ketukan di pintu kedengaran.

Hajah Halimah menggeleng melihat anak perempuannya yang masih lena di atas katil. Perlahan-lahan dia menghampiri katil anaknya. Nawwar segera memejam mata, pura-pura tidur.

"Awa, bangun nak. Hari ni kita ke kebun," Hajah Halimah mengejutkan anaknya itu.

Nawwar buat-buat terjaga. Dia lihat umminya sudah memakai T-shirt lengan panjang dan seluar track bottom. Tidak pula semalam umminya mengkhabarkan yang mereka hendak ke kebun pagi itu.

"Buat apa ke kebun, ummi?"

"Abah kata sayur sawi dan kangkung dah boleh dipetik. Buah tomato pun banyak yang dah masak. Lagipun abah nak buat batas lagi untuk tanam kacang panjang. Hah, ubi kayu tu pun kata abah dah boleh cabut," jelad Hajah Halimah.

"Kira gotong royonglah ni?"

Hajah Halimah mengangguk lalu mengusap kepala anaknya lembut.
Dia kemudian bangun, menyuruh anaknya itu mandi dan bersarapan. Selepas itu, dia melangkah keluar diekori dengan Nawwar.

"Apa anak dara bangun lambat ni?" Tak ada orang masuk meminang baru tahu," usik Naila ketika Nawwar melintasnya untuk ke bilik mandi.

Nawwar menjelirkan lidah ke arah Naila. Sehari kalau tak memerli orang tak sah agaknya. Usai mandi, Nawwar bersiap. Dia mengenakan T-shirt lengan panjang bergambar Hello Kitty, kartun kegemarannya dan seluar track bottom rona hitam. Selesai bersarapan, mereka sekeluarga bertolak ke kebun yang terletak di hilir sungai, tidak jauh dari rumah. Haji Mansor, Hajah Halimah dan Nek Som menaiki kereta sementara Nawwar menaiki motosikal yang ditunggang oleh Naila.

"Banyaknya buah tomato, ummi!" jerit Nawwar sejurus mereka tiba ke kebun sayur yang dipagari kawat dawai itu.

Haji Mansor membuka pintu lalu mereka sekeluarga mula menjalankan tugas masing-masing. Nek Som ligat memetik cili api yang bergayutan di tangkai. Hajah Halimah pula memetik sawi dan kangkung. Setengahnya boleh disimpan untuk dimasak sementara bakinya boleh dijual pada Ah Seng, pemborong sayur di Kampung Baru itu.

Nawwar leka memerhati buah-buah tomato yang masak ranum. Sangat mengasyikkan. Tiba-tiba namanya dilaung. Kakaknya sedang memanggil untuk membantu mencabut ubi kayu. Kacau daun betul dia ni!

Mahu atau tidak dia bergegas ke sana. Lalu, mereka dua beradik mula menarik batang ubi kayu dengan sekuat tenaga.

"Ish, tadi aku tengok dua kali kau tambah nasi goreng tapi nak cabut ubi ni pun kau tak larat," sindir Naila.

"Helo, tolong sikit ya! Kak ngah tu yang kurus kering, nak cakap orang," balas Nawwar.

"Wei, kurus-kurus aku pun tulang besi, urat dawai. Engkau tu, tulang kayu, urat benang," Naila tidak mahu kalah.

"Ewah... okey, kalau Kak Ngah kuat sangat, cabutlah sorang-sorang. Hah, kita tengok betul ke tulang besi, urat dawai," ujar Nawwar.

Hajah Halimah yang mendengar pertengkaran dua beradik itu hanya mampu menggelengkan kepala. Nek Som pula mengukir senyum. Ada sahaja yang dijadikan bahan bergaduh. Kalau di rumah tu, kecoh dengan suara mereka mengalahkan sepuluh orang. Namun, bila salah seorang tiada, pasti sunyi rumah itu.

"Awa, tolong abah kumpulkan tanah tu," arah Haji Mansor.

"Baik abah," sahut Nawwar sambil sempat mencebik ke arah kakaknya yang terkial-kial mencabut batang ubi yang agak besar saiznya itu.

Haji Mansor ligat mencangkul tanah yang masih ada di sekitar kebun yang seluas setengah hektar itu. Tanah peninggalan arwah orang tuanya. Sayang jika dijual. Kata orang, berbudi pada tanah, dapat juga hasilnya.

Nawwar menyodok tanah-tanah yang dicangkul oleh abahnya itu dengan penyodok kecil, masuk ke dalam plastik guni. Sedang asyik menyodok, dua ekor cacing keluar dari celah-celah tanah berwarna coklat perang itu.

"Ummi!!!" jerit Nawwar tiba-tiba.

Hajah Halimah terperanjat mendengar jeritan anaknya itu lantas bangun menuju ke arahnya. Jelas wajah wanita itu cemas.

"Kenapa Awa? Kenapa?

"Cacing, ummi... "

"Astaghfirullah... kamu ni..."

Suara gelak Naila jelas kedengaran kuat menampar gegendang telinga Nawwar. Eii... geramnya! Orang bukan takut tapi geli, tahu tak?

"Awa, Awa... ummi ingatkan apa tadi," Hajah Halimah bersuara.

"Maaf ummi, Awa tak sengaja," lafaz Nawwar menyedari dia telah membuat umminya risau.

Hajah Halimah kembali semula meneruskan kerjanya. Mereka sekeluarga tekun membuat kerja masing-masing sehinggalah matahari sudah tegak di atas kepala. Nek Som membentangkan tikar di bawah pokok cengal yang rendang. Bekalan nasi goreng dan ayam berempah baki sarapan tadi masih ada.

"Sudahlahtu abahnya, mari makan dulu," ajak Hajah Halimah pada suaminya.

Nawwar mencelup kedua belah tangannya pada air sungai yang jernih mengalir. Sungai itu tidaklah dalam. Hanya separas buku lali sahaja namun masih belum dicemari. Seekor ikan talapia berenang berhampiran dengan Nawwar. Gadis itu leka sebentar. Tiba-tiba dirasakan wajahnya basah dek percikan air.

"Sempat lagi kau mengelamun ya," usik Naila.

Eiii... dia ni memang penyibuk betul!

Afzar memicit bahu sebelah kirinya. Dia baru sahaja menyiapkan latihan Matematik Tambahan. Lantas dia bangun, menuju ke jendela. Mendung mula berarak pergi diganti dengan sinar mentari yang cerah namun tidak terlalu hangat. Desiran pepohon kelapa yang mengelilingi rumahnya begitu membuai rasa. Serta-merta ingatannya singgah pada wajah seorang gadis yang mencuit tangkai hati. Senyuman gadis itu terasa begitu manis sekali pada pandangannya. Ada resah yang menyelinap di dalam dada tatkala berada hampir dalam gadis itu. Sedikit sebanyak dia mengakui, Nawwar menarik perhatiannya.

"Hmm..." Afzar mengeluh kecil.

Baru sahaja dia hendak ke meja belajarnya semula, pandangan matanya ditarik pada sesusuk tubuh yang amat dikenali sedang mengayuh basikal masuk ke rumah. Gadis itu datang lagi. Gadis yang memberi cinta untuknya namun sayang dia tidak mampu membalasnya. Biarlah, sampai masanya gadis itu akan faham juga...

 Biarlah, sampai masanya gadis itu akan faham juga

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

#"Hye adik-adik... comment down below about what activities that you do during Covid-19?"

Semanis CoklatTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang