CERITERA 7 ~ LELAKI BERNAMA AFZAR

91 4 0
                                    

Pagi Khamis itu Nawwar dan rakan-rakan sekelasnya berkunjung ke perpustakaan kerana guru yg mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu tidak hadir. Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke sini. Perpustakaan itu tidaklah terlalu besar cuma sederhana saiznya. Ada dua bahagian di mana dipisahkan dgn sebuah bilik bercermin. Bahagian pertama menempatkan buku-buku rujukan dan kamus serta ensiklopedia manakala bahagian kedua menempatkan buku-buku fiksyen.

Mereka mempunyai masa selama dua jam untuk dihabiskan di perpustakaan itu sementara menunggu mata pelajaran seterusnya. Nawwar mengambil peluang ini untuk melihat rak yg menempatkan novel-novel berbahasa Melayu. Rambang matanya dgn pelbagai judul novel yg terdpt di atas rak.

"Minat baca novel ke?" tegur seseorang membuatkan Nawwar sedikit terkejut.

"Afzar!"

"Tak ada kelas ke?" tanya lelai itu.

"Tak, cikgu tk dtg. Awak buat apa kt sini?"

"Samalah, cikgu sya pun tk dtg. Emm, tk sangka ya, kita satu sekolah," ujar Afzar.

Nawwar mengukir senyum. Dia mencapai sebuah novel bertajuk "Biarku Sambut Cintamu" lalu bergerak ke meja bersama-sma dgn Afzar. Di tangan lelaki itu juga ada buku yg tebal saiznya.
Nawwar cuba mengintai pandang. Buku rujukan Biologi. Agak-agaknya lelaki itu berada dlm tingkatan lima, mungkin.

"Macam mana sekolah ni? okey?" Afzar menyambung bicara.

"Seronok! Besar sangat..."
balas Nawwar.

"Memang seronok. Sekolah ni pun ada banyak kelab dan persatuan. Awak dh fikir nk masuk kelab apa?"

Kelab? Oh ya, baru Nawwar teringat!''Mulai minggu hadapan, setiap hari Rabu ptg akan diadakan aktiviti kokurikulum. Nantilah, dia akan berbincang dgn Julina. Apa sahaja kelab, Nawwar tidak kisah asalkan Julina ada bersama.

"Belum fikir lagi. Err... awak ni tingkatan berapa ya?" Nawwar bertanya, takut-takut.

"Tingkatan lima. SPM tahun ni," jawab Afzar dalam senyuman.

"ooo... ambil berapa subjek?"

"Dua belas. Masa tingkatan empat nanti ada dua aliran. Satu aliran sains dan satu lagi aliran sastera. Aliran sains antara subjek pentingnya macam Fizik, Kimia dan Biologi. Aliran sastera pula lebih kepada Perakaunan dan Perdagangan," jelas Afzar.

Nawwar terangguk-angguk mendengar penjelasan lelaki itu. Baru Nawwar perasan, Afzar tampak lain dengan cermin mata di wajahnya. Tampak lebih matang dan segak.

"Hai Nawwar, siapa lelaki kacak ini?" tiba-tiba Rosshaida muncul dengan dua orang rakan di sebelahnya.

Nawwar menelan liur. Apakah Rosshaida ini pantang nampak lelaki kacak? Mulalah nak menggedik tu.

"Kenalkan, ini kawan saya Afzar. Afzar, yang ni kawan sekelas saya, Rosshaida, Nadzirah dan Sarahah," ujar Nawwar.

"Senior ke" Sarahah bertanya.

Nawar mengangguk sebagai jawapan kepada persoalan Sarahah tadi.

"Really? Oh, thank God! Boleh tak u tolong we all decide nak masuk kelab apa? We all keliru sikit. Banyak sangat pilihan. You as a senior tentu banyak pengalaman..." ujar Rosshaida dalam lenggok manjanya.

Nawwar yang mendengar terasa meluat. Lantas dia segera meminta diri, membiarkan Rosshaida dan teman-temannya berbincang dengan Afzar. Nawwar mencari kelibat Julina. Sejak masuk ke perpustakaan tadi, gadis itu seakan menghilang.

Akhirnya dia perasan Julina berada di celah-celah rak buku. Bulat matanya memandang sesusuk tubuh yang bersama-sama gadis itu. Apa yang Julina bualkan dengan Ezzy di tempat yang agak tersembunyi itu?

Bilik Guru Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan gempar pagi itu apabila menerima kunjungan seorang wanita yang menyerang seorang guru perempuan. Kecoh wanita itu menyumpah seranah guru tersebut
kerana menjalin hubungan dengan suaminya. Naila hanya tekun memerhati. Dia kenal guru perempuan itu. Walau jarang berbual, sekurang-kurangnya dia tahu sedikit sebanyak tentang guru perempuan berbadan kecil itu.

Guru Besar tiba menenangkan wanita berbaju kurung rona putih dengan bunga-bunga kecil berwarna merah. Selendang yang menutupi kepalanya digayakan ala-ala mak datin. Jika benar, pasti guru perempuan itu bergaul dengan orang kenamaan.

Kedua-dua perempuan itu dibawa oleh Guru Besar ke biliknya. Bilik guru kembali normal seperti sediakala. Cuma kedengaran suara berbisik-bisik sesama guru yang ada di bilik tersebut. Naila kembali tekun menyemak buku latihan Pemahaman di hadapannya.

"Ish, tak sangka akak, diam-diam ubi berisi Cikgu Sakinah tu. Tak padan dengan kecil," ujar Kak Maria sejurus selesai mengadakan sesi 'mengayam ketupat' sebentar tadi.

"Perasan hati kak, bukan boleh dipaksa," balas Naila selamba sekali gus menarik perhatian Syahar.

"Perasaan hati apanya, nafsu tu," bidas Kak Maria semula.

"Hati orang kak, kita tak tahu. Mungkin dia benar-benar ikhlas sayangkan lelaki tu", ujar Naila.

"Tapi kenapa suami orang? Macam tak ada lelaki bujang lagi dalam
dunia ni."

"Mungkin lelaki tu tak bahagia dengan isterinya," balas Naila.

"Eh, yang cikgu ni macam membela Cikgu Sakinah tu kenapa?" Kak Maria
bertanya, tidak faham.

Naila masih menanda latihan Pemahaman di hadapannya. Tidak sedikit pun dia mengalihkan tumpuan pada Kak Maria yang menanti jawapannya di sebelah. Sengaja membiarkan wanita itu tertunggu-tunggu.

"Kak saya tak bela sesiapa. Mungkin si isteri tu salah dan mungkin juga Cikgu Sakinah yang salah. Tapi kak, perasaan tu sukar diramal, Kadang-kadang ia ada, kadang-kadang ia hilang. Kita tidak berhak menilai seseorang itu tidak baik hanya kerana perasaan cintanya," hujah Naila seraya menghentikan penandaannya.

Kak Maria diam mendengar jawapan yang keluar dari mulut mungil Naila. Ah, sesekali gadis ini bersuara, pedasnya terasa menusuk hati. Naila terasa ada seseorang yang memerhatikannya dan telahan Naila ternyata benar. Syahar sedang merenungnya dengan pandangan yang Naila sendiri tidak mampu ditafsirkan.

"Eh, Awa!" ujar Julina tatkala menyedari gadis itu sedang memandang ke arahnya.

Nawwar masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Ezzy yang menyedari segera berlalu pergi. Julina merapati kawannya itu.

"Tadi Ezzy dengan aku berbincang tentang kelab masa kokurikulum nanti. Kau dah decide ke?"

"Belum, saya nak minta pendapat awak."

"Aku dengan Ezzy cadang nak masuk kelab teater sebab kat sekolah lama dulu kita orang dah masuk kelab kebudayaan. So, kau nak join tak?"

Entah mengapa Nawar hendak ketawa apabila mengetahui yang Ezzy ingin memasuki kelab teater. Biar betul! Lelaki yang dingin dengan renungan yang tajam itu ingin berlakon pentas? Wah, sesuatu yang di luar jangkaan.

"Kalau macam tu, saya ikut jelah," balas Nawwar.

"Awa..."

Nawwar berpaling dan wajah Afzar menyapa pandangannya. Julina yang berada di hadapan Nawwar mengukir senyuman sinis.

"Kawan awak yang nama Rosshaida tu memang macam tu ke?" tanya Afzar.

"Macam tu? Macam mana?" Nawwar tidak mengerti pertanyaan Afzar tadi.

"Ala ... macamtu..." Afzar tidak dapat mencari perkataan yang sesuai.

"Gedik, you mean?" Julina menyampuk.

Pantas Afzar mengangguk. Nawwar tertawa kecil seraya menjongketkan kedua-dua belah bahunya. Memang dia masih belum mengenali Rosshaida sepenuhnya lagi. Baru empat hari mereka berada dalam kelas yang sama.

Semanis CoklatTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang