5| Berubah

3.3K 217 14
                                    

Kau tahu salah,
sebab ego kau tak mahu mengalah.

Sudahnya kau bermadah helah, menambahkan lagi beban masalah.
Padahal ada jalan mudah,
hanya perlu mengaku salah.

Tak susah.
Tak lelah.

Kau tahu salah,
tapi tetap kau buat tak endah.

Kau terus berdiri gah,
langsung tiada rasa bersalah.
Dosa kau pandang mudah.
Disuruh bertaubat
kau jawab nanti-nantilah,
walau jauh di lubuk hati
kau rasa resah.

Jiwa gundah.
Hilang arah.

Kau tahu salah,
tapi kau masih tak berubah.

Sana sini kau tabur fitnah,
sibuk mengasah lidah.
Habis tepi kain orang kau celah,
banyak daging saudara sendiri kau lapah,
tapi kain sendiri basah terbelah
tak pulak kau kesah.

Sudah!

Insaflah manusia.

Berubahlah,
sebelum kau rebah,
dimamah usia,
dikambus tanah.

-S.A-

Suara Jiwa | CompletedWhere stories live. Discover now