17| Bekas pendosa

1.4K 102 4
                                    

Aku sedar
siapalah aku
sekadar bekas pendosa
di lorong gelap
tak layak menegur
membetulkan salah silap
hanya layak jadi pak turut
pada kau yang kononnya
baik bertopengkan malaikat
tapi hakikatnya menyimpan
seribu dendam kesumat.

Apakah bekas pendosa seperti aku
begitu hina di mata masyarakat
sampai tak layak berbicara
menyuarakan pendapat
walaupun perbuatan sumbangmu
jelas terlihat?

Jangan kerana dosa lampauku
sewenangnya kau jatuhkan hak
untuk aku beri kesedaran
pada kau yang kian jauh terjebak,
merosakkan akhlak.

Bukan saja-saja
bekas pendosa seperti aku
yang cetek ilmu agama
nak berlagak hebat.

Menegur itu amanat.

Sekurang-kurangnya,
aku selamat,
terlepas dilaknat.

Kau dan dendam kesumat?

Belum gerenti selamat.

-S.A-

Suara Jiwa | CompletedWhere stories live. Discover now