Two.

21.7K 81 5
                                    

II : 2009

" Alhamdulillah. Alhamdulillahil qaaim. Nahmaduhu wa nasta'inuhu wa nastaghfiruh. Wa na'uzubillahi min shuruuri anfusina. Wa min sayyiAati a'maalina. Mayyahdinillahu fala mudhillalah. Wa mayyudhlil hu fala haa zialah. Ash hadu an laailahaillalloh. Wa ash hadu an na Muhammadan 'abduhu wa rosuluh. Wa nusolli wa nusallim 'ala haaza an-nabiyyil Kareem. Sayyidil mursalin. Wa'ala aalihi wa sahbihi ajmain. Ayyuhal mukminun. Ittaqulloh. Uuseikum wa iyya ya bitaqwalloh. Fa qad faaz al-muttaqun, " Shekh Zubeyd membuka tazkirah. Tazkirah ialah satu kalimah, satu perkataan dalam bahasa Arab yang menggendong maksud peringatan. Dan sememangnya, tak kira sama ada tazkirah, kuliah mahupun ceramah, pastinya perlu diselitkan muqaddimah dalam tazkirah/kuliah/ceramah tersebut. Jikalau tidak, tiada keberkatan di dalam tazkiroh/kuliah/ceramah itu. Muqaddimah terdiri daripada selawad dan salam serta puji-pujian kepada Alloh SWT dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta mengajak seluruh muslimin supaya menetapkan taqwa di jalan Alloh. Itu muqaddimah.

Syekh Zubeyd dalam tazkirohnya mengingatkan tentang UBAH MINDSET DALAM PERUBAHAN.

" Dalam hal dunia, kebanyakan dari kita kalau nakkan sesuatu, contoh kereta mewah, pasti sebahagian dari kita akan kata:

"Ish, aku tak mampu beli kereta ni.. Mahal gaban beb.. "

Jangan kata macam tu.. Kenapa tak ubah mindset dan tanya kepada diri sendiri :

"Ish.. macam mana nak dapatkan kereta ni...."

Sama seperti nak BERUBAH atau BERTAUBAT.

Sebahagian dari kita kerap cakap:

"Aku belum bersedia lagi nak berubah..."
"Hidayah masih tak sampai lagi beb... Apa aku boleh buat.."

Jangan kata macam tu! Ubah mindset dan tanya kepada diri sendiri:

"Macamana aku nak berubah?"
"Apa benda yang menghalang aku untuk berubah?"
"Apa usaha yang aku dah buat untuk berubah??"
"Adakah aku dah doa sungguh-sungguh supaya Alloh bagi kekuatan untuk berubah?"

Cabar diri kita dengan bertanya soalan daripada kita terus menerus memberi alasan dari terus berkata "Tak mampu", "tak boleh", dan lain-lain.

InsyaAlloh at least ia akan membantu kita untuk melakukan sesuatu untuk berubah.Dan InsyaAlloh Alloh akan tunjukkan solution atau jalan yang kita tak pernah fikir pun!

Ya!

Kalau kita ikhlas nak berubah, Alloh akan bagi solution dan jalan keluar untuk kita berubah dengan jalan yang kita tak pernah fikir pun!

Trust me tuan-tuan and puan-puan !

Selamat menuju perubahan! " lantang Syekh Zubeyd mengutarakan tazkiroh.

" Saya rasa sampai di sini sahaja pertemuan kita pada petang ini. Wabillahit taufiq wal hidayah. Wassalamu 'alaykum warahmatullohi ta'ala wabarakatuh, " Syekh Zubeyd mengakhiri tazkiroh ringkas tetapi penuh intisari dengan mengucap salam suci kepada para hadirin. Syekh Zubeyd berdiri lalu bersalam-salaman dengan hadirin laki-laki bergilir-gilir. Selesai mengeratkan ukhuwah islamiyyah, Syekh Zubeyd meminta diri untuk pulang ke rumahnya.

Syekh Zubeyd ialah seorang bekas doktor dan pakar perubatan yang punya Ph.D dalam bidang perubatan berusia 73 tahun. Setelah bersara sebagai doktor pada usia 55 tahun, Syekh Zubeyd terus sahaja menyambung pengajian ilmu hadith, syariah islamiyyah, ilmu wahyu dan lain-lain lagi di Universiti Mu'tah di Jordan. Tamat pengajian dengan Ph.D dalan tangan, beliau pulang ke tanah air dan akhirnya mencurahkan baktinya untuk menyedarkan singa-singa ummah yang umpama mengantuk disorongkan bantal supaya bangkit menongkah fitnah dunya yang semakin bertali arus datang menyerang. Serta fitnah terbesar, fitnah Dajjal la'natulloh...

Sesampainya Syekh Zubeyd di rumahnya di hujung kampung, dia disambut mesra istri setia, Maymunah. Maymunah mencium tangan suami tercinta lalu menjemputnya minum di atas dangau di sebelah rumah, juga di sebelah bendang yang luas terbentang saujana mata memandang. Syekh Zubeyd duduk bersila di pangkin lalu menghirup air teh buatan Maymunah setelah membaca basmalah.

" Sedap air ni, Munah, " puji Syekh Zubeyd. Sememangnya tiap-tiap hari dia menghambur puji kepada isterinya. Tak pernah sehari dia gagal melempar kata suka kepada bininya itu.

" Alloh, macam selalu jugakl
ah, abang oi. Teh tu teh yang sama jugak, orang yang buat pon orang yang sama jugak. Bukan orang lain, " balas Maymunah bersahaja. Dia memang dah jelak dengan puji yang saban hari dia temui.

" Abang ada benda nak cakap dengan Munah ni, " Syekh Zubeyd membuka bicara. Yang ni tak usah bermuqaddimah bagai. Terus terjah.

" Apa dia, bang? Bunyi macam penting je, " Maymunah straight to the point.

" Munah tengok macam mana keadaan si Syafik tu. Makin elok ke makin teruk? Abang kalau boleh nak hantar dia pi pondok. Senang cerita, " kata Syekh Zubeyd.

" Entahlah, bang oi. Munah tengok dia tu macam makin teruk. Ashik berkurung je dalam bilik dia. Sembahyang entah buat, entah tidak. Menghadap fon je kerja dia. Munah tak kisah, bang. Kalau abang nak hantar dia pergi pondok, Munah terima je. Munah pun macam abang jugak, nakkan si Syafik tu jadi orang yang berguna untuk agama, bangsa dan tanah air, " hujah Maymunah panjang lebar. Syekh Zubeyd mengangguk sambil melurut-lurut jaggut yang mencecah kepala lutut.

" Hmmm..., "

Usai menghabiskan teh yang tersisa, Syekh Zubeyd turun dari dangau menuju ke pintu masuk rumah.

" Abang nak tengok dia kejap, " kata Syekh Zubeyd kepada Maymunah. Maymunah angguk.

" Pergilah, "

Syekh Zubeyd melangkah masuk ke dalam rumah dengan kaki kanan setelah menanggalkan sandal dengan kaki kiri. Hidup dia dilitupi sunnah Nabi SAW. Dia lekas mendaki anak tangga ke loteng di tingkat atas kerana itulah satu-satunya bilik yang juga tempat tinggal anaknya Shafik.

" Shafik. Shafik. Ooo Shafik, " seru Syekh Zubeyd. Namun, tiada sambutan. Tidur barangkali. Gumam Syekh Zubeyd sendiri.

Syekh Zubeyd menggenggam pintu bilik, " Ayah nak masuk boleh? " pintanya walaupun dia sedar itu tak perlu. Tiada sahutan dari dalam. Syekh Zubeyd memulas tombol lalu menolak daun pintu. Kelihatan bilik itu kemas sekali. Namun, Syafik tiada.

" Mana budak ni? " soal Syekh Zubeyd sendiri.

" Munah, mana pergi si Shafik? " laung Syekh Zubeyd dari dalam loteng.

" Dia tak keluar pun dari tadi, " jawab Maymunah.

" Aw shit, " tersembul jua kata nista itu dari mulut Syekh Zubeyd. Alim-alim anjing rupanya Syekh Zubeyd ni.

" Kenapa, bang? " Tanya Maymunah pula.

" Dia tak ada dalam bilik dia, " jawab Syekh Zubeyd.

" Hah sudah... "

Syekh Zubeyd melangkah masuk ke dalam kamar. Matanya melilau-lilau bak Arnold Schwarzenegger dalam The Terminator. Tak lama kemudian, pandangannya tertancap pada sehelai kertas yang dilipat kemas. Dia terus saja mengambil kertas itu lalu membuka lipatannya. Terdapat satu perenggan yang tercatat di helai kertas itu.

" Ayah. Mak. Shafik tak mahu mengaji pondok. Ayah Mak tau kan Shafik tak suka dikongkong, dipaksa. Dan kalau ayah nak hantar jugak Shafik pergi pondok, ayah dah tak perlu lagi dah. Kirim salam Shafik kat Mak. Salam rindu lagi sayang, Shafik..., "

" Ya Alloh..., "

SangapTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang