IV
Setelah puas melabur mani di seluar sendiri, setelah puas melampias nafsu hingga tubuh lesu, setelah puas melepas gian angkara bisikan shaitan, Afik berdiri dari duduk tergebar di atas sofa lusuh. Hudin yang masih ralit membaja impian songsang mendongak, melihat Afik dalam keadaan terpinga-pinga. Afik berjalan perlahan ke ruang dapur, mencari air bagi menghilangkan dahaga setelah penat beraksi di gelanggang sebentat tadi. Usai melanggah botol air sejuk di dalam peti ais sehingga kering, Afik meletakkan semula botol air itu ke dalam peti ais.
" Isi balik la! Takkan air nak penuh sendiri dalam botol tu, " arah Hudin kasar.
" Ek eleh. Aku minum sikit je pung. Itu pun nak berkira, " Afik sengaja membantah meski dia tahu dia akan kalah.
" Puki ah! Sikit ke, banyak ke, sederhana ke, minum tetap minum! Sekarang kau tak payah royak banyak. Kau isi balik botol air tu! " tempelak Hudin lagi. Dia dah masak benar dengan fe el Afik yang jenis tergedik-gedik ni. Bodoh, bisik Hudin dalam mamai. Afik, mahu tak mahu, mengisi juga botol air berjenama Tupperware tersebut, dengan air paip. Bukan selalu nak melawak kasar dengan kau, Hudin oi. Afik tersenyum sendiri. Setelah mengisi botol air sampai penuh membuak melimpah ruah, Afik simpan botol air itu di dalam freezer peti sejuk, bukan peti sejuk.
" Gasak kau lah, bf, " gumam Afik lagi. Dia berjalan melintasi Hudin yang nampak sekilas macam orang mabuk tuak itu lalu menguak pintu rumah. Mahu keluar.
" Oi, kau nak pergi mana tu? " Tanya Hudin, keras.
" Balik ah. Duduk sini romen kau pun, bukannya dapat zuriat! " sindir Afik tajam menikam.
" Baik aku balik rumah sodok belakang orang gaji aku. Mantap best pulak kan, " Afik sengaja meniup bara yang bertapuk. Sengaja mengapi-apikan Hudin.
" Kau ada orang gaji tak apa lah jugak. Tapi, kalau kau ada pun, kau selera ke? " soal Hudin, sinis. Dia tahu Afik hanyalah sekadar berlawak jenaka dengannya. Tak lebih dari itu.
" You knows it yourself, " jawab Afik lalu berjalan pergi meninggalkan rumah usang lagi lusuh itu. Hudin terus terkapar di tengah medan.
Sesampainya di jalan besar, Afik tunggi teksi lalu. Tak lama menunggu dah sampai. Afik menahan teksi itu dengan mendepangkan tangan kirinya ke hadapan sambil membuat riak muka paling manis dalam dunia. Teksi pun berhenti. Afik menguntum senyum. Driver teksi balas senyum kembali. Entah-entah driver teksi ni pun gay apa. Sangka Afik. Afik membuka pintu belakang teksi lalu masuk melabuh punggung di kusyen seraya bersandar. Pintu ditarik, ditutup. Driver teksi kalih belakang.
" Mana mau pigi incik? " tanya driver teksi itu. India driver ni.
" KLCC, " Afik menjawab, ringkas. Teksi pun berjalan menuju destinasi pilihan.
" Incik ni kencing dalam seluar ka macam mana? " soal driver teksi, dalam hati. Sayang sekali, Afik lupa yang seluarnya basah kuyup dek senggama tadi. Driver teksi tergelak mengekek.
" Apasal gelak? " Tanya Afik, lembut, sopan macam biasa.
" Tadappa incik. Tadappa. Lawak bodoh saja. Kikiki, " Driver teksi cuba cover gelak. Geli hati melihat celah kangkang seluar Afik. Afik yang tidak menyedari, mengesyaki apa-apa, terus melempar pandang ke luar teksi menikmati pemandangan yang sedikit dicemari dengan kenderaan orang ramai yang lalu-lalang serta asap tebal yang menghijabi pemandangan.
" Apa ke bodo orang Islam ni kencing tarak basuh, " Hati si driver teksi berbisik lagi. Kemudian, driver teksi kembali membiaya fokus ke arah jalan raya.
" Nangoi ke apa orang tua ni. Gelak gelak bagai, " Afik menjeling ke arah driver teksi tatkala hatinya berkata begitu.
Teksi berhenti tepat di hadapan menara KLCC yang indah tersergam. Sebijik macam menara aku tadi. Afik senyum. Driver teksi toleh belakang. " Wokeh, dua puloh lina ringgit saja, " ucap driver teksi itu. Afik mengeluarkan dompetnya dari dalam poket seluar lalu mengambil not hijau sekeping, not oren sekeping dan kemudian menyuakan not-not itu kepada driver teksi seraya melangkah keluar dari teksi. Driver teksi menerima dengan tangan dan hati terbuka. " Terima kasih, " ucap driver itu lagi. Afik buat tak endah. " Dahla kencing
dalam seluar. Sombong pula tu. Aik, bau apa ni? Macam pernah bau malam tadi. Tapi bau apa ya? " Driver teksi hairan. Dia tak terbiasa dengan bau air mani. Namun, dia tak cakap banyak. Dia terus saja menekan minyak, meninggalkan menara KLCC yang tak pernah-pernah sunyi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sangap
RomancePasangan gay, Hudin dan Afik, hidup bahagia terselindung dalam golongan minoriti yang bengkok disebalik komuniti yang memang memandang jijik terhadap mereka. Apa yang Hudin tak tahu, Afik bukan gay, dia biseksual. Di tengah dasar lautan kebahagiaan...