III
Sebuah teksi berhenti betul-betul di hadapan menara KLCC (Kuala Lumpur Convention Centre). Shafik keluar dari teksi itu setelah membayar tambang teksi menggunakan duit yang dia ambil, atau curi dari dalam peti simpanan ibunya sebelum dia berangkat ke mari. Sekilas,
Shafik memulakan perjalanan hidup baru di kota metropolitan, KL.Shafik berjalan sambil kepalanya diteleng-teleng, ke kiri dan kanan, seperti mencari sesuatu. Dia sekadar menyandang sebuah beg pakaian yang juga diambil daripada ibunya yang di dalamnya terdapat beberapa helai pakaian yang cukup untuk seminggu. Shafik merancang untuk mencari tempat tinggal serta tempat untuk meraih fulus pada hari pertama dia di sini.
Bertemankan helaian akhbar Klassifieds, dia mencari, dan terus mencari, namun kebuntuan juga yang dia alami. Semua tempat yang dia pergi, yang dia survey, semuanya mahal. Dia lari bajet. Shafik menggaru-garu kulit kepalanya yang tidak gatal. Merasakan yang dia sudah habis ikhtiar, dia melabuh punggung melepas lelah di sebuah bangku berhadapan dengan sebuah kedai buku. Sambil bersiul, dia mengerah otak, membuah fikir, di mana dia nak tinggal nanti. Beberapa ketika mindanya ligat berputar, Shafik mengeluarkan telefon bimbit Nokia 3310 miliknya lalu mendail nombor telefon seseorang. Bunyi tut tutu kedengaran. Tak lama kemudian, talian sebelah sana diangkat.
" Helo, " ucap Shafik.
" Hah, apahal call aku tengah-tengah hari rembang ni? Meroyan? " jawab suara yang menanti di corong sana.
" Kau tau tak tempat-tempat kerja kosong kat KL ni? " Tanya Shafik, naif.
" Apasal Tanya aku pulak?! Aku bukannya duduk KL! " tempelak empunya suara dari sebelah sana lagi.
" Laaa, kau yang cadang kat aku suruh lari ke sini. Takkan kau nak biar aku merempat bawah jambatan je kot kat sini? " balas Shafik, sedikit tinggi. Kedengaran desah nafas menderas di corong talian sebelah sana. Shafik sabar menunggu. Tak semena-mena, talian diputuskan. Dimatikan. Tut. Tut. Tut.
" Macibai! " sumpah Shafik sendiri.
Sedang Shafik duduk bersendirian, tiba-tiba datang seorang lelaki mengambil tempat di sebelahnya sambil melempar kilas pandang terhadap wajah Shafik. Shafik tersenyum, kelat.
" Dengar kata, nak cari kerja? Betul ke? " tanya lelaki itu. Shafik menoleh. Dia buat muka hairan. Siapa laki-laki ni? Hatinya berbicara.
" Tak, tadi terdengar kau berbual dalan henset tu, " Lelaki itu memberi penjelasan. Shafik lega seraya tersenyum.
" Ya, saya orang baru kat sini. Tu yang nak cari kerja tu. Nak cari duit, " kata Shafik. Lelaki itu mengangguk.
" Ikut aku, " Lantas lelaki itu menarik tangan Shafik dan membawa dia ke suatu tempat.
Shafik dibawa oleh lelaki misteri itu ke sebuah rumah banglo tiga tingkat yang tersergam mewah lagi indah.
" Ni rumah sapa ni? " tanya Shafik.
" Ni rumah bapak aku, " balas lelaki itu acuh tak acuh sambil mematikan enjin kereta Datsun 400R yang diparkir di garaj rumah, bersebelahan dengan kereta ayahnya, Ford Mustang 1973 yang telah dimodified baru. Lantas, lelaki itu keluar dari kereta seiring keluarnya Shafik dari kereta itu.
" Kau tunggu sini kejap, " arah lelaki itu sambil melangkah ke pintu masuk. Shafik angguk.
" Assalamualaikum! " laung lelaki itu.
" Mak! Ooo Mak! " panggil lelaki itu lagi.
" Waalaikumsalam! Hah masuklah! Tercegat APA lagi? " kedengaran suara ibu nya dari ceruk dapur memanggil anaknya masuk. Lelaki itu menoleh ke arah Shafik sambil melambaikan tangan, tanda menyuruh Shafik masuk. Shafik tak banyak ragam. Terus saja berjalan ke arah lelaki itu yang sudah pun masuk ke dalam rumah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sangap
RomancePasangan gay, Hudin dan Afik, hidup bahagia terselindung dalam golongan minoriti yang bengkok disebalik komuniti yang memang memandang jijik terhadap mereka. Apa yang Hudin tak tahu, Afik bukan gay, dia biseksual. Di tengah dasar lautan kebahagiaan...