Five.

13.2K 87 9
                                    

Teksi berhenti tepat di hadapan Setia City Mall yang terletak di Setia Alam. Atau lebih tepat lagi, Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor, Malaysia. Dibuka dari jam 10 pagi hingga sepuluh malam. Dua belas jam waktu bekerja.

Afik yang terlelap setelah melabuh duduk di dalam teksi itu terjaga apabila drebar teksi itu sengaja membunyikan hon kereta, tak puas hati dek kerana teksinya dikencing seketika tadi. Drebar teksi kalih belakang.

" Dey bangun la! Suda sampai ini Setia City Mall! " jerkah si drebar. Suaranya persis pelawak Hindustan, Johnny Lever. Afik terkulat-kulat, memisat-misat biji mata dia.

" Hah, berapa ringgit? " tanya Afik acuh tak acuh.

" Dua puluh, " Drebar buat 'peace', tunjuk isyarat dua jari tangan, telunjuk dan tengah. Mau saja dia tutup jari telunjuk. Namun, etika kerja menghalangnya dari bertindak sedemikian.

" Dua puluh?! " Afik buat-buat terkejut. " Nah! " Sekeping lagi not oren dikeluarkan dari poket bajunya lalu diserahkan kepada si pemandu teksi berbangsa India itu.

" Buat-buat terkejut pulak. Seligi nanti, baru tau! " Gema suara hati si drebar sambil mengambil not oren itu dengan senyuman yang tampak seperti dibuat-buat, sekadar memenuhi etika kerja, tak ikhlas, macam mana rezeki nak berkat?! Hah.

Afik keluar dari teksi tanpa mengucapkan terima kasih. Drebar tarik muka lima sen di belakangnya. Lantas, dia menekan minyak menyebabkan teksi laju pergi meninggalkan Afik. Seperti kuda yang diacung tali pedatinya. Seperti kartun Mickey Mouse dimana sebelum Donald Duck mula berlari, dia mesti tarik lajak dahulu. Hah, macam tu lah.

Afik, setelah lenyap bintang-bintang, setelah hilang mimpi-mimpi yang datang menerjahnya ketika dia lena tadi, terus membuka langkah menuju masuk ke arah pintu masuk Setia City Mall. Dia sebenarnya perasan bahawa teksi yang dinaikinya tadi dengan teksi yang dinaikinya ketika dia pulang tadi adalah teksi yang sama dengan drebar yang sama. Cuma, sengaja, dia buat tak endah, dia buat tak tahu, dia buat tak kesah.

Usai masuk ke dalam Setia City Mall, Afik turun ke tingkat bawah menerusi eskalator yang terletak jauh dari pintu masuk. Beberapa ketika berjalan, Afik sampai ke tempat dia mencari rezeki, menadah nafkah. Kedai Buku MPH, bertempat bersebelahan dengan McDonald yang kini sibuk diboikot dek kerana kenyataannya yang memberi sokongan kepada puak Zionis dalam usaha untuk memperluaskan wilayah Tebing Barat mereka. Afik melangkah masuk ke dalam premis majikannya lalu bertenggek di bahagian kaunter.

" Assalamualaikum, " sapa Afik dengan ucapan salam. Petugas di kaunter yang sedang mengemas barang di rak buku di belakang kaunter lekas menoleh seraya berkata, " Ya, apa yang boleh saya bantu? "

" It's me, Shida. Ni aku, Afik, " kata Afik setelah petugas yang memiliki nama Shida itu mengucapkan ayat yang demikian. Shida terlopong. Nganga mulut. Buat muka terkejut. Afik gelak besar.

" Ko pehal datang sini? Bukan dah kena pecat ke? Kes LGBT..., "

" Shhhhh! " Afik menekan jari tengahnya ke bibir Shida. Sambil-sambil mendiamkan, dia tunjuk 'fuck' sekali. Shida tergamam. Raut muka Afik berkerut sejuta, bukan seribu.

" Kau ni, memang keturunan nenek moyang kau mulut lancang kuning ke? Mulut takde insurans? Kalau ya pun, tengok tempat la, bodoh. Ni tempat awam, bukan belakang rumah kau. Kalau belakang rumah kau boleh la jugak aku tutuh, " Afik meledakkan amarahnya. Sejenak, mereka membisu bicara, mengunci kata. Afik menarik semula jarinya dari bibir Shida setelah mata hitam Shida tajam menjelingnya. Shida tiba-tiba tergelak perlahan.

" Apa tutuh tutuh?! Nak rogol aku? Ceh! Selera! Hmmm kau tau cuak? " Shida sambung gelak. Afik sakit hati, malu sendiri. " So, bos jumpa kau hari tu, sebab ni la? " tanya Shida, kali ini lebih perlahan. Dia takut, Afik naik minyak lagi.

" Tak jugak, " nafi Afik seraya masuk ke dalam bahagian kaunter. Shida turut berkalih. " Habis tu? " soal Shida lagi.

" Bos tegur aku sebab aku selalu sangat datang lewat. Itu jerrr, " balas Afik sambil mencari-cari sesuatu di bahagian kaunter.

" Kau datang sini buat apa? " Shida tak lokek dengan pertanyaan. Afik masih terus mencari.

" Ambil barang kejap, " jawab Afik, pendek. Dia terus menerus menyelongkar barang-barang yang menyemak di kaunter itu.

" Ye la barang apa? " Shida kacau lagi. Afij menyampah.

" Kad topup aku kat sini, mana? " Afik pula tanya Shida. Shida diam, kaku.

" Mana? " tanya Afik kedua kali.

" Aku dah buang. Aku ingatkan orang dah guna. So, aku buang lah. Sampah, kan? " selamba Shida mengatur ayat. Afik terbeliak biji mata.

" WTF?! 30 ringgit kot! GST lagi seringgit lapan puluh sen! Kau ni....., " Afik genggam penumbuk. " Aku tak kira, aku nak kau bayar 35 ringgit. Macibai betul lah! " seranah Afik.

" Ok. Ok. Ok. Aku bayar. Tapi apa tu WTF? " Terserlah kedunguan Shida di situ.

" Wallohi Too Funny! Bak sini duit aku! " jerkah Afik. Shida tarik laci cashing machine lalu memberikan 40 ringgit kepada Afik.

" Oi haram jadah punya perempuan. Kau seleweng duit kedai pulak? " marah Afik lagi.

" Ala nanti aku ganti la balik. Ok? " kata Shida pula.

" Promise? " soal Afik.

" Promise, " jawab Shida sambil tersenyum.

" Butoh buat sweet. Blah la, " Afik berjalan keluar dari bahagian kaunter. " Kau tu berhingus hijau lagi, mak kau pun hijau! " Afik menuding jari ke arah Shida seraya berjalan keluar dari MPH.

" Ek eleh, kau tu hingus warna apa? Emas tak kalut, " tempik Shida marah.

Tatkala Afik melangkah laju keluar, dia berlaga bahu seseorang.

" Alloh! "

" Aduh, " Wanita rupanya yang dilanggarnya.

" Maafkan saya, cik, " Afik melihat-lihat bahu wanita itu. Tak semena-mena wanita itu mendongak dari ketundukannya. Afik terpana, ternganga, tertungau, terpukau, terkesima, terpesona semua pun ada! Sepintas, kedua-duanya terdiam. Memandang antara satu dengan yang lain. Mata bertentang, hatiku mula terbayang siang dan malam terbayang-bayang.

" Ni makhluk dunia ke bidadari shurga? " Hati Afik berbicara. Renung-merenung belum pun habis, bak sinetron Indonesia di Astro Oasis. Astro Oasis ada sinetron ke? Hentam sajalah labi.

" Tak, tak, tak, saya okey, " Wanita itu tersedar dari lamunan lantas membuka suara. Afik juga, mati angan-angannya.

Afik melihat tanda nama yang tersemat di dada wanita itu. Dada ya, dada. Fikir yang murni saja ya. Safinah. " Ooo Safinah. Safinah nan ayu. Badannya ramping. Kalah kayu, " nyanyi Afik sendiri. Hatinya riang tiba-tiba. Gundah-gulananya hilang serta-merta. Sekilas, Afik berkalih. Dia membuang pandang ke arah wanita tadi.

" Cik! " panggil Afik. Wanita itu menoleh. " Business card? " Afik tanya. Dari kaca mata penglihatannya, wanita ini kerjanya hebat kerana berpakaian kemas, bergaya lagi. Memang lah, dia mana pakai kaca mata. Tolol.

" Nah, " Wanita itu tak segan silu. Terus memberi kadnya tanpa ragu-ragu. Menawar diri untuk dimadu. Dengan siapa? Dengan Hudin la. Afik terima dengan hati dan nafsu terbuka. " Terima kasih, " ucap Afik.

" Most welcomed, " balas wanita itu lalu masuk semula ke dalam kedai buku MPH. Afik menguntum senyum lebar.

" Yahoo! Lauk aku! Hehehe, "

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Dec 31, 2015 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

SangapTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang