Jihyo yang bernafas termengah-mengah selepas berlari jauh ke dalam hutan untuk menghindari EXO dan BTS berhenti di hadapan sebuah tasik. Cahaya bulan malam itu menyinari tasik tersebut dengan indahnya. Jihyo membuat keputusan untuk berehat disitu bagi menghilangkan penatnya. Air mata yang sedari ditahannya jatuh tak diundang, mengingatkannya terhadap malam selepas Luhan berpindah, dia menangis tak sudah-sudah.
Jihyo: Xi Luhan, maaf sebab aku buli selalu kau. Aku cuma nak kau benci dan jauh dari aku sebab aku ni bukan manusia biasa macam kau, macam EXO, BTS. Aku ni serigala jadian. Aku tahu kalau kau dekat dengan aku, kau akan terperangkap dalam kekacauan ni semua. Aku tak nak kau dalam bahaya sebab aku.
Tangisan Jihyo semakin menjadi-jadi. Direnungnya lama-lama refleksi dirinya di permukaan tasik tersebut. Mengapa dia tak dapat dilahirkan ke dunia ini sebagai manusia biasa, apa salah yang telah dia lakukan selama ini sampai terpaksa dilahirkan sebagai serigala jadian.
Jihyo: Aku buat semua ni untuk kau Luhan, aku. aku.. sayangkan kau.. d-dan aku tahu yang k-kalau kau tahu aku ni makhluk terkutuk tu, kau tak akan –
Kata-kata Jihyo terhenti apabila dia tiba-tiba pengsan. Tenaganya telah habis dikerahkan untuk melindungi Luhan dan melarikan diri tanpa arah ke dalam hutan tersebut, tambahan, kakinya yang mungking telah patah selepas terjatuh selepas terlanggar pokok tumbang tadi.
***
Jihyo terbangun setelah merasa dirinya dipandang seseorang. Matanya dibuka perlahan sebelum terkebil-kebil untuk menyesuaikan matanya dengan kecerahan bilik tersebut. Benda pertama yang dia nampak, muka Luhan yang tersenyum manis ke arahnya, menunjukkan barisan gigi putihnya.
Luhan: Hai hyo. Kau dah sedar.
Jihyo hanya memandang ke tepi untuk menyembunyikan wajahnya yang blushing akibat senyuman menawan Luhan sebentar tadi. (uhuk.. uhuk.. xD).
Luhan: *Sampai macam tu skali kau benci aku, muka aku pun kau dah muak tengok?*
Jihyo: K-kau buat apa kat sini ?! .. bukannya kau cedera ke?
Luhan://mengeluh// Kau dah 3 hari tak sedar. Dah okay lah aku, Cuma ada lebam sikit-sikit. Jap, kau risaukan aku?! Wah, bahagianya aku. Maklumlah, kau kan benci aku.
Jihyo: Siapa kata aku risaukan kau? Aku cuma nak tahu pasal kesihatan kau sebab kau tu tanggungjawab aku sebagai ketua geng Jaeguk High. Jangan perasanlah.
Kata-kata Jihyo yang kasar itu berjaya membuatkan Luhan terdiam, kecewa kerana Jihyo masih membencinya.
Luhan: Apa salah aku kat kau sampai kau tak boleh nak terima aku sebagai kawan kau balik. A-aku rindu kau Jihyo. Aku rindu kau yang dulu, yang ceria. Yang- yang-
Luhan yang sejak tadi menahan air matanya tak dapat menahan lagi, Jihyo yang melihat terkedu. Air mata orang yang dia sayang tumpah kerananya. Laju saja tangannya mencapai tangan Luhan yang menggengam katilnya.
Jihyo: J-jangan lah nangis Lu, aku yang dulu masih ada kat sini //tunjuk hatinya// dia tak mati lagi.
Entah kenapa tangisan lelaki tersebut semaking menjadi-jadi. Jihyo yang blank hanya menggaru-garu kepalanya.
Jihyo: *salahkah apa yang aku kata tadi. Apasal laki ni makin kuat tangisan dia*
Luhan: K-kau masih nak jadi k-kawan aku ke? //menangis//
Jihyo: Ceh, kau ingat aku maksudkan kea pa yang aku kata tadi? Aku cuma nak kau berhenti nangis je lah. Takde maksud tersirat pun. //tarik tangan dari Luhan//
Luhan: Kau taknak jadi kawan aku. Baiklah, esok aku cuba lagi. Tak kisah berapa hari, tak- tahun pun masa yang diambil untuk kau jadi Hyo yang dulu, aku tetap akan tunggu. Aku pergi dulu.
Luhan terus mengelap air matanya menggunakan lengan sweater hijau-pastelnya dengan kasar. Tangannya kemudian mencapai beg sandangnya yang dibiarkan di tepi pintu lalu melangkah keluar dari bilik tidur Jihyo.
***
a/n
(author tau ni boring, idea dah takde sebab dh habis dikerahkan untuk assignment xD)
(so bare wif me k)
YOU ARE READING
Ms. Bully and her Victim [completed]
RomanceSong Jihyo merupakan ex-sahabat Xi Luhan yang berubah secara drastik setelah Luhan berpindah dari Korea 7 tahun dahulu. Kalau dulu Jihyo akan jadi orang yang melindunginya daripada pembuli yang mengejeknya lembik, sekarang Jihyo sendiri yang menjadi...