"Ji-Jihyo ?!?!"
Luhan menjerit hampir tidak percaya apabila melihat Jihyo yang sedang tidur di dalam biliknya. Dia menepuk mukanya beberapa kali kerana takut dia sedang bermimpi. Apabila mukanya sudah agak merah setelah beberapa tepukan, barulah dia berhenti.
"Tak tak tak. Tak mungkin dia ada kat sini"
Luhan berkata. Lebih kepada berbisik pada dirinya sendiri. Jihyo yang sedang tidur bergerak sedikit akibat suara Luhan. Luhan yang melihat terus menutupi badan hingga ke lehernya dengan selimut dan berpura-pura tidur.
"Eh, macam mana aku boleh ada kat sini ?" tanya Jihyo kepada dirinya yang masih mamai. "Oh, aku tolong Luhan semalam" kata Jihyo.
Dia menghembus nafas lega apabila melihatkan Luhan yang masih lagi tidur. Dia mendekati tubuh Luhan sedikit demi sedikit dan berhenti berhampiran kepalanya. Dia mengelus lembut rambut coklat Luhan, perkara yang dia selalu lakukan kepada Luhan supaya Luhan tidur nyenyak.
Luhan yang merasa rambutnya disentuh hampir-hampir mengangis. Manakan tidak, dah hampir 8 tahun dia tak rasa tangan tu bermain dengan rambutnya.
Jihyo pula sedang mengalami perang dunia ke lima di dalam kepalanya. Perlukah dia luahkan apa yang dah lama terbuku di dalam hatinya pada waktu ini? Atau perlukah dia tunggu beberapa waktu lagi? Selepas beberapa waktu, dia memilih untuk meluahkan segala yang dia dah lama simpan dalam hatinya.
Jihyo menarik nafas dalam-dalam sebelum memulakan sesi luahan hatinya. "Luhan. A-aku minta maaf sebab layan kau macam ni lepas kau balik sini. Tapi aku takde pilihan lain, walaupun ni akan ubah pandangan kau terhadap aku, aku tak kisah. Asalkan kau tak cedera disebabkan aku. Xi Luhan, mianhae. Aku tak pasti kalau aku dapat katakana ni di hadapan kau, tapi.. tapi –" Jihyo berhenti seketika untuk menarik nafas sekali lagi dan mengelap air matanya yang sudah mula jatuh sedikit demi sedikit. "- Maafkan aku. Aku Cuma nak lindungi kau dari sisi jahat aku, aku tak nak kau cedera disebabkan tangan pembawa musibah aku. Ya, Luhan. Akulah 'pembawa musibah'. Serigala jadian yang dah banyak membunuh manusia selama ni. Kau ingat, musuh kita, Sulli? Aku yang bunuh dia. Bomi, dia pun mangsa aku. Berpuluh-puluh lagi kes misteri yang berlaku beberapa tahun lepas, aku penyebabnya. Aku minta maaf sangat-sangat Luhan. Aku sayang kau. Saranghae, my Luhan"
Dengan itu, Jihyo pun mula berlalu pergi tetapi belum sempat dia membuka pintu, tangan yang terlalu dikenali Jihyo memeluknya dari belakang. T-shirt yang dipakai Jihyo dibasahi tangisan namja tersebut. Jihyo yang masih menangis terpinga-pinga. Tak mungkin Luhan dengar semua tu. Tak mugkin.
"H-hyo. Jangan pergi" kata Luhan. Agak tersekat-sekat akibat tangisannya. "Aku – aku... pun sayangkan kau" sambung Luhan sebelum memusingkan badan Jihyo untuk menghadap dirinya. Kelihatan Jihyo sedang berusaha untuk menyekat tangisannya. "Saranghae." Kata Luhan sambil mengelap tangisan Jihyo. "Saranghae, my bully".
Luhan tersenyum manis apabila mengatakan ayat tersebut kepada Jihyo yang menyahutnya dengan "Love you too. My victim" sambil ketawa kecil.
Kini. Bermulalah bab baharu dalam kehidupankedua-dua mereka. Banyak lagi dugaan dan cabaran yang akan mereka hadapi bersama.
***
hyyyyy ~~
fyi, fic ni belum habis lagi xDD
masih ada beberapa chapter lagi nak dihabiskan. :D
YOU ARE READING
Ms. Bully and her Victim [completed]
RomanceSong Jihyo merupakan ex-sahabat Xi Luhan yang berubah secara drastik setelah Luhan berpindah dari Korea 7 tahun dahulu. Kalau dulu Jihyo akan jadi orang yang melindunginya daripada pembuli yang mengejeknya lembik, sekarang Jihyo sendiri yang menjadi...