Chapter 4

2.6K 176 2
                                    

Sengihan Jihyo tadi terus digantikan dengan sebuah senyuman sedih yang menyembunyikan 1001 kisah tersirat. Sedih, kecewa, marah, sungguh dia tak maksudkan apa yang dia katakan kepada Luhan tadi. Dia benci dirinya sendiri sebab mengecawakan Luhan. Dia benci dirinya sendiri sebab dia ditakdirkan lahir tak normal macam orang lain. Dia benci dengar ketawa Luhan yang buat jantungnya berdebar. Dia benci tengok senyuman cute Luhan yang buat pipinya merah. Dia benci menyayangi Luhan yang ianya semakin hari memakan dirinya.. sakit..

***

Keesokan harinya Jihyo dibangunkan oleh jam locengnya yang berbunyi kuat. Tangannya mencapai malas jam loceng beruangnya itu, hadiah Luhan sebelum berpindah ke China. Tanpa disedari, wajah cantiknya itu dihiasi dengan sebuah senyuman kecil, teringatkan diri 11 tahunnya yang menangis teresak-esak semasa menghantar Luhan ke lapangan terbang.

Selepas melakukan sesi lamunan yang tak sampai 5 minit pun, dia menguap dan angkat dari katil empuknya, lalu berjalan ke arah bilik mandinya yang tak sampai 5 meter jaraknya dari katil queennya.

***

Meanwhile...

Luhan sedang menangis teresak-esak di luar rumahnya, tanpa menghiraukan pandangan aneh yang dilemparkan padanya. Kisah apa dia dekat apa yang orang kata padanya, kecuali seorang yang dikecualikan, Song Jihyo. Dia tak tahu apa yang dah jadi dekat diri Jihyo selama 7 tahun tanpanya, tapi apa yang dia tahu sekarang ialah, Jihyo bukan Jihyo yang dulu. Perubahan yang telah berlaku pada Jihyo sangat ketara, dari segi perlakuan, penampilan, semuanya. Kalau dulu dia bukan budak nakal, sekarang ya. Kalau dulu dia seorang yang baik hati, sekarang tak. Kalau dulu dia menghindari pergaduhan, sekarang dia yang memulakan pergaduhan.

Luhan tahu dia tak dapat nak ubah Jihyo. Luhan tahu dia takkan dapat buat semua tu.

" J-jangan lah nangis Lu, aku yang dulu masih ada kat sini dia tak mati lagi."

Kata-kata Jihyo tadi berulang berkali-kali di dalam kepalanya, sekarang dia tahu apa yang dia dapat buat, dia dapat berusaha untuk lembutkan hati Jihyo yang sekarang dah keras seperti batu. Itulah benda yang dia dapat buat sekurang-kurangnya untuk ubah diri Jihyo, untuk jadi Jihyo yang dulu.

Luhan yang sedari tadi penat kerana terlalu lama menangis, terlelap di situ, di depan pintu rumahnya.

***

xxx: Hei budak girly, mana duit kau?!

Diri 11 tahun Luhan hanya memandang kasutnya dan menggeleng-gelengkan kepalanya. Kolar uniformnya tiba-tiba saja digenggam dan dia kemudiannya dihempas ke loker berdekatan, kuat. Dia kemudian menggelongsor ke lantai, terduduk. Matanya ditutup rapat kerana dia tahu apa yang akan jadi selepas ini, pastinya tumbukan atau tendangan.

1 minit..

2 minit..

5 minit..

Impak yang sepatutnya berlaku, tidak sekali pun terasa. Dia memberanikan diri untuk membuka mata. Alangkah terkejutnya dia apa melihat adegan di depan matanya. Jihyo sedang melindungi dirinya dengan badannya. Terlihat mata Jihyo tertutup dan bibirnya diketap menahan kesakitan dari segala pukulan yang diterimanya.

***

Luhan terbangun dari mimpi yang selama ini sering menghantuinya, mimpi mengenai hari di mana Jihyo telah mengorbankan dirinya untuk melindungi Luhan. Hari di mana Luhan menyalahkan dirinya atas segala yang berlaku ke atas Jihyo – lebam dan beberapa tulang patah – dia ingat yang dia akan menangis semasa menunggu Jihyo bangun dari komanya. Oh, betapa menyesalnya dia kerana telah membiarkan Jihyo berbuat demikian.

Luhan: Mimpi tu lagi //mengeluh//

Dia baru sedar yang dia berada di atas katilnya dan bukan sebaliknya di hadapan pintu rumahnya.

Luhan: Siapa pulak yang bawa aku ke dalam.

Dia mula memandang sekeliling biliknya berbekalkan cahaya bulan di luar tingkapnya. Dia ternampak kelibat seseorang tertidur di atas kerusi berdekatan hujung katilnya. Ingin tahu akan siapa gerangan yang telah mengangkat dirinya hingga ke dalam biliknya, dia membuka suis lampu tidurnya dan mendekati susuk tubuh tersebut.

***

Oh hi korang xD 

Sorry sebab dah seminggu tak update :( 

.... and sorry for the cliffhanger xD

okay bye ..

P.S: jangan pukul author tau. :3



Ms. Bully and her Victim [completed]Where stories live. Discover now