Enam

95 8 0
                                    

"Im, Mama Ngah ni walaupun berkemampuan, tapi kalau boleh, nak duduk sini kena lah saling membantu. Sebab dulu mama Ngah duduk sorang je, sekarang dah ada Im, mama ngah harap kita sama-sama berbelanja." Mama Ngah Widad sudah bersuara. Adoilah… Ini tak lain tak bukan, nak suruh aku bayar duit sewa lah ni. Iman hanya mengangguk sambil liur diteguk kesat.

"Mama Ngah, Im bukan tak nak bayar. Im nak bayar sangat. Im pun takde niat nak duduk free, tapi boleh tak bagi Im sampai Im dah confirm kerja nanti. Sekurang-kurangnya waktu tu gaji Im dah tetap. Ni selagi dalam tempoh percubaan, Im tak boleh nak pandai berbelanja lebih. Cukup setakat duit makan minum je, Im mampu." Iman sudah berterus terang. Memang keadaannya serta kerjaya barunya sebagai Conference Producer atau Event Producer tidak menjanjikan gaji tetap secara bulanan. Segalanya bergantung pada kelincahan dia menyiapkan segala tugas yang diberikan. Bila deadline sudah berjaya dicapai, itu bermakna, dia bisa memperoleh bonus pada bulan itu. Tempoh percubaan pula diberikan selama enam bulan. Dan baru sahaja dua bulan bekerja, pelbagai kata-kata negative diterimanya.

"Macam nilah, kalau Im takut tak cukup, atau tak mampu bayar, tiap-tiap bulan dapat gaji Im bagi RM50 je kat Mama Ngah. Mama Ngah tolong simpankan. Sikit-sikit dulu, lama-lama nanti beranak pinaklah RM50 Im tu." Mama Ngah Widad sudah mengutarakan usulnya.

Adoilah mama! Tengoklah keadaan anakmu di sini. Iman terasa ingin menangis. Apa salahnya kalau buat sementara waktu ni, Mama Ngah beri kelonggaran sedikit. Bukannya orang lain pun. Anak buah sendiri juga. Iman mengeluh berat. Firdee, help me!

"Itu lah. I dah offer tempat I you tak nak. Ini you luah dekat I. I boleh tolong apa aje pun." Naik senget mulut Firdee membebel sebaik sahaja mendengar luahan Iman. Hati lelaki mana yang tak susah bila sang kekasih dalam kesusahan. Tapi apa sangat yang dia boleh bantu.

"You ni tak abis-abis dengan offer you la. Dah nikah, dah halal, tidur sebilik pun I tak heran. Ni belum ada apa-apa lagi dah ajak duduk sekali. You nak kubur baba I berasap ke. I tak nak baba terseksa. Selagi nama I berbintikan baba I, selagi itu I takkan sesekali nak cemarkan maruah I serta nama keluarga I. Faham!" Tegas Iman. Firdee tersenyum bangga. Dalam pada dia mengutarakan usul yang agak tidak logiknya itu, dia bangga punya kekasih seperti Iman. Bijak membawa diri serta menjaga tertib. Ini yang sayang lebih ni.

"Ye lah… Ye lah… Nanti kita tengok macam mana caranya." Firdee meneruskan pemanduan. Semenjak Iman berkerja dia ibu kota, itulah rutin harian Firdee. Menjemput serta menghantar gadis kesayangannya pulang dari tempat kerja. Mujur juga tempat kerja mereka tidak jauh mana. Dan yang penting jauh daripada kesesakan trafik. Hehehe….

Iman Di Hati FirdeeWhere stories live. Discover now