Tujuh Belas

101 5 0
                                    

Sepatutnya, seperti yang dijanjikan Firdee, hari minggu ni mereka akan pulang ke rumah mama Iman. Atas sebab yang tak dapat dielakkan, terpaksa pula dibatalkan rancangan mereka. Ammi Firdee menelefon seawal 6 pagi menyuruh mereka segera ke rumah. Bila ditanya, Firdee sendiri tidak tahu kerana apa.

Iman mengeluh hampa. Itu aje la yang dia boleh buat. Rindu pada mama, masakan mama, tambah-tambah dengan keadaan dia sarat sebegini, laksam buatan mama bikin dia terliur. Adoii!

"Sayang, kita dah sampai." Suara Firdee mematikan lamunan Iman. Itu lah! Asyik melayan perasaan, langsung Iman tidak sedar yang mereka dalam perjalanan ke rumah Ammi Firdee. Iman sekali lagi mengeluh. Firdee sudah menarik muka.

"Hadooiii…. Berapa banyak kali abang cakap, abang tak…."

"Tak suka dengar Im mengeluh. Rimas. Ye Im paham. Tapi, Im bukan mengeluh apa pun. Penat. Perut ni dah sendat." Iman membalas geram sambil mengunjukkan perutnya yang membulat.

Firdee menjeling tajam sebelum keluar dari kereta.

Huh! Bertuah punya laki. Selamba badak sumbu dia je tinggalkan aku kat dalam kereta ni. Iman gumam sendiri.

Sejak mereka berdua tiba di rumah Ammi, hanya Iman yang banyak menghabiskan masa di dapur. Dengan keadaan perut yang membuyung, agak sukar untuk Iman bergerak pantas, tetapi dia harus cepat-cepat selesai memasak. Haih! Ini semua permintaan Ammi yang kononnya mahu meluangkan masa dengan Firdee. Sabar je la Iman.

Iman mengukir senyum bila selesai menyediakan makanan tengahari. Dia mula menghidang dan sewaktu ingin menjemput Ammi dah Firdee, telinga menangkap perbualan dua beranak itu.

"Ammi, apa ni? Isteri Fird tengah sarat tu sanggup ammi buat macam ni?"

Iman pelik dengan intonasi suara Firdee yang sudah naik satu oktaf. Dia cuba nak hadam topik perbualan ‘hangat' Firdee.

"Habis? Fird nak tunggu sampai bila? Fird jugak yang dah janji dengan Ammi nak terima je Jia untuk jadi isteri Fird kan. She doesn't mind becoming your second wife Fird!" Suara Ammi pula bergabung kata.

Iman sudah hampir putus nafas. Kahwin? Second wife? Apa ni? Laju sahaja tangannya sudah mengusap perut. Sabar baby.

"Ammi, memang salah Fird sebab berjanji. Masa tu Fird tak pasti dengan perasaan Fird pada Iman lagi. Kami dah lama bercinta, tapi Fird sendiri yang tak yakin nak memperisterikan Iman waktu tu."

Whaaatttt?!!!! Iman ternganga. Sampai hati abang. Iman terasa dadanya ketat. Memang ketat menahan sendu. Ini harga cintanya yang selama ini dia perjuangkan.

"I don't care and don't even want to know about that, apa yang ammi tau, janji tetap janji. Samada Fird kahwin dengan Jia atau ammi sendiri bincang dengan Iman untuk tuntut fasakh." Suara Ammi sudah cukup buatkan Iman terjelepok di sebalik dinding dapur itu. Memang hancur hatinya. Dari kejauhan, dia nampak Firdee meraup wajahnya kasar. Dia nampak suaminya tegang. Tapi hatinya yang sakit buatkan dia buta pandangan.

"Ammi! Iman is my one and only wife! Fird takkan sesekali duakan Iman. She is pregnant with my child right now. Lainlah kalau dia mandul. Tapi Iman tak macam tu. Dan Fird takkan sesekali nak turut cakap ammi lepas ni. Cukuplah rasa serba salah Fird kahwin dengan Iman atas niat yang salah dulu. It was all because of you ammi. Gosh!" Firdee menumbuk dinding sebelum melangkah ke dapur. Hati yang panas perlu disejukkan dulu. Tekaknya terasa perit.

Saat dia melangkah ke dapur, Firdee terkejut melihat Iman yang duduk menekur lantai. Dia nampak bahu isterinya terhenjut-henjut. Mata sudah terjegil memandang Iman. Shoot! Dia dah dengar semua. Perlahan-lahan dipegang kejap bahu Iman, membawa isterinya berdiri.

Iman menepis lembut pegangan Firdee. Hatinya hancur berkecai berderai. Susah kalau nak kutip lepas tu cantumkan balik. Memang makan masa berkurun!

Firdee meneguk liur bila si isteri menepis tangan kekarnya. Ceh! Sempat lagi kau Firdee! Wajah Iman yang sudah lencun dek air mata itu menandakan Iman dah dengar segala-galanya. Segalanya bermaksud termasuk luahan niat salah dia ingin memperisterikan Iman. Segalanya juga bermaksud Iman dah dengar usul Ammi tentang Jia.

"Sayanggg..." Firdee menegur lembut saat dia lihat Imam masih meremung tajam. "Baby tell me what's wrong? Are you crying baby?"

Iman senyum sinis. "Apparently no, I'm not. I'm having a great time over here. And this..." sambil menyapu air matanya ".... is just the tears of joy. Takkan abang tak tau?" Sindir Iman sambil berpaling ingin meninggalkan ruangan dapur.

Firdee sempat menghalang dengan merangkul pinggang Iman. "Sayang, tengah preggy ni tak elok emo sangat. Nanti baby kita keluar cebik je." Sengaja Firdee melawak. Tapi Iman tayang muka kayu.

"Makanan dah siap terhidang. Pergilah ajak ammi makan sekali." Senada aje pelawaan Iman sebelum berlalu jugak meninggalkan Firdee dengan keluhan kasar.

"Where the hell you are heading to Mrs. Wife? Ni dah pukul berapa ni tak nak makan? Jadi baby dalam tu lapar nak dibiarkan aje...hmmm?" Firdee sudah menunjukkan kuasa vetonya. Iman berdengus bila Firdee sudah mengejarnya sehingga ke tangga.

"Mr. Hubby, you don't have to worry, saya dah kenyang MAKAN HATI berulam JANTUNG!" Iman menolak tubuh Firdee yang menghalang jalannya. Firdee tersentap bila tubuhnya hampir terdorong ke belakang. Baru sahaja dia ingin mengejar Iman, terdengar suara ammi memanggil.

Firdee terus melangkah ke arah ammi. Sekali lagi dia terkejut dengan kehadiran Jia di sebelah ammi. Bila masa pulak minah ni datang?

Namun hatinya hanya pada Iman saat ini. Jadinya, sengihan Jia bak durian tersalah belah dipandang malas. Lantak kau la minah.

"Ammi, teruskanlah lunch dengan Jia. Fird nak ajak Im turun." Selesai sahaja bersuara, Firdee sudah hilang dari pandangan. Bertambah geram hati amminya. Malu dengan Jia.

Sebaik sahaja Firdee melangkah masuk ke bilik, "Iman! Sayang? Apa ni?" Dia nampak Iman berdiri dikelilingi beg baju. Biar benar bini aku ni....

Iman Di Hati FirdeeWhere stories live. Discover now