Lima Belas

115 5 0
                                    

Firdee POV

Entah kenapa hati lelakinya terusik bila terpandang wajah keruh Iman. Dek kerana Ego (Normallah lelaki kalau tak Ego kan?) yang menggunung, dikeraskan hatinya untuk tidak terlalu manjakan Iman.

"Orang perempuan ni jangan manjakan sangat. Nanti naik lemak!" Pesanan ammi terlayar di fikiran. Aduh! Susahnya lahai lelaki, hati ibu kena jaga, hati isteri pun kena belai. Hati dia?

"Fird! Kau tak boleh berat sebelah Fird. Iman bini kau. Pilihan hati kau. Walaupun tak boleh derhaka dengan ibu, tapi kena ada pertimbangan jugak!" Firdee tersentak bila kata hatinya mula berbicara. Pergh! Boleh dengar sampai ke telinga sendiri. Firdee meraup wajahnya berkali-kali. Dipandangnya Iman yang lena disebelah. Kesian sayang abang. Pipi Iman dielus lembut.

"Tahniah Puan. Puan disahkan mengandung 12 minggu. Jangan terkejut ya walaupun Puan baru sebulan sahaja menikah, kita akan kira ikut pada kitaran haid yang terakhir. " Dr. Irina tersenyum setelah menerangkan keadaan sebenar.

Firdee seakan mahu melompat. Menjerit. Saat tu juga dia rasa nak peluk Iman kuat-kuat. Ya Allah! Excited sungguh kau Fird! Tapi itulah, sekali lagi ego menghalang. Dia tak mahu dikatakan terlalu teruja dan terlalu menunjukkan kasihnya pada Iman, dek perjanjian dengan ammi. Dia nampak Iman tersenyum bahagia. Dia nampak juga perubahan Iman yang keruh tiba-tiba dek kerana muka kayu yang dia tunjukkan. Maafkan abang, sayang!

Keluhan Iman mengejutkan lamunan Firdee. Serta merta tangan yang megelus pipi si isteri dibawa ke dahi. Firdee berpura-pura tidur. Kisah perjumpaan dengan doktor tengah hari tadi hilang begitu saja. Bilakala dilihatnya Iman hanya bergerak beralih tidur, Firdee mengeluh lega. Fuh! Inilah padahnya ego pada isteri. Firdee kembali memeluk tubuh isterinya sehinggakan dirinya sendiri terlena.

......................................................

Iman terbangun bila azan Subuh berkumandang. Terasa pening lalat dan mual masih ada, namun digagahkan juga untuk bangun dan menunaikan tanggungjawabnya yang satu itu. Perutnya terasa berat bila matanya terpandang lengan kekar Firdee yang melingkar di situ.

Entah kenapa dia rasa nak menangis. Menangis mengenangkan perilaku suaminya sewaktu perjumpaan dengan doktor semalam. Firdee langsung tak menunjukkan riak gembira mahupun bersyukur dengan berita yang diterima. Seolah-olah hanya Iman sahaja yang 'syok sendiri'.

"Hmmm.. entahlah Iman oii! Pilihan hati kau gak, terima je lah." Keluh Iman perlahan sebelum mengalihkan tangan Firdee untuk bangun.

"Jom sayang, solat sama-sama mama ye." Alih-alih Iman tersengih sendiri saat dia mengusap perutnya yang masih kempis itu. Heh! Dah terus panggil mama kau!

"Nak ke mana tu?" Suara Firdee yang serak tanda baru bangun menyapa telinga Iman. Iman tak jadi melangkah dah menoleh ke arah suami yang nampak mamai.

"Nak mandi, ambik wuduk dan terus Subuh. Abang tak nak bangun ke?"

Firdee memandang isterinya lama. Nampak seksi pulak Iman ni pagi-pagi. Liur ditelan menahan gelora. Adoiii! Jangan waktu-waktu macam ni. Firdee bermain rasa.

"Emm... pegi dulu, lepas tu tunggu abang, kita solat sekali. " Dalam terpaksa, Firdee akur dengan kehendak Illahi yang mewajibkan dia melaksanakan tanggungjawabnya. Ya Allah! Buruknya perangai kau Fird - Heh! Desis hati lelakinya.

Iman mengangguk. Hatinya masih terasa dengan penerimaan Firdee tentang kandungannya. Apa salahnya kalau dia tunjukkan sikit rasa happy tu. Bukan untuk orang lain pun, untuk bini dia jugak! Haishh! Iman geram.

Iman yang tengah kusyuk menyiapkan sarapan terkejut bila terasa ada tangan yang memeluknya dari belakang. Iman kembali menyambung kerjanya, malas mahu respon sebab dia tahu pelukan itu dari siapa. Siapa lagi kalau bukan.....

"Sayannnggg." Suara Firdee yang meleret buatkan Iman memusingkan badan. Memandang Firdee tanpa rasa. Dia lihat Firdee menyengih.

"Ye abanggg." Meleret suara Iman membalas. Bukan meleret manja... lebih kepada menyindir.

"Jom tidur." Pendek. Ringkas. Padat. Tepat sungguh ajakan Firdee. Iman membuntang mata.

"Heh? Tidur? Agak-agaklah abang. Dah pukul 10 pagi ni." Tahulah hari ni hari minggu. Awal-awal lagi Firdee dah 'warning' jangan dipelawa keluar ke mana-mana sebabnya dia mahu rehat. Rehat sangat!

"Alaaa... bolehla sayanngg." Firdee seakan merengek. Meremang roma Iman mendengar suara Firdee yang garau tapi sensual itu. Adoi la pakcik ni!

"Err... Im nak siapkan breakfast ni. Tadi kata laparkan?" Muka Iman merona merah sebenarnya disebabkan mood Firdee yang agak nakal pagi tu. Tambah sekarang Firdee seakan merenungnya tajam. Gulp! Ni marah ke.. apa ni?

"Ok. Kalo sayang tak nak kat bilik... kitaaa.." sengaja Firdee biarkan kata-katanya tergantung. Dia merapatkan badannya pada Iman. Dikuncinya pergerakkan Iman yang tersandar pada meja makan.

Dah kenapa laki aku ni? Main acah-acah seksi plak dah! Adoiyaii... aku tahan mual je ni. Iman naik kelam kabut. Mood Firdee memang susah untuk dijangka. Bila angin puting beliung datang, buaya darat pun terjun masuk sungai balik. Errkk!

Iman menggeliat saat bibir Firdee mengucup telinganya. Tangan Firdee sudah meramas lembut bahu Iman. Entah kenapa dia rasakan isterinya tu terlebih menarik pagi ni. Tambahan niat asal hanya nak memujuk rajuk Iman, tapi ke laut! Bila jiwa lelakinya mula menakal.

"Abb..banngg." Aduh Iman! Kau dah kenapa? Semalam bukan main merajuk.

"Yes sayang. Abang rindu sayang. I miss you badly baby." Firdee sudah meliar ke leher Iman. Inilah padahnya kalau dah mabuk rindu dengan isteri sendiri.

Iman kaku. Nak balas, dia masih terasa. Nak mematung, dia takut Firdee terasa.

Firdee memandang tepat ke arah Iman. Senyuman lembut terukir. "Sayang, abang mintak maaf pasal semalam okay. I didn't mean to hurt you or to make you feel bad about it. Abang penat. Sebab tu moody je."

Iman mengeluh, "Its okay abang. Im tak ambik hati pun." Aduh! Kau dah kenapa Iman? Macam diguna-gunakan pulak. Cepatnya 'forgive and forget'! Iman berperang dengan perasaan sendiri.

Firdee tersenyum nakal. "Sayang tak ambik hati. Abang nak ambik lain boleh?"

Membuntang mata Iman dek permintaan tak masuk akal Firdee. Mabuk laut ke apa dia ni? Terasa panas pulak mukanya. Banyak betul darah berkumpul kat muka ni.

Belum sempat Iman membalas. Firdee sudah menangkap bibir isterinya. Lembut dan ahhhh... paham-paham jelah!

Iman Di Hati FirdeeWhere stories live. Discover now