Lapan

90 8 0
                                    

"Mama panggil Iman balik ni sbb mama tengok Iman tak betah kat sana." Mama sudah memulakan bahasnya. Setelah hampir 9 bulan Iman bekerja di Kuala Lumpur dan akhirnya tidak dapat pengesahan jawatan di sana, dia mati akal. Iman hendak atau tidak, Iman perlu mengikut katanya. Takkan dia sanggup biarkan anaknya jadi penganggur terhormat menetap di rumah adik iparnya itu. Yang memeritkan hati seorang ibu, sanggup pula Aisyahana Widad menghubunginya minta kebenaran agar Iman menetap di Kuala Lumpur dan membantu menguruskan hal-ehwal rumah Mama Ngah nya itu. Ingat anak aku amah ke apa? Haisshh!

"Mana ada lah mama. Im duduk sana, dalam masa yang sama Im cari kerja." Iman bersuara senafas. Sudah malas nak berbalah kata dengan mamanya. Sudah lah dia berperang hebat dengan Firdee, sehingga kini, panggilan dari lelaki itu pun sudah tidak diterimanya lagi. Semuanya gara-gara dia tidak mendapat pengesahan bekerja. Firdee menuding kesalahan pada dirinya. Lantaklah!

"Sambil cari kerja, duduk jadi orang gaji Mama Ngah Im? Amboi, dekat rumah kemain mengelat lagi bila mama suruh tolong, bila dengan Mama Ngah, sanggup plak kemas satu rumah." Mama sudah mula menyindir. Iman memandang lesu. Pening memikirkan status penganggurnya.

"Mama nak Im buat apa sekarang, Im buat. Jangan bagi Im kusut boleh tak ma? Peninglah!" Iman sudah menghamburkan rasa tidak puas hatinya. Bukan sengaja dia mahu melawan mama, tapi bila acapkali didesak sebegitu, hati mana yang tak panas.

"Okey, macam nilah, Firdee pun tak habis-habis dengan lamaran dia. Im bagitahu dia, mama bagi tempoh 3 hari untuk Im dengan Firdee beristikharah. Kemudian, kita bincang tentang lamaran tu." Pn. Nikki sudah mengalah. Daripada dirinya tidak lelap saban malam dek memikirkan keadaan Iman, lebih baik dia serahkan Iman pada lelaki bergelar suami. Sekurang-kurangnya, anaknya itu ada yang menjaga. Walaupun agak keberatan hatinya untuk menyerahkan anak bongsunya pada Firdee, tetapi hanya lelaki itu yang sentiasa ada di sisi Iman di saat susah dan senang. Dia hanya berserah pada Allah.

Membuntang mata Iman mendengar kata mamanya. Firdee melamar lagi? Aik? Dengan aku tidak telefon pun. Apalah mamat ni.

"Kenapa 3 hari?" Erk! Lain yang ingin ditanya, lain pula yang terkeluar dari mulut Iman.

"Dalam Islam, tempoh 3 hingga 7 hari itu afdal untuk mengerjakan solat istikharah mengikut kepentingannya, sayang. Ini bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan." Pn. Nikki sudah meluahkan hujahnya. Iman suka dengan pendekatan mamanya. Lembut tapi penuh ilmiah serta pengajaran buat dirinya.

"Dalam kita mengerjakan istikharah, kita perlu serahkan sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Dalam tempoh 3 hari sendiri dah afdal untuk Iman buat keputusan dengan waras serta tegas. Insyaallah, Allah pasti bersama kita sayang." Pn. Nikki mengusap lembut rambut anaknya. Tersenyum manis demi menutup hatinya yang sebak mengenangkan ujian yang ditempuhi Iman saat ini.

"Insyaallah ma. Nanti Im sampaikan pada Firdee juga. Thank you ma sebab sentiasa bersama-sama Im dalam apa jua keadaan." Iman seraya memeluk mamanya erat. Sebak juga hatinya dek rasa sayang yang terlampau pada mamanya.

Iman Di Hati FirdeeWhere stories live. Discover now