Bab 2

2.4K 44 4
                                    

         

Cuaca Los Angeles kuat berangin walaupun musim sejuk sudah hampir ke penghujung. Sesekali anginnya membawa dingin terasa menusuk ke tulang. Aku cepat-cepat masuk ke dalam kereta yang baru disewa untuk memanaskan enjin. Kereta 4WD jenama Dodge. Berketar-ketar juga tangan memegang stereng memandangkan itu pertama kali aku memandu di bahagian kiri. Doa memulakan perjalanan dibaca.

Murni di sebelah sibuk menyikat rambutnya yang panjang mengurai. Tudung lilitnya yang tadi melingkar di kepala, dibalutkan ke tubuh. "You, kita ni dah lebih 24 jam tak mandi. Hotel kita jauh tak? I dah rimas," katanya, mengada-ngada.

"Manalah I tahu. Jom kita cari sama-sama. Pasang GPS tu."

Dia menurut. Dibelek-beleknya benda-alah kecil bernama GPS itu sebelum suara perempuan seakan-akan Scarlett Johansson muncul untuk menunjukkan jalan.

Aku memulakan pemanduan.

Dalam perjalanan ke hotel, kami berdua melalui jalan raya di bandar besar Los Angeles. Banyak kenderaan bersimpang-siur waktu itu. Besar-besar semuanya. Yang lori mengalahkan Optimus Prime. Yang kereta bersaiz Kancil jauh sekali. Tiada motor kapcai memenuhkan jalan. Yang ada hanya dua-tiga buah motor besar seperti Harley Davidson ataupun motor berkuasa tinggi yang tidak aku ketahui jenis atau jenamanya. Tiada pokok hijau di kiri-kanan jalan, kecuali pokok palma yang tinggi-tinggi.

Hotel berada tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles. Selepas dua-tiga pusingan, turun-naik lebuhraya, kami tiba di destinasi. Urusan check in tidak memerlukan masa yang lama di dalam hotel mewah itu. Hadiah perkahwinan tajaan keluarga mertua. Kunci bilik diberi. Nombor 206. Aku menarik bagasi yang dibawa ke situ manakala bagasi Murni pula ditarik salah seorang pekerja, lelaki tua berkulit hitam legam. Tips. Aku masih ingat pesanan rakan-rakan yang pernah berkunjung ke Amerika. Tips amat penting di sini. Pemandu teksi, pelayan restoran, tukang gunting rambut, pekerja hotel, semuanya wajib diberikan tips. Mujur di dalam poket sudah tersedia US$5. Aku harap ia mencukupi.

Pintu bilik ditutup. Murni merebahkan tubuhnya di atas katil. "You! Marilah baring kat sini. Tak penat ke?"

"I nak amik gambar dulu, boleh?"

Dia bangun. Cadar yang sudah keronyok sedikit, dibetulkan.

Aku mula mengambil gambar menggunakan iPad. iPad itu aku terima sebagai hantaran perkahwinan dari pihak perempuan. Gambar diambil bermula dengan bilik air yang sebesar bilik bujang di rumah sewaku dulu. Dua-tiga snap. Kemudian beralih ke ruang bilik, meja tulis dan balkoni. Dua-tiga snap juga. Aku membuka sliding door untuk mengambil gambar pemandangan Los Angeles di luar. Satu perkataan. Indah. Empat-lima snap.

"Bestnya, you... Betul ke kita nak gerak pergi Roswell esok ni?"

"Kenapa?"

"I tak puas nak tengok LA. Nak pergi Disneyland, nak pergi Hollywood, nak pergi Universal Studio, nak pergi tepi pantai dia tengok lelaki-lelaki badan seksi, nak pergi cari Yuna. Ah, dia tinggal kat sini, kan? Kita boleh tengok show dia kat sini, kan?"

"You datang jauh-jauh ni semata-mata nak tengok Yuna? Dia tu tiap-tiap bulan balik KL, kot?"

"Alah, apa salahnya. Support-lah orang Malaysia sikit... You ni tak patriotiklah!"

Aku menggeleng. "Kalau macam tu, you tinggal sini. Biar I je pergi sana sorang-sorang."

"Ish, ni kan honeymoon kita? Kenapa nak tinggal sorang-sorang pulak?"

"You yang taknak ikut?"

"Honeymoon kita ni Daddy sponsor untuk datang LA je tau, pergi balik. I dah lama gila tak datang sini. Last I datang masa umur 12 tahun, kot? So kalau boleh I nak stay-lah kat LA ni lama sikit."

LELAKI SESUATU ITU - sebuah cerpan Shaz JoharWhere stories live. Discover now