Bab 3

2.1K 45 6
                                    

Perjalanan 14 ke 15 jam sudah berlarutan ke hampir 20 jam panjangnya. Ada saja tempat yang mahu disinggah Murni. Ada saja gambar yang mahu diambilnya sepanjang perjalanan. Nampak rusa melintas, berhenti. Nampak coyote, berhenti lagi. Nampak rumah kampung di tengah-tengah gurun, berhenti. Nampak papantanda jalan, papan iklan, billboard, tanda amaran POWER NAP atau CLICK IT OR TICKET pun berhenti juga. Nampak bekas-bekas salji yang sudah mencair, berhenti. Rasa memegang salji buat kali pertama itu tak ubah seperti memegang wang loteri sejuta ringgit. Melompat riang seperti orang gila. Nampak pokok-pokok kaktus pelbagai bentuk setinggi-tinggi manusia, berhenti lagi. Sanggup dia bermiang asalkan dapat mengabdikan gambar. Adakalanya naik juga hantu aku melihat gelagatnya itu tapi bak kata dia, "Bukan selalu kita datang sini, apa salahnya amik gambar banyak-banyak?" Aku iyakan saja.

Kami berhenti berehat untuk makan di McDonald's, di salah sebuah kampung, entah di mana, di tengah-tengah gurun. Banyak juga kereta yang berhenti berehat di situ. Beza di negara ini tiada RNR yang bersepah-sepah seperti di negara sendiri. Jadi pilihan nasi campur dengan teh ais di waktu-waktu begitu amatlah tipis. Aku memesan Double Quater Pounder with Cheese untuk diri sendiri dan Premium Grilled Chicken Ranch BLT Sandwich untuk Murni. Seperti biasa, no bacon untuk kedua-duanya. Haram.

Servis cukup pantas, sekejap saja pesanan yang dibuat sudahpun siap. Layanan juga penuh mesra. Rata-rata pekerja servis di negara itu memang cintakan kerja mereka. Sesuatu yang asing di Malaysia. Aku mengajak Murni untuk duduk di luar, sengaja ingin merasai pengalaman menghirup udara bersih berbanding panas heater di dalam restoran tersebut.

"You, jauh lagi ke kita nak sampai?" tanya Murni apabila dia melihatku membelek peta di telefon.

"Lagi sejam."

"Lepas tu?"

"Lepas tu kita check in kat hotel. Mata I dah berpinar dah ni. I nak rest sekejap. Esok kita bangun pagi-pagi, baru kita jalan-jalan kat bandar Roswell tu. Hopefully ada cukup masa untuk tengok semua dalam satu hari."

"OK. Kita tak drive balik LA, kan?"

"Taklah. Kita naik flight. Kan I dah book malam tadi?"

Murni menepuk dahi. Dia lupa. "Kalau hari-hari makan burger macam ni, boleh gemuk badan I," tambahnya ketika membuat gigitan yang pertama. Kesian. Dia masih tidak sedar yang dirinya memang sudah sedia ada berisi. "You rasa kat Roswell tu ada kedai makan halal tak? Kalau boleh kedai orang Malaysia ke, boleh kita makan nasi, kan?"

"You ingat Roswell tu Kampung Baru ke ada banyak kedai nasi campur?"

Dia ketawa. "Orang main-main jelah. Tapi best jugakkan kalau tiba-tiba kat mana-mana tempat entah dalam dunia ni ada sesat kedai orang Melayu. Jual nasi campur dengan lauk-pauk Melayu, eksotik gitu..."

"You ingat laku? Orang putih geli tau tengok lauk terhidang kat atas meja tak bertutup dengan lalat bersepah-sepah..."

"Itulah keistimewaan kedai makanan Melayu. Nak lagi best, ada lipas. Baru berselera makan."

Tekak mula kembang. "You ni gila, kan?"

"So sekarang ni you takut ada isteri gila macam I?"

Aku menggeleng saja.

"Kenapa you nak kahwin dengan I dulu?"

"Kenapa you tanya soalan macam ni? Kan you pernah tanya masa kita keluar dating dulu?"

"Saja jelah nak tanya lagi sekali. Kita keluar dating sekali dua je terus kena nikah. Takkan you nak je kahwin dengan I macam tu? You ada rupa, apa? Takkan you tak ada girlfriend?"

LELAKI SESUATU ITU - sebuah cerpan Shaz JoharWhere stories live. Discover now