Bab 6

79 4 0
                                    

Hana masih terbaring di katil walaupun mentari sudah tegak di kepala. Hari Sabtu yang sunyi. Ketiga-tiga teman biliknya pagi-pagi lagi sudah pergi outing.
Galaxy A5 miliknya sudah beberapa kali ditiliknya. NO NOTIFICATION. Hana mengeluh berat. Timbunan pakaian yang menantinya direnung.

'Bagus saya pi mencuci.' Desis hati Hana.

Dengan langkah berat, Hana bangun. Kainnya dicapai. Pakaian-pakaian itu harus diuruskan dengan segera sebelum semakin menimbun. Baldi diambil lalu dia terus menuju ke bilik mencuci. Hana bernyanyi kecil. Hampir setengah sudah dicuci. Hana meneruskan aktivitinya sehinggalah timbunan pakaian tadimenjadi rata. Lepas mencuci, Hana membersihkan diri. Akibat terlampau bosan, habis bersinar tandas asrama tersebut dicuci oleh Hana.

'Haa, siap pun.' Keluh Hana.

Pakaiannya tadi disidai. Satu persatu pakaiannya tergantung di ampaian. Tiba-tiba, Hana menerima ujian yang tak diduga. Ternyata hujan Milo itu memaksa Hana untuk membersihkan semula pakaiannya. Hana sempat mengerling jiran atas, membuat muka.

"Maaf,saya tak sedar awak sedang menyidai pakaian tadi. " jiran atasnya meminta maaf. Terserlah muka yang amat bersalah.

"Tak apa lah. Jangan risau, lain kali ingat-ingat la jugak jiran bawah ni kalau nak buang air ke bawah." pesan Hana.

"Maaf ya, jiran bawah." Kata gadis itu lagi.

Hana membuat simbol 'OK.' Nampaknya dia terpaksa mencuci semula gunungan pakaian yang baru sahaja habis disidai 2 minit yang lalu.

'Huh,. Apalah nasibku, baju.' Hembusan nafas berat dilepaskan perlahan.

Hampir 30 minit Hana bertarung membersihkan semula gunungan pakaiannya. Bilasan terakhir disudahinya dengan keluhan. Akhirnya, pakaian-pakaiannya tersidai jua.

TOK! TOK! TOK!

Ketukan pintu membuatkan Hana kaget. Cepat-cepat dia menyarungkan pakaian.

"Hana, ada orang mahu jumpa kau kat MP (menara pentadbiran) .Madam Aminah suruh aku panggilkan kau. Dia pesan suruh kau datang cepat sikit." Jelas gadis yang setia berdiri di hadapan pintu bilik Hana, merangkap jiran sebelah.

"Haa, okey la. Terima kasih Umi." Ucap Hana.

Gadis yang bernama Umi itu pun beredar masuk kedalam biliknya. Pintu di tutup.

"Siapa pulak yang nak jumpa saya ni? Ummi dan abbi ka? Tak mungkin, kalau mereka datang, comfirm dorang akan kasi tahu dulu." Hana bermonolog sendiri.

Persoalan tersebut dibiarkan menghantui dirinya. Tudung yang tersadai dicapai lalu disarung. Hana membetulkan sedikit tudungnya. Gugusan kunci di atas meja diambil lalu pintu bilik itu dikunci.

Hana berjalan menuju ke Menara Pentadbiran.

'Siapalah yang nak jumpa saya hari cuti gini?' Desis Hana.

Langkah nya dipercepatkan. Perasaan ingin tahu kian memuncak. Sebaik sahaja Hana sampai di hadapan MP, dia terlihat beberapa buah kereta mewah yag jarang dilihatnya. Pintu MP ditolaknya perlahan kelihatan Madam Aminah sedang menunggu kehadirannya.

"Ha, Hanatul Nadia, kan?" Tanya Madam Aminah

Hana mengangguk.

" Pergi masuk bilik tu sekarang. Ada orang penting nak jumpa." Madam Aminah menunjuk ke arah bilik yang disebut.

Dengupan jantung Hana semakin kencang.

'Aduhai jantungku, janganlah kau nervous pulak.' Kata Hana dalam hati.

Salam diberi sebelum Hana melangkah masuk ke bilik tersebut. Hana kehairanan apabila terlihat dua orang lelaki yang serba berkot hitam.

'Man In Black.'

Tiba-tiba seorang lelaki sebaya ayahnya bangkit daripada duduk.

"Ini Cik Hanatul Nadia binti Imran ke?" Sapa lelaki tersebut.

"Ya, saya. Kenapa encik?" Tanya Hana cuak.

"Haha, Cik Hana jangan takut. Cik boleh panggil saya Uncle Man. Sebenarnya ada perkara penting yang uncle nak bincang dengan Cik Hana." Kata lelaki yang menggelar dirinya Uncle Man mesra.

"Oh, uncle panggil saya Hana jak lah. Tak payah bercik- cik pulak. Haha" Hana ketawa kecil seraya berkata, " oh ya. Uncle nak bincang apa? Hana tak kenal pun uncle
Hana ada buat masalah ka uncle?"

Uncle Man menggeleng.

"Sebenarnya gini, uncle ni orang utusan Datin Maria, ibu kepada Danish Irfan. Hana kenal Danish bukan?" Tanya Uncle Man dambil menunjukkan akaun Wechat milik Danish.

Hana terkejut, terus melopong.

"Datin? Hana kenal Danish melalui Wechat jak Uncle. Hana tak da buat salah apa-apa." Suara Hana bergetar.

"Hana, tenang. Hana tak ada buat salah pun. Uncle datang sebab nak mintak tolong dengan Hana. Sebenarnya Danish sekarang sedang sakit, leukimia. Semenjak dia sakit, Danish menjadi seorang yang sangat murung, pernah juga dia cuba membunuh diri. Tapi, sejak dia kenal Hana, dia mula kembali riang. Hana berjaya membuatkan Danish reda dengan apa yang dia hadapi sekarang. So, Datin thought that you're the only hope. Supaya Danish ada semangat mahu sembuh semula." Jelas Uncle Man panjang lebar.

Sekali lagi Hana terlopong. First, sebab dia baru tahu bahawa sahabat Wechatnya itu anak seorang Dato'.Second, dia tak tahu pun selama ni sahabat yang baru dikenalinya itu sakit. Danish kelihatan sihat sahaja masa berchatting dengannya.

"Habis, uncle nak Hana buat apa? Sampai uncle sudi cari Hana sampai ke sini?"

"Macam ni la, Datin harap Hana boleh pindah ke rumah mereka sementara," serba salah Uncle Man memberitahu.

"What? Pindah? Kolej Hana? Family Hana? " Hana terkejut besar.

Kenyataan itu sangat berat sehingga Hana terpengsan apabila migrain menyerangnya tiba-tiba dek kerana ingin mencerna berita yang baru diterimanya.


* akan diupdate lagi kemudian, fokus untuk pre exam malam ni. Huhuhu. Btw, semoga readers sabar menunggu ya?

Cinta Wechaters.Where stories live. Discover now