Bab 7

78 3 1
                                    

Hana tersedar setelah hampir 20 minit pengsan. Hana bangkit dari baringnya. Matanya dipisat-pisat perlahan. Uncle Man yang berdiri di sebelah diperhatinya, gelisah.

"Uncle?" Tutur Hana perlahan.

"Haa, dah sedar pun Hana." Jawab Uncle Man.

Hana berharap ia hanya satu mimpi, tetapi apabila Uncle Man menjawab, ternyata itu satu kenyataan.

"Uncle minta maaf, dah susahkan Hana. Tapi kalau Hana tak setuju, uncle boleh beritahu kat Datin." Kata Uncle Man lagi.

"Hana kena tanya parents Hana dulu Uncle. Boleh Hana call parents Hana jap?" Tanya Hana lagi.

Uncle Man mengangguk perlahan. Galaxy A5 miliknya dikeluarkan dari poket. Pantas jari jematrinya menekan punat call.

"Assalamualaikum ummi." Hana memberi salam sebaik sahaja panggilannya diterima.

"Waalaikumsalam, Atul. Ummi tahu mesti Atul nak tanya pasal Datin kan? Mesti Atul dah berjumpa dengan Uncle Man bukan?" Tutur umminya perlahan.

P/s: Atul, nama panggilan Hana di rumah.

Hana kaget. Ternyata umminya sudah tahu.

"Ya, macam mana ummi tahu?" Tanya Hana lagi

"Datin dah call ummi dengan abbi dulu sebelum dia suruh Man pergi jumpa Atul." Jelas umminya.

"Habis? Maknanya, abbi dan ummi setuju la ni?" Kata Hana, kurang senang.

"Atul sayang. Atul dengar ummi baik-baik. Pergilah ikut dorang nak, abbi pun dah setuju. Lagipun kalau Atul pergi, Atul dah berjaya selamatkan nyawa seorang hamba Allah, nak. Atul faham bukan apa yang ummi nak sampaikan?" Lemah tutur bicara umminya.

Hana mengangguk, biarpun anggukannya tidak dilihat oleh umminya.

"Kalau ummi dan abbi dah setuju, Atul pun tak boleh nak buat apa. Baiklah, Atul pergi ikut dorang ya ummi." Putus Hana.

Perbualan selama sepuluh minit itu terhenti. Uncle Man yang setia menunggu dipandangnya.

"Baiklah uncle. Hana setuju." Kata Hana.

Ucapan syukur dilafazkan oleh Uncle Man.

"Kalau macam tu, esok pagi kita gerak. Hana bawak barang-barang yang patut ja, yang lain orang uncle akan uruskan." Kata Uncle Man lagi.

"Esok? Err, boleh tak kita pergi lusa? Hana nak ucap selamat tinggal kat kawan-kawan Hana dulu." Pinta Hana.

"Baiklah, kita gerak pagi lusa. " Uncle Man bersetuju.

.................................................................

* hye there readers, oke part ni bakal diupdate pada masa yang akan datang. Semoga anda sabar menunggu ya. Tq.

Cinta Wechaters.Where stories live. Discover now