Bab 5

87 4 3
                                    

Wani terus mencari kelibat ibunya sebaik sahaja sampai di rumah, tidak sabar untuk memberitahu berita baik yang dibawanya. Tingkat dua banglo mewah itu didakinya, kemudian dia turun semula.

"Mak Mah, mama mana? " tanya Wani sebaik sahaja dia terlihat pembantu rumahnya itu.

"Oh, Puan ada kat taman sana, cik." Tunjuk Mak Mah.

Wani senyum, mengucapkan terima kasih lalu pergi ke taman mini yang direka khas untuk mereka bersantai. Kelihatan Datin Maria dan Dato' Azfan sedang asyik menikmati minum petang mereka.

"Assalamualaikum mama, papa. Amboi asyik nya mama dan papa dating. Sampai Wani datang pun tak sedar?" Sakat Wani.

" Itulah,yang Wani datang kacau daun kenapa?" Dato' Azfan membalas sakatan Wani.

Wani mencebik.

"Haha, tak boleh dating petang-petang gini papa, tak afdhal." Sakat Wani lagi.

Dato' Azfan hanya tersenyum melihat gelagat puterinya itu.

"Ha, along macam mana Wani? Masih tak mahu makan?" Tanya Datin Maria.

"Ha, sebab itulah Wani cari mama dan papa. Sekarang ni along dah mahu makan, dan paling terkejutnya, along sekarang macam happy giler ma, pa. Along kata kat Wani yang dia dah reda dengan semua yang berlaku." Jelas Wani panjang lebar.

Dato' Azfan dan Datin Maria terkejut. Perubahan mendadak putera sulung mereka itu sangat tidak dijangka.

"Betul Wani? " Datin Maria meminta kepastian.

"Iya ma, tadi Wani datang, along asyik tersengih-sengih ja main phone dia." Wani mengiakan.

"Alhamdulillah, tapi bagaimana? Takkan miracle kot." Tanya Dato' Azfan.

"Haa, ni lah yang Wani mahu bagitahu mama dan papa. Sejak along berkawan dengan seorang akak ni, along terus jadi bersemangat cam tu. Just Wani tak kenal la, along pun tak kenal. Along cuma tahu nama akak tu, asal dia, and tempat dia study sekarang." Jelas Wani panjang lebar.

"Then akak tu selalu bagi along kata-kata semangat. Selalu bagi along nasihat. Sebab tu la along terbuka hati sekarang, reda dengan semua yang berlaku. Hebat kan akak tu mama?" Sambung Wani lagi.

"Habis, cam mana along Wani tu jumpa gadis tu?" Tanya Datin Maria lagi.

"Ala, sekarang dah moden mama. Suatu malam tu along pergi main shake aplikasi lam Wechat. Then jumpa la akak tu." Jelas Wani lagi.

"Oh, kalau cam tu..." Datin Maria merenung Dato' Azfan.

Dato' Azfan menggelengkan kepala. Memahami maksud disebalik kata-kata Datin Maria.

"But she's the only hope, abang."Datin Maria merayu.

Wani bangkit dari duduk lalu beredar menuju ke bilik. Enggan mendengar perbincangan kedua-dua orang tuanya. Memang mereka sudah dilatih agar tidak mencuri telinga perbualan orang yang lebih tua daripada mereka.

"Tapi, kita tak boleh nak kacau hidup gadis tu, Maria. Awak faham tak?" Kata Dato' Azfan lembut.

"She will understand that. Irfan sekarang sudah mula ceria semula, saya tak nak Irfan kembali macam dulu, abang. Abang ingat kan dulu Irfan pernah nak bunuh diri dia sendiri. You want that to be repeated, abang?" rayu Datin Maria lagi.

Dato' Azfan mengeluh. Ada benar jugak kata-kata isterinya. Danish seorang yang nekad. Kalau dia nak, dia akan lakukan. Dato' Azfan berfikir sejenak.

"Fine, tapi kena buat dengan cara yang betul. Awak mesti berbincang dulu dengan family gadis tu. Kalau family dia setuju baru boleh." Putus Dato' Azfan.

Datin Maria mengangguk. Terus telefon di sisinya di ambil. Butang-butang telefonnya ditekan satu persatu. Dato' Azfan pula sudah bangkit masuk ke dalam, ingin membersihkan diri.

" Razli, saya nak kamu buat sesuatu. Pergi siasat siapa gadis yang sedang berhubung dengan Irfan melalui Wechatnya. ASAP!" arah Datin Maria kepada penyiasat peribadinya.

.................................................................

Dua hari berlalu, akhirnya Datin Maria mendapat panggilan daripada penyiasat peribadinya. Panggilan yang ditunggu-tunggu olehnya.

"Ya, Razli? Macam mana? Dapat maklumat??" Bertalu-talu persoalan Datin Maria.

"Ya Datin. Boleh kita berjumpa di mana- mana?" Suara dicorong telefon itu menjawab.

"OK. Pukul dua jumpa saya kat Kafe Icecle." Kata Datin Maria, teruja.

Tepat pukul dua Datin Maria sampai ke Kafe Icecle. Kelihatan seorang pemuda sudah setia menunggu kedatangannya.

"So, how? Maklumat apa yang awak dapat?"tanya Datin Maria sebaik sahaja duduk.

"She's Sarawakian. 19 years old, from Mukah,Sarawak. Sekarang belajar kat Kolej Matrikulasi Kuching. Anak ketiga from 5 adik-beradik." Terang Razli panjang lebar sambil menunjukkan sekeping gambar kepada Datin Maria.

"How is she? I mean perwatakan dia." Datin Maria meminta kepastian.

"She's good, Datin." Balas laki itu lagi.

"Baiklah, kalau macam tu terima kasih. Nah, ni gaji awak. Minuman ni bayar sendiri la ya, kan dah dapat gaji tu." Gurau Datin Maria.

"Ala Datin. Gaji, gaji. Minuman Datin kena la belanja." Kata Razli.

Datin Maria ketawa kecil. Sekeping duit Rm50 dihulurkan lalu disambut oleh Razli. Setelah itu, Datin Maria terus beredar.

Cinta Wechaters.Where stories live. Discover now