Bab 9

57 3 0
                                    

Sang mentari sudah menyapa. Perlahan-lahan Hana membuka matanya. Kipas yang sedang berpusing itu ditenungnya perlahan. Sekali lagi Hana mengeliat. Membetulkan urat-uratnya.

Tok! Tok! Tok!

" Ya?" Kata Hana sampai membuka sedikit pintu.

Gadis yang manis dihadapan pintu itu dipandangnya.

'Subhanallah, cantik.' Puji Hana.

"Boleh adik masuk?" Gadis itu membahasakan dirinya sebagai adik.

Hana mengangguk. Senyum diserikan diwajahnya. Gadis sopan tersebut masuk ke dalam biliknya.

" Inilah kak Hana ya? " gadis tersebut mula berbicara.

"Haah, saya Hana." Hana mengekori langkah gadis tersebut yang sudah duduk dipenjuru katilnya.

" Nama saya Danisha Izwani, adik kepada Danish Irfan. Akak boleh panggil adik Wani. Adik gembira sangat dapat jumpa akak." Kata Wani lalu memeluk Hana erat.

Hana tanpa janggal terus memeluk kembali Wani erat. Sikap Wani yang mesra itu membuatkannya senang.

" Eh, kenapa akak tak guna aircond tu? Tak panas ka akak?" Tanya Wani lagi, hairan kenapa Hana tidak membuka pendingin hawa sebaliknya hanya menggunakan kipas.

"Oh, akak dah biasa guna kipas, dik." Ucap Hana lagi.

" Haha, akak ni tak macam gadis lain la. Budak perempuan kat luar sana tu memang tak boleh hidup kalau tiada aircond. Adik pun termasuk dalam golongan tu jugak la." Petah Wani berbicara.

"Akak dah biasa dik. Kat rumah kakak dulu mana ada benda alah tu. Lagipun ada kipas pun akak dah cukup bersyukur." Hana senyum.

"Hrmm, sekarang adik tahu kenapa akak boleh tundukkan along." Wani tersengih.

"Maksud adik?" Hana membuat muka blur.

"Haha, tiada apalah akak. Ni sebenarnya mama suruh Wani cakap kat akak, sebentar nanti kita nak pi lawat along. Mama nak ajak akak gi jumpa along." Jelas Wani.

"Huh? Pi lawat Danish?" Hana gelisah.

"Haha, akak ni comel la. Dah, jangan risau la akak. Along baik tau. Wani tunggu akak kat bawah tau..." kata Wani lagi terus melangkah keluar dari bilik tersebut.

Hana pantas bangkit lalu menuju ke kamar mandi. Usai sahaja solat Zohor, Hana terus menyiapkan diri. Baju blouse labuh berwarna purple itu menjadi pilihannya. Skirt kembang berwarna putih dengan bunga-bunga kecil berwarna purple , dan shawl chiffon kegemarannya melengkapkan lagi gayanya. Sedikit bedak dan lip gloss menyerikan lagi mukanya. Jarum peniti dicucuknya dikiri dan kanan.

'Okey, perfect. Let's go Hana.' Katanya kepada diri sendiri.

Beg sandangnya digamit. Hana turun ke tingkat bawah banglo itu. Kelihatan Datin dan Wani telah menunggunya.

"Maaf, Hana lambat sikit. Baru habis solat tadi." Hana tersenyum malu apabila membuatkan orang menunggunya.

"Ehh, tak pa. Wani faham, mesti akak nak nampak cantik depan along kan? " gurau Wani.

Hana melopong. Datin pula hanya tersenyum melihat gelagat anak perempuannya itu.

"Eh, mana ada Wani." Hana menahan malu.

'Ok,umi Hana blushinggg' jerit hatinya.

.................................................................

Setelah hampir sejam bersesak dalam lautan kenderaan itu, akhirnya mereka sampai jugak di hospital. Begitulah negara metrapolitan, pasti tidak lari daripada traffic jam.

Cinta Wechaters.Where stories live. Discover now