Bab 3

85 3 0
                                    

Hampir dua minggu sudah Hana tidak memeriksa account Wechat nya dek kerana tugasan yang menimbun dan aktiviti-aktiviti kolej yang pastinya mendera jiwanya. Dan, dua minggu juga dia tak menerima khabar rakan wechat yang baru dikenalinya bulan lepas. Usai sahaja kelas malam, kelas ganti sebenarnya, Hana terus menuju balik ke bilik. Letih, dan penat dan segala-galanya ada. Ajakan classmatenya untuk mengadakan study group ditolaknya baik. Pintu dibuka, kelihatan biliknya masih gelap,mungkin teman-teman sebiliknya masih belum balik memandangkan Kay dan Maira sama-sama mendapat waktu kuliah dan modul yang sama dengannya. Geisha pula M.I.A ( missing in action), mungkin pergi ke bilik rakannya. Buku ditangan diletakkan di atas meja, beg galasnya diletakkan di kerusi. Senarai tugasan yang perlu dihantar di periksa.

'Okay, ngam. Tiada assignment yang penting.' Soraknya dalam hati.

Milo 3 in 1 diambil lalu dibancuh. Air dipanaskan. Sementara itu, Hana memgambil kesempatan untuk membuka account Wechatnya.TIngg! Ada chat masuk.

Danish: Assalamualaikum.☺

Lincah jari-jari Hana membalas sebaik sahaja membaca chat tersebut

H.N. : waalaikumsalam, yes?

Danish: Awak apa khabar?

H.N. : Alhamdulillah, baik. And you?

Danish: Baru ja bangun dari tidur yang panjang.

H.N. : Tidur yang panjang? Haha lol jugak.

Danish: Yea, lately i'm not feeling well. And I don't like it.

Telefon diletak seketika. Air yang sudah mencapai tahap 100 degree celcius itu dituang dalam cawan Milonya.Airnya digaul agar sebati. Galaxynya dicapai semula, membalas chat yang masuk.

H.N. : Haha, jangan mengeluh. Sakit itu satu rahmat, setiap kesakitan yang kita tanggung, akan gugurnya dosa kita.

Seketika kemudian, telefonnya berbunyi lagi.

Danish: Yea, saya faham. Thanks, but it is too hurt until sometime saya tak boleh tahan.

H.N. : Awak, Tuhan ni adil tau, dia bagi awak rasa sakit supaya awak sedar nikmatnya rasa sihat. Lagipun, Allah ni bagi ujian bersesuaian dengan kudrat hambaNya. Bila Allah bagi ujian, sudah pasti Allah tahu bagaimana pengakhirannya. Dan sudah pasti pengakhiranNya sesuatu yang indah.

Balas Hana panjang lebar, berharap agar itu boleh memberi semangat kepada Danish.

Danish: Wow, thanks for the word. Feeling better now.

H.N. : Most welcome.

Danish: Haha,.kalau awak tahu rupa saya, mesti awak tak nak dah kawan dengan saya, kan?

H.N. : Kenapa pulak? Awak tak da hidung ka? Ke awak ada satu mata jak?

Danish: Haha, tak lah sampai gitu. Normal kot.

H.N. : Then, tiada sebab saya nak benci awak kerana rupa awak. Kita ni kalau nak kawan jangan tengok rupa, sbab rupa boleh hilang, tapi tengoklah hatinya.

Danish: Ya, betul. First time ada orang cakap gitu. Semuanya mesti cakap lain, yang pastinya bukan macam awak.

H.N. : Haha, oh ya?

Danish: Ya la. Baiklah awak, saya nak tidur dah, mengantuk pulak sebab mkn ubat tadi.

H.N. : Okay, tidurlah. Get well soon, syafakallah. Assalamualaikum, selamat malam.

Danish: TQ. Waalaikumsalam.

Sebaik sahaja habis chat, Hana pun mencari mangsa lain untuk mengisi kebosanannya sehinggalah dia tertidur.

Cinta Wechaters.Where stories live. Discover now