Aulia melangkah dengan penuh lemah untuk masuk kedalam pejabatnya. Aulia mempamerkan muka kurang bersemangat.
Semua orang di dalam pejabat berasa pelik dengan kelakuan Aulia hari ni.
Mana x nya gadis comel yg berhijab sempurna dan selalu ceria tiba² x ada semangat pada hari ni.
"Pagi..."
Sapa Katrina terhadap Aulia yg baru sahaja melabuhkan punggungnya di kerusi.
Aulia tidak menyahut malah melepaskan lenguhannya.
"Wey? Kau dah kenapa nie? Kau okay x?"
Tanya Katrina yg agak risau melihat Aulia.
"Ehm? Aku ok je"
Jawab Aulia dengan tak bersemangat.
"Kau kalau ade apa² masalah share lah dengan aku"Katrina memujuk Aulia agar berkongsi masalah yang dihadapinya.
"Tak ada apa² lah aku just penat je mana taknya sejak akhir² nie banyak sangat customer datang kat butik ni."
Terang Aulia terhadap Katrina. Dia tidak ingin Katt tahu tentang perkara yang sedang bermain di buah fikirannya. Iaitu KAHWIN?!
"Ouhh pasal tu je. Sabar jewlah wey dan kau jangan lupa perut tu sentiasa full kang kalau tak full habis pening kepala kau kang."
Sempat lagi Katt beri nasihat terhadap Aulia.
"Baik bos"
Mengangkat tangannya membuat isyarat hormat terhadap Katt.
"Dahlah aku nak kena siapkan barang hantaran Puan Sameah kang tak pasal² dia marah aku pulak"
Kata Katt sebelum dia bingkas bangun.
Aulia hanya memerhati Katt sahaja. Tetapi fikiran entah melayang ke mana kerana dia tak sangka yang dia akan bakal menjadi ISTERI orang.
Aulia meletakkan kepala di atas meja.
-------------------------------------------------------------
"Huh?! Apa daddy ?! Bertunang lepas tu terus nikah ?!"
Rayyan amat terkejut dengan cadangan daddynya itu.
"Iye...kenapa ade masalah ke?"
Tanya daddy dengan wajah seriusnya itu.
"Tapi daddy itu cepat sangat..."
Bantah Rayyan kerana tidak setuju dengan cadangan daddynya itu
"Lagi cepatkan lagi bagus"
Daddy memang betul² tak sabar berbesan dengan Dato Hisammudin.
"Tapi abang itu cepat sangat."
Bantah mummy yang dari tadi diam menbisu.
"Eh..kamu nie suka hati saya lah nak cepat ke nak lambat ke"
Marah daddy terhadap mummy yang tidak bersetuju dengan cadangannya.
"Rasa² nya bakal menantu kita kerja apa?"
Tanya mummy yang tiba² berminat ingin tahu lebih mendalam terhadap bakal menantunya.
"Dia kerja sebagai wedding planner, tempat yang dia kerja tu tempat dia sendiri tau."
Kata daddy dengan bangganya.
"Iye ke bang?! Lepas tu dia tu ahhh.... Macam saya x? Pakai tudung?"
Tanya mummy lagi
"Jangan kan pakai tudung, solat pon dia jaga mu tahu tak?"
Kata daddy lagi sambil memandang ke arah Rayyan yang dari tadi diam membisu.
YOU ARE READING
wedding planner dan artis
RomanceRayyan Firdaus seorang artis yg amat popular dgn lakonannya . Aulia Adawiyah seorang wedding planner yg sangat professional dlm melakukan kerja nie . Tetapi atas desakan mummy dan daddy Rayyan Firdaus yg m'inginkan Rayyan b'nikah dgn anak kawan baik...