Bab 9

318 5 0
                                    

Minggu ini Aulia sangat sibuk sekali mana taknya dia terpaksa uruskan majlis perkahwinannya pada waktu yang sama dia sibuk menyiapkan majlis perkahwinan customers nya. Letih tu memang letih tetapi itu lah kerjaya yang amat dia minati Aulia tetap bersemangat bagi menyiapkan kerjanya.

"Wey temenung jauh nampak, iyelah orang tu kan dah nak kahwin"

Lamunan Aulia berhenti setelah disergah oleh Katt. Aulia mengeluh panjang.

"Haihh? Panjang mengeluh tu ada masalah ke?"

"Tak ada lah just penat je"

"Kau ni kuat kerja sangat lain kali rest banyak-banyak sebelum nak kerja supaya tak penat sangat"

"Ehmm..."

Aulia hanya berdeham sahaja

"Hujung bulan ni aku dah nak kahwin dah"

Sayu suara Aulia

"Kau asal tak bersemangat beb? Orang kalau dah nak kahwin semua bersemangat tapi kau macam tak je.."

"Kau macam tak tahu pulak"

Aulia telah mencerita semua masalahnya malahan cerita pasal Rayyan kepada Katt. Kerana tiada rahsia antara mereka berdua mana taknya dia orang sangat rapat since sekolah menengah lagi. Bagai adik beradik. Kalau ada masalah je mesti share bersama-sama dan selesai masalah bersama-sama. Begitu utuhnya hubungan mereka berdua bagai aur dengan tebing.

"Ouhh okok faham..."

"Aul kalau Rayyan jodoh kau, kau kene terima kenyataan sebab jodoh pertemuan ajal dan maut itu semua kuasa Allah."

"Itu aku tahu.. Baiklah aku terima andai Rayyan tu jodoh aku." 

"Keep calm girl. Aku tahu kau boleh hadapinya."

Katt menberi kata-kata semangat kepada Aulia kerana dia tidak ingin Aulia berfikir buruk tentang masjid yang bakal dibina olehnya kelak.

Kini, tibalah masanya Rayyan melafazkan akad nikahnya. Aulia seakan-akan tidak percaya cepat betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik tiba lah hari bersejarah buat dirinya untuk menjadi seorang isteri yang sah.

Majlis perkahwinan mereka sungguh meriah mana tidaknya artis yang kahwin mesti ramai yang hadir. Ramai jugaklah artis-artis popular yang hadir ke majlis perkahwinan Rayyan dan Aulia semua yang hadir merupakan rakan artis Rayyan. Ada jugak saudara mara yang hadir dari jauh sanggup datang kerana ingin melihat penggantin baru.

Semua orang telah bersiap sedia di ruang tamu dan tok kadi serta papa dan daddy pon jugak dah bersiap sedia. Tetapi Rayyan yang duduk di hadapan tok kadi menjadi nervous biasalah semua orang yang dah berkahwin pun pernah mengalami situasi sama. Siapa tak nervous duduk depan tok kadi dan akan melafazkan akad nikah?

Shah perasaan dengan riak wajah Rayyan dan dia cuba menenagkan Rayyan. Shah mendapatkan tempat duduk dibelakang Rayyan.

"Mana penggantin perempuannya?"

Tanya Dato Hj Yusof kepada Dato Hisammudin.

"Sebentar ya saya panggilkan"

Dato Hj Yusof dan lain sekadar mengangguk dan Dato Hisammudin segera mendaki tangga menuju ke bilik Aulia. Dato Hisammudin terus menghampiri Aulia dan Datin Liana

"Anak papa dah siap ke? Tok kadi suruh Aul turun sekarang"

"Dah siap papa"

Aulia kelihatan sungguh menawan apabila dia memakai baju penggantin berwarna putih itu. Jujur di lubuk hati Dato Hisammudin dia masih belum sedia melepaskan anak dara nya ke tangan orang lain tetapi dia harus rela kerana anaknya Aulia telah pun bertemu jodohnya walaupun di atur oleh keluarga masing-masing.

wedding planner dan artisWhere stories live. Discover now