EP.3 | AKU RASA ...

53 3 0
                                    

Sudah seminggu berlalu dan kehidupan aku di kolej sangat baik, tak sangka aku diminati ramai gadis dan tak sangka ramai juga yang menonton video video aku di YouTube. Tetapi sekarang aku agak jarang terserempak dengan Asyuraa di gadis yang kelihatan luar biasa di mata aku, aku sering melihat sekeliling untuk mencari dimanakah dia "weh kau ni dari tadi tengok sana sini kau cari siapa" Ismail menegur aku sambil menikmati air milonya "aku tengah cari sebahagian dari hati aku yang hilang" aku masih mencari cari Asyuraa di sekitar kafe ini manakala Ismail hampir tersembur air di dalam mulutnya "pergh kau ayat tak boleh bla eh anyway siapa? Amira?" Aku berhenti mencari dan melihat Ismail dengan serius "berapa kali aku cakap dekat kau jangan sesekali mention nama betina tu depan aku eh sial lah kau dah la" Aku terus bangun dan pergi dari situ "WEH Niq! Aniq lek aa sorry la aku gurau je la" Ismail terkejut dan mengekori aku, aku tidak pedulikan dia dan terus berjalan dengan laju, tiba tiba aku terlanggar seseorang gadis dan buku bukunya jatuh berterabur aku terkejut "aduh sorry sorry saya memang tak sengaja" aku dan dia terus mengangkat buku buku itu tanpa melihat antara satu sama lain "tak pe saya pun jalan tak tengok orang tadi" gadis itu dengan baik hati memaafkan aku, aku bangun dan memberi buku buku yang telah aku angkat kepadanya, aku ternganga apabila aku melihat wajahnya "eh asyuraa hi " aku tersenyum dengan lebar, dia mengambil buku bukunya dan pergi tanpa berkata apa apa aku hairan kenapa tiba tiba dia begitu? Apa yang aku telah buat kepadanya "aku baru je nak happy dapat jumpa dia ish" aku bercakap seorang diri dan Ismail pun tiba "puas aku cari kau kat sini je rupanya buat penat aku cari" dia menarik dan menghembus nafas dengan penatnya, aku hanya senyap tidak berkata apa apa dalam fikiran aku asyik tertanya tanya kenapa aku berasa tak puas hati dan aku mula berjalan menuju ke sesuatu tempat "weh kau nak gi mana?!" Ismail bertanya dengan aneh "aku ada kelas la dah kau pegi masuk kelas kau sana" dan aku mulai berlari.

Aku berlari mengikut hati berharap Asyuraa ada di kawasan itu aku mencari dia di mana mana sahaja dan akhirnya aku menjumpainya "akhirnya...." Aku mengeluh kepenatan, dia berada di perpustakaan di mana pertama kali aku berjumpa dengannya aku berjalan perlahan lahan mengekorinya namun dia tidak perasan dia sangat kusyuk membaca buku di tangannya, aku pun terfikirkan satu idea aku, aku berdiri di hadapannya dan dia terpijak kasutku "saya mintak maaf saya mintak maaf" dia duduk dan menyapu kasut aku, aku terkejut, aku terdiam dan hanya membangunkan dia, dia tergamang melihat aku "tak apa" aku menjawab dengan senyuman, dan dia hanya berjalan tidak menjawab kata kata aku "Asyuraa jap" aku memegang pergelangan tangannya dan dia berhenti "lepas..." Akhirnya dia menjawab "saya cakap lepas" dan aku melepaskan tangannya "tapi...." aku membuka kata tapi dia terus berjalan "saya nak bagi tahu ni yang...." Aku mengekorinya dari belakang "yang saya rasa .... erm saya rasa ...." dia masih lagi tidak memperdulikan aku "saya rasa saya suka awak" aku terkejut dengan apa yang aku cakapkan dia juga terhenti dari berjalan tapi masih lagi tidak memandang aku "saya rasa saya suka awak saya masih lagi belum pasti tapi saat pertama kali saya terjumpa awak di sini di perpustakaan dan awak senyum dengan ikhlas sekali untuk saya dan saat itu wajah awak terbayang bayang dalam fikiran saya setiap hari seriously setiap hari" perasaan itu terkeluar dengan sendiri "....setiap hari tu jugalah saya selalu mencari dimana awak dan hari ni baru saya dapat jumpa awak tapi tiba tiba awak macam nak lari dari saya kenapa? Saya nak mintak maaf sangat sangat kalau saya ada buat salah tapi tolonglah jangan ignore saya macam ni" dia masih lagi disitu dengar isi hati aku kami berdua senyap dengan serious, aku mula risau dan cuba untuk menceriakannya "kalau awak asyik lari macam ni kan macam mana saya nak buat awak jatuh cinta dengan saya?" Aku pergi kehadapannya dan melihat wajahnya dan reaksinya aku berharap dia senyum, disebabkan dia rendah dari aku, aku cuba mengintai wajahnya namun tidak berhasil "merepek" dia menjawab dan menolak aku, dan dia pergi dari situ.

Tiba tiba aku berasa penat dan kaki aku berasa lemah mungkin disebabkan aku lari dengan kuat semasa mencari gadis itu, aku terduduk dan jantung aku berdenyut dengan sangat kencang aku memengang dadaku "adakah ini disebabkan dia? Atau sebab aku penat?" Aku menarik nan menghembus nafas aku cuba untuk tenangkan diri aku dengan berehet sekejap disitu. "wahai hati adakah dia orangnya?" Aku bercakap dengan diri sendiri.

***

TERUSKAN MEMBACA! TERIMA KASIH!
SEGALA KESILAPAN TATABAHASA DAN BAHASA HARAP DIMAAFKAN ;$

S A Y A N G ♡Where stories live. Discover now