Hari ini Asyuraa dengan tiba tiba datang berjumpa dengan aku, aku pulang ke rumah dengan perasaan yang bercelaru, aku tidak tahu apa yang dia inginkan tapi naluri aku kuat berkata yang dia inginkan kepastian tentang perasaan aku terhadapnya, walaupun aku juga tidak pasti tapi perasaan aku kepadanya buat masa ini sangat kuat dan ikhlas. Aku bukan lagi aku yang dulu yang hanya memandang wanita yang berupa tapi bagi aku Asyuraa tidak kurang cantiknya dia mempunyai senyuman yang ikhlas dan manis personaliti yang baik dan menawan dan tekun belajar, kadang kala aku berasa ingin mengenali dirinya dengan lebih lagi dari pandangan sekarang dia kelihatan sangat baik setiap kali aku terserempak dengannya dia sentiasa menolong orang disekelilingnya dan dia sangat menyayangi dan menjaga sahabat karibnya Hana, setakat itu sahaja aku mengenali dirinya.
Aku menghempas badan aku ke katil dan membuka phone aku, kali ini aku cuba mencari dia di sosial media seperti instagram dan twitter aku menaip nama penuhnya dan accountnya terkeluar "woohoooo dapat" aku melihat lihat gambar gambar di instagramnya, dia kurang mengupload gambarnya, malah asyik mengupload gambar gambar sekeliling dan makanan, sekarang aku dapat tahu yang dia jarang mengambil gambar dirinya dan dia juga mencintai alam semula jadi dan makanan. Semasa aku sedang membelek belek instagramnya itu aku terjumpa gambar kawannya Hana aku membuka nama yang ditag di gambar itu ia mungkin kepunyaan Hana apabila aku membuka instagram Hana aku terperasan gambar seorang gadis dalam gambar ini dia kelihatan sungguh ayu berbaju kurung dan dia ialah Asyuraa aku terkejut dengan kecantikkannya dan aku terus screenshots gambar itu "tak sia sia aku bukak ig hana" dan aku tersenyum sendiri "jap apa yang aku buat ni" aku menutup phone aku dan cuba untuk tidur dan menenangkan fikiran.
"Syuraa syuraa...." Aku bangun dengan terkejut aku termimpikan dia di dalam mimpi "astagfirullahalazim" aku mengucap aku melihat jam ia maghrib "patutlah syaitan rupanya" aku terus ke tandas aku mandi dan mengambil wuduk aku solat magbrib dan sesudah selesai solat aku berdoa "Ya Allah jika dia adalah jodohku kau rapatkanlah silaturrahim kami ya Allah dan jika dia bukan jodohku kau jauhkan lah dirinya dari hidupku ya Allah amin ya rabbalalamin" dan aku berasa tenang. Dan setiap kali aku solat aku mendoakan benda yang sama.
Dan setiap hari dia selalu ada dan hadir di dalam hari hari aku, aku akan selalu terserempak dengannya dan setiap kali itu jantung aku akan berdenyut dengan kencang "ya Allah adakah ini petanda? Aku tidak pasti ... Kau tolonglah hambamu ini ya Allah" dan aku menggosok gosok dadaku.
Cuti hujung minggu, aku keluar untuk menenangkan fikiran semasa aku sedang berjalan jalan di sebuah taman yang nyaman dan sejuk penuh dengan alam semula jadi hijau aku menarik dan menghembus nafas dengan lega dan dengan semula jadinya aku tersenyum, aku terus dan terus berjalan dan aku mencari tempat duduk di sekitar itu dan aku ternampak satu tempat kosong bersebelahan seorang gadis dari belakang dia kelihatan seperti biasa dilihat, aku melupakannya dan hanya duduk di situ dan tidak melihat rupanya "haaaa what a great fresh air" aku berasa sangat tenang dan tidak kisah tentang sekeliling "i know right" gadis yang duduk di sebelah aku menjawab dan aku melihat rupanya dan dia juga memandang aku kami berdua beku seketika dia ialah Asyuraa berkemungkinan dia juga tak tahu itu aku dia memandang ke arah lain dan bangun dia menutup buku yang diribanya dan kemas barangnya dia kelihatan seperti telah menulis sesuatu dan dia bangun dari bangku itu, aku berasa bersalah "syura jap" aku menyambut tangannya "just... Just duduk, i yang akan pergi so u just duduk" aku mengheretnya duduk dan melepaskan tangannya, aku bangun "awak pun, just duduk i dont really mind" aku terkejut mendengarnya dan aku perlahan lahan duduk. Kami berdua senyap untuk beberapa minit dan disebabkan sangat tidak selesa dia mengeluarkan kembali buku yang dia simpan tadi dan mula menulis lagi "buku apa tu?" Aku dengan selamba bertanya selepas beberapa saat dia tidak menjawab saat itu aku perasan yang aku tidak patut bertanya "diary" dia menjawab dan aku berasa lega yang dia menjawab soalan aku "awak macam suka menulis" dan aku cuba untuk membaca apa yang ditulis, dan dia menutup buku itu sebelum aku dapat membacanya dan dia memandang aku, aku terkejut "yes saya suka menulis and you cant read" dan dia menyimpan diarynya "awak tulis pasal saya yeeeeee" aku cuba untuk bergurau dan tiba tiba dia terkejut dengan soalan aku membuatkan aku tertanya tanya jika dia betul betul tulis pasal aku "mana ada!" Dan aku dapat lihat mukanya merah padam dan dia menunduk "okayyy" dan aku tersenyum. Kami kembali senyap dan tidak tahu untuk bercakap tentang apa aku melihat sekeliling dan menikmati keindahan disitu "awak selalu datang sini?" Sambil bertanya "yes dari saya kecik" dia menjawab kali ini aku tidak perlu menunggu lama "dari kecik?" aku bertanya kerana aku ingin tahu, kali ini dia mengambil masa untuk menjawab soalan itu, tujuan aku untuk selalu bertanya dengannya supaya perasaan kaku diantara satu sama lain disebabkan oleh apa yang telah berlaku mungkin akan pergi. "dulu rumah saya dekat sekitar ni dan disebabkan saya bosan saya selalu datang sini" dia menjawab dengan rupa yang tiada perasaan "oh i see...." Dan aku tidak pasti jika aku harus terus bertanya atau tidak aku memandang sini dan sana kerana tidak tahu untuk berbuat apa "awak pulak selalu datang sini?" Dia bertanya dan aku terus menjawab dengan hati yang terbuka "takdela ni first time" dan aku menunggu untuk dia tanya kenapa tetapi dia hanya mengangguk "awak taknak tanya saya kenapa saya datang sini?" Aku mengangkat keningku "kenapa?" dia bertanya dengan terpaksa "sebab saya nak tenangkan fikiran saya yang bercelaru dan confused" dan dia senyap "awak taknak tanya kenapa fikiran saya bercelaru dan confused?" Aku mahu dia tahu dan aku hanya teruskan "sebab ada seorang gadis ni dia selalu ada dalam fikiran saya membuatkan saya tidak senang duduk dan saya masih lagi mencari jawapan yang tak pasti tentang perasaan saya kepada dia membuatkan saya confused" dia masih lagi senyap tidak terkata apa apa "awak tahu siapakan?" Tiada tindak balas darinya, tetapi aku yakin yang dia faham apa yang aku maksudkan "saya berdoa setiap hari tapi hasilnya tetap sama...." Dan aku mengeluh aku berfikir buat seketika "dengar ni Asyuraa" aku memandangnya "sekarang saya rasa saya dah jumpa jawapan tentang segala persoalan saya pasti dan saya yakin saya... saya memang sukakan awak" aku mengambil tangannya dan meletakkannya di dada aku "awak dapat rasa denyutan jantung saya ni? ia tidak berhenti berdenyut dengan laju sejak saat pertama kali saya jumpa awak" dia masih lagi tidak berkata apa apa dan aku memegang tangannya dengan erat selepas beberapa minit aku melepaskannya "insyaAllah ia benar saya taknak paksa awak apa apa saya cuma ingin luahkan isi hati saya tetapi saya berharap awaklah jodoh saya....saya dapat rasakan awaklah jodoh yang terbaik untuk saya" dia mulai memandang aku setelah lama memandang ke bawah, aku senyum kepadanya dan bangun dari situ "saya balik dulu jumpa awak di kolej nanti bye take care jangan balik lambat sangat awak tu perempuan, perempuan yang ayu macam awak ramai orang nak kacau" aku menepuk bahunya "saya taknak orang curi jodoh saya" dan aku pergi dari situ. Selepas berjalan keluar aku terkejut, terkejut dengan diri aku sendiri ia seperti bukan aku yang ada dalam diri aku, tangan aku menggeletar badan aku seram sejuk "kau pasti ke aniq..."
***
APA YANG AKAN BERLAKU NANTI? PASTI ANDA SEMUA TERTANYA TANYA KAN? ;) SETIA LAH BERSAMA SAYA SAYANG ><

YOU ARE READING
S A Y A N G ♡
RomanceANIQ IYAD : "saya berdoa setiap hari tapi hasilnya tetap sama... dengar ni Asyuraa, sekarang saya rasa saya dah jumpa jawapan tentang segala persoalan, saya pasti dan saya yakin saya... saya memang sukakan awak, awak dapat rasa denyutan jantung saya...