ASYUURA INANI
Keesokkan harinya aku berasa sangat gementar untuk berjumpa dengan kawan karibku Hana setelah apa yang telah terjadi kelmarin aku telah buat kesilapan besar aku takut jika Hana dapat tahu tentang itu dia pasti akan membenci aku dan salah anggap tentangnya. "Patutkah aku cerita dekat hana atau rahsiakan saja?" Aku mula bercakap sendirian di depan pintu masuk kolej and tiba tiba Hana datang menepuk bahu aku "haaa rahsia apa?" Hana bertanya aku terkejut dan gelisah "eh Hana morning!" Aku menukar topik "morningg~" Hana kelihatan begitu gembira tidak seperti selalu "happy nampak hari ni?" Aku bertanya dan dia senyum dengan lebar "semalam kan Aniq dia ada ...." Aku terkejut mendengar nama lelaki itu "dia ada text aku hihi" Hana kelihatan sangat gembira semasa memberitahu aku hal tersebut "dia cakap dia nak jumpa aku hari ni!!!! Aaaaa" Hana menjerit kegembiraan dan aku terkejut aneh "tapi kenapa..." Aku bercakap sendiri "hah apa?" Hana bertanya "eh takde lah anyway weh tahniah untungla kau" aku senyum dan bahagia untuknya "tak sabarnya aku apa la dia nak cakap dengan aku" aku dan Hana mula berjalan ke kelas kami sambil berbual tentang itu.Setelah Hana masuk ke kelasnya aku mula hura hara tidak tentu arah "kenapa dengan aku ni? Aku cemburu ke?" Aku bercakap sendiri dan aku menepuk kepalaku dengan telapak tangan kanan, aku bukan cemburu tetapi aku takut jika Aniq memberitahu Hana tentang sesuatu yang tidak sepatutnya dan aku tertanya tanya kenapa dia mahu berjumpa Hana. Kaki aku berjalan dengan sendiri ia membawa aku ke sesuatu tempat dan aku tiba tiba mencari cari seseorang "Aniq!" Aku memanggil apabila aku ternampak Aniq yang dikelilingi peminatnya di kafeteria "apa yang aku buat ni" aku terkejut tetapi aku tidak boleh berpatah balik. Aniq dengan terkejut melihat aku selepas lima saat dia terus tersenyum dan berjalan ke arah aku dan meninggalkan peminatnya "eh Asyuraa kenapa ni?" Dia berada dekat dihadapan aku, aku melihat di belakangnya peminatnya berbual diantara satu sama lain dan mereka kelihatan sangat cemburu "aish matilah aku" aku membebel seorang diri aku tahu mereka akan menyerang aku nanti dengan soalan soalan yang tak masuk akal "mati? apa awak merepek ni? awak okaykan?" Dia menggoncang bahu aku dan aku memandang wajahnya "ish!" Dan dia pun berhenti "saya nak bincang something" aku kembali serius, dia mengangkat kening "okay, ada apa?" Dia dengan selamba bertanya "tapi bukan kat sini" aku berjalan dahulu supaya dia akan mengekori aku apabila aku menoleh kebelakang dia langsung tidak berganjat dari situ, aku pergi kepadanya dan aku mulai memengang pergelangan tangannya dia kelihatan sangat terkejut dengan tidak menghiraukan apa apa aku mengheret dia bersama aku, semasa aku berjalan sambil mengheretnya semua orang sedang memandang kami aku terkejut dan menyesal aku tahu aku tidak sepatutnya berbuat demikian, aku cepat cepat mencari tempat tersembunyi aku tidak dapat memikirkan mana mana tempat selain perpustakaan kerana ia paling dekat ketika itu, kami terus masuk dan aku melepaskan tangannya semasa kami di lorong yang paling jauh dan tiada orang disitu "fuh" aku menarik nafas lega dan dia masih lagi senyap aku memandangnya buat seketika "saya nak cakap ni" dan dia memandang aku "teruskan" dia memberitahu dengan muka yang tiada perasaan "okay... Saya dengar awak nak jumpa dengan kawan baik saya Hana" aku dengan serius memberitahunya "lepastu kenapa? Haaa awak jeles eh??" Dia mula senyum "merepek" dengan nada yang kasar aku menjawab "lepastu?" Dia juga kembali serius "kenapa awak nak jumpa dengan dia?" Aku dengan terus terang bertanya walaupun aku tidak sepatutnya bertanya tentang soalan itu, dia mengangkat kening "sayang ku asyuraa awak ni girlfriend saya ke? Ataupun awak ni isteri saya?" Dia merenung tepat pada mata aku membuatkan aku berasa tidak selesa "okay awak tak perlu jawab just please jangan libatkan saya dalam hal awak dan dia" dan aku beredar dari situ "tapi ia libatkan awak" dia terus memberitahu aku sebelum aku beredar aku berpaling ke arahnya semula tetapi dia sudah tiada disitu aku terkejut "apa maksud awak?" Aku bercakap seorang ni dan mencari dia di sekitar itu tetapi tidak terjumpa dan tiba tiba aku menerima mesej dari Hana
from : Hana
Syuraa! Aniq ada mesej aku dia nak jumpa aku sekarang hihi kau ada kelas eh sekarang? Takpela aku pergi jumpa dia dulu nanti kau habis kelas text aku kita jumpa! Tak sabar nak cerita pasal ni dekat kau!Aku kaku buat seketika "Aniq .... Tolong jangan" aku dengan cepat keluar dari situ "kat mana diorang jumpa ni" aku berlari dengan tidak mengetahui arah tuju aku hanya mampu mencari mereka di merata rata tempat, dan aku mulai penat aku mengeluarkan phone aku dan cuba untuk menghantar mesej kepada Hana tetapi aku takut dia akan salah anggap jadi aku cari nombor Aniq Iyad, aku menjumpainya. Aku mendapat nombornya semasa di perpustakaan dimana ketika itu dia tidak sengaja melempar pen ke kepala aku, ketika itu dia memberi secebis nota yang tertera nombor phonenya. Dan aku terus menghantar mesej kepada Aniq
To: Aniq Iyad
Aniq please tolong saya, jangan libatkan saya dalam hal awak dan Hana saya merayu sangat sangat tolong la hubungan saya dgn Hana akan regang selepas ni kalau awak buat keputusan mcm tu. Please!Aku dengan terburu buru terus menghantar mesej itu dan menyandar di dinding buat seketika "ish aku kene cari jugak walau macam mana pun!" dan aku terus mencari dimana mereka supaya aku dapat pastikan Aniq tidak memberitahu Hana tentang aku.
Dan akhirnya aku menemui mereka, mereka di garden tingkat atas, aku cepat cepat menyorok dan memerhatikan mereka, selepas beberapa minit mereka hanya berbual tentang bagaimana Hana meminati Aniq aku hanya mampu lega buat seketika apabila Aniq mula mengeluarkan nama aku, aku tidak tahu hendak berbuat apa sama ada mengahalang Aniq tetapi apa kata Hana nanti?!
***
WAAAA! SEKARANG DAH EPISOD KE 7 ! JANGAN LUPA UNTUK SELALU SUPPORT SAYANG! SAYA JAMIN TAKKAN MENYESAL ;)

YOU ARE READING
S A Y A N G ♡
RomanceANIQ IYAD : "saya berdoa setiap hari tapi hasilnya tetap sama... dengar ni Asyuraa, sekarang saya rasa saya dah jumpa jawapan tentang segala persoalan, saya pasti dan saya yakin saya... saya memang sukakan awak, awak dapat rasa denyutan jantung saya...