Setiap hari aku cuba lari dari pandangan si lelaki youtuber Aniq itu, aku bukan bencikan dia aku cuma tidak mahu ada perselisihan faham dengan kawan baik aku Hana aku tahu Hana amat menyukai Aniq aku mahu jaga hati Hana. Sehari selepas kejadian dimana Aniq mengekori aku ke perpustakaan dan bercakap tentang sesuatu yang pelik kepada aku, aku asyik memikirkannya sama ada dia betul betul bermaksudkannya atau hanya bergurau semata mata "cukuplah syuraa kau tak perlu fikir pun pasal tu memang sah la dia nak ejek kau pandang cermin la" aku asyik bercakap dengan diri aku sendiri untuk berhenti berfikir tentang itu, aku takkan berpuas hati selagi aku tidak dapat kepastian, aku mahukan jawapan . Aku bertekad untuk berjumpa dan bercakap dengan Aniq sendiri aku mahu minda aku bebas dari segala perkataan yang Aniq cakapkkan kepada aku kelmarin "saya suka awak ...." Suaranya masih terngiang-ngiang dalam minda aku membuatkan aku tertekan.
Keesokkan harinya aku nekad mencari Aniq Iyad untuk bercakap dengannya, sekarang masa yang sangat sesuai kerana Hana ada kelas jadi dia tidak akan nampak apa yang berlaku, aku ingin menjaga hatinya tapi aku juga harus mengosongkan fikiran aku tentang itu ia menganggu hari hari aku. Aku mencari dia di mana mana di kafe di lobi di sekitar kelas dan yang terakhir aku mencarinya di perpustakaan "aku harap kau ada kat sini tolongla" dengan harapan aku mencari dia di setiap lorong dan akhirnya aku menjumpainya, aku menarik nafas dengan panjang dan berjalan dekat kepadanya "er Aniq .......?" Aku menegurnya dengan berhati hati.
Dia terkejut dan memandang aku dengan muka yang terkesima "Asyuraa....." Dan aku berasa kekok mungkin dia juga "er actually er i have something to ask" aku menelan air liur dan tetiba berasa gerun untuk bertanya dan dia hanya senyap, aku memandang ke bawah "err saya err...." Aku teramatlah ingin bertanya tetapi pertanyaan itu tidak terkeluar dari mulut aku "saya mintak maaf" dengan tiba tiba dia meminta maaf, aku melihat mukanya dan dia pula memandang ke bawah "saya nak mintak maaf atas apa yang berlaku semalam" sekarang dia memandang muka aku dan kami memandang diantara satu sama lain aku hanya mengangguk dan memandang ke arah lain kerana berasa sangat kekok, cara dia memandang aku membuatkan aku berasa tidak selesa "sejak hari tu saya fikir dengan betul betul adakah apa yang saya rasa ni betul atau tak saya cuba untuk sibukkan diri saya tapi saya masih lagi fikirkan awak walaupun saya masih tak pasti dengan perasaan saya tapi apa yang saya luahkan dekat awak semalam adalah ikhlas, saya tak bergurau..." dia bercakap dengan sangat serius apa yang mampu aku lakukan ialah senyap dan mendengarnya dengan teliti dan jantung aku berdenyut dengan sangat laju apabila aku dapat tahu yang dia ikhlas "jadi.... Awak tak perlu buat apa apa just ignore saya macam yang awak buat sekarang saya takkan kacau awak lagi dan saya akan cari jawapannya sendiri" dan kami berdua senyap selama beberapa saat, aku tidak tahu hendak berbuat apa aku memandang dia dan dia senyum kepada ku "bye" dia berjalan dan sekali lagi menoleh ke belakang dan melambai ke arah aku dengan senyuman yang sangat indah, dan sekali lagi aku rasa pelik di dalam dada aku jantung aku masih lagi tidak dapat berhenti untuk berdenyut dan ia lebih kencang dari tadi, aku memegang dada aku "kenapa dengan aku? stop stop berhenti" aku menepuk nepuk dada aku dengan kuat dan aku ke tandas aku mencuci muka aku dan memandang diri aku di cermin "mustahil....ini mustahil"
***
TERUSKAN MEMBACA! ;) TERIMA KASIH SAYANG! BANYAK LAGI PART DARI SEMASA KE SEMASA!

YOU ARE READING
S A Y A N G ♡
RomansaANIQ IYAD : "saya berdoa setiap hari tapi hasilnya tetap sama... dengar ni Asyuraa, sekarang saya rasa saya dah jumpa jawapan tentang segala persoalan, saya pasti dan saya yakin saya... saya memang sukakan awak, awak dapat rasa denyutan jantung saya...