Aku Asyuraa Inani, masuk ke kolej ni ialah pilihan daripada kedua ibu bapa aku, aku hanya ikut kehendak mereka. Kebetulan pula kawan baik aku Hana Suhaila datang sini juga mungkin itu kehendak dia. Di dalam hidup aku, aku tidak pernah berbuat sesuatu mengikut kehendak atau untuk diri aku sendiri tapi kebanyakkannya untuk orang lain kenapa? Sebab aku rasa aku tidak layak. Kejadian lampau itu telah merubahkan aku menjadi seorang yang begini, ya semua salah aku. Aku tak suka bergurau kerana bergurau mungkin membawa padah, aku hanya fobia.
(Sebelum Aniq bertemu Asyuraa di perpustakaan)
Hari pertama aku di kolej aku mulakan dengan senyuman aku harap aku dapat belajar dengan baik untuk membanggakan keluarga aku itu harapan mereka. "syura jom" Hana mengheret aku ke sesebuah tempat "nak pegi mana ni?" Aku bertanya dengan terkejut "teman aku tengok senarai nama dekat papan kenyataan jap" apabila tiba di papan kenyataan Hana dengan bersungguh mencari nama seseorang di senarai nama pelajar baru "kau cari nama siapa kan kita dah tengok nama kita tadi?" Aku bertanya dengan ragu-ragu "kau tahu aku baru je dapat tahu yang ada budak hot youtube masuk kolej ni" Hana dengan bersungguh memberitahu aku "haha ooo yeke" aku menggeleng kepala melihat reaksi Hana "tu je kau jawab? kau tahu tak dia tu bapak handsome siak" dengan tidak berminatnya aku hanya angguk "laa lelaki ke" Hana terus mencari nama lelaki yang dikatakan itu "kalau bukan lelaki tak terhegeh sangat aku nak usaha cari macam ni" dan aku hanya ketawa kecil melihat gelagatnya itu "haaaa ni ni ni Aniq Iyad omg omg aaaaaaa" Hana dengan gembiranya menjumpai nama lelaki itu "tahniah tahniah" aku bertepuk tangan kepadanya atas usahanya mencari nama lelaki tersebut. Hana dengan gembiranya mengajak aku ke kafe dan aku hanya ikut "weh bahagianya aku, harap harap dia amik course sama dengan aku uish hari hari pandang muka dia happy nyaa" Hana masih lagi tidak berhenti tersenyum "semoga termakbullah ye" aku menepuk bahunya dan kami sampai ke kafe dan kami duduk di sebuah meja "meh la aku belanja kau air aku tengah mood happy ni" aku gelak kecil dan angguk, Hana pun pergi membeli air. Aku duduk seorang diri dan melihat sekeliling selepas dua minit aku dapat melihat Hana menuju ke meja dnegan bahagia dan tiba tiba dia terlanggar seorang lelaki yang dikejar beberapa perempuan, aku terkejut dan bangun apabila aku mahu pergi kepadanya tiba tiba aku terhenti dan memerhatikan lelaki itu menunduk nunduk dengan riak wajah yang risau tidak tahu hendak berbuat apa, Hana hanya tersenyum kelihatan seperti Hana memberitahu nya dia tak perlu risau aku terus berjalan dan lelaki itu yang diekori beberapa perempuan telah pun pergi "hana kau tak apa apa? Kau okay??" Hana masih lagi tersenyum walaupun baju nya sedikit basah akibat air yang tumpah "weh kau okay tak senyum senyum ni?" Dengan risau aku menanya "WEHHH TU ANIQ TADI WEHH LUCKY NYA AKUU TERLANGGAR DIA AAA HANDSOMENYAAA HANDSOMENYAA" dia melompat anak dengan bahagia, aku terkejut dan tergelak "ish kau ni mcm mcm la buat aku risau je" Dan kami pergi membeli semula air dan Hana asyik menceritakan tentang Aniq Iyad dan video videonya di youtube walaupun aku tidak berminat aku hanya dengar dan tergelak dengan gelagat Hana yang comel.Aku dan Hana mengambil course yang berbeza, semasa Hana ada kelas aku dengan seorang diri pergi ke perpustakaan kolej, aku mengambil sebuah buku dan duduk di meja berdekatan semasa aku tengah asyik membaca tiba tiba sesuatu yang kerasa ter hetuk di kepala ku ia sedikit sakit tapi aku mencari dimana pen itu jatuh dan tiba tiba seorang lelaki datang dan meminta maaf, aku mengambil pen itu dahulu dan memberitahunya aku tak apa apa dan menghulurkan pen itu dia melihat aku dengan begitu lama aku pelik dan hairan kenapa mungkin ada sesuatu di muka aku aku menegur nya dan dia asyik meminta maaf walaupun ia sedikit sakit tapi aku tak kesah dia betul betul ikhlas nampak mcm tidak sengaja aku hanya maafkan dia. Dia menghulukan tangannya dan mengenalkan dirinya, aku sedikit terkejut apabila aku dapat tahu dialah Aniq Iyad dalam fikiran aku asyik memikirkan yang Hana patut ada bersama aku, dengan gembira untuk hana aku juga memperkenalkan diri aku dan kami berjabat tangan, aku melihat jam di tangan aku "eh saya ada kelas la saya pergi dulu ye" aku minta diri dengan tergesa gesa, ketika itu perasaan tidak sabar untuk memberitahu Hana tentang apa yang terjadi sangat tinggi.
Kelas pun sudah tamat dan aku berjumpa dengan Hana "Ana kau tahu tak aku jumpa siapa di perpustakaan sebelum aku ada kelas tadi?" Dia mengangkat keningnya "la jejaka youtube kau tu" dia kembali teruja "serious??? Lepastu apa yang terjadi?" Aku pun memberitahu segalanya kepadanya dan dia kelihatan tidak bahagia "hana kenapa ni?" Aku risau aku ingatkan dia akan bahagia "Aku jeles aku nak jugak hm" aku rasa bersalah "jangan la mcm ni hana benda tu berlaku dengan tak sengaja la" dia tetap sedih walaupun aku cuba pujuk "apapun aku tak berminat pun dekat dia kau jangan la risau" aku terus memujuk "serious??" Dia kembali ceria "ha'a serious la" aku senyum dan dia juga turut senyum. Aku paling tidak suka melihat kawan karib aku sedih lebih lebih lagi disebabkan aku.
***
TERUSKAN MEMBACA !
LIKA JIKA SUKA KOMEN JIKA MENARIK FOLLOW JIKA BERMINAT ! TERIMA KASIH SAYANG SAYANG SEKALIAN! ;)

YOU ARE READING
S A Y A N G ♡
RomantizmANIQ IYAD : "saya berdoa setiap hari tapi hasilnya tetap sama... dengar ni Asyuraa, sekarang saya rasa saya dah jumpa jawapan tentang segala persoalan, saya pasti dan saya yakin saya... saya memang sukakan awak, awak dapat rasa denyutan jantung saya...