RUMAH DI ATAS BUKIT 1

852 33 5
                                    

Hujan turun dengan lebatnya. kelihatan matt memandu keretanya dalam keadaan yang separuh mabuk. manakala joe dan hana pula sedang tidur lena di atas kerusi belakang kereta tersebut. hanya lisa seorang saja yang belum tidur saat itu. dia merasa tak sedap hati bila dia lihat hujan turun dengan lebatnya. tambahan pula matt memandu keretanya dengan terlalu laju. kecut perut lisa di buatnya. "matt, tolong perlahankan sikit kelajuan kereta kau ni... kalau laju sangat nanti kita accident pula...", tegur lisa dengan bimbang. dia memandang wajah max yang mabuk itu.

"kau jangan bimbanglah... everything is gonna be fine...", tutur matt sambil tersenyum. Lisa terdiam selepas itu. Ketika kereta mereka meluncur laju di atas lebuhraya tersebut, tiba tiba muncul pula seekor kucing hitam di hadapan kereta mereka. terkejut betul matt dan lisa saat itu. akibat rasa terkejut yang amat sangat matt mula hilang kawalan. kereta yang di pandunya terus melencong ke sebelah jalan lalu melanggar sebatang pokok besar yang ada di situ. kepala matt terhantuk kuat di atas stereng kereta miliknya. manakala kepala lisa pula terhantuk kuat di atas dashboard kereta. kepala joe dan hana pula terhantuk kuat di kerusi depan penumpang. mereka semua terus tidak sedarkan diri selepas itu.

*** *** ***

Perlahan lahan lisa membuka matanya. dia lihat yang dirinya masih berada di dalam kereta tersebut. begitu juga dengan matt, joe dan hana. mereka masih belum sedarkan diri. Lisa merasa seperti ada cecair mengalir membasahi dahinya. perlahan lahan dia memegang dahinya. dia lihat ada kesan darah menempel di atas tangannya. dia tahu yang dahinya berdarah saat itu. "matt... matt... bangunlah...", lisa bersuara sambil cuba menyedarkan pemuda yang duduk di driver seat tersebut. Tak lama kemudian matt mulai tersedar dari pengsannya. "Auwww....", dia mengerang kesakitan. tangannya memegang kepala yang terasa sakit. kelihatan darah merah mengalir keluar dari hidungnya. Cepat cepat dia mengelap kesan darah itu dengan lengan baju jaketnya.

Lisa menggoncang goncang bahu joe dan hana secara perlahan lahan. "Hana... joe... bangunlah...", lisa bersuara dengan nada suara yang lemah. perlahan lahan joe dan hana membuka mata mereka. Lisa menarik nafas lega sebaik saja dia melihat semua kawan kawannya masih hidup. "apa yang telah terjadi ni?", soal joe ingin tahu. "kita accident, jo...", jawap lisa perlahan lahan. "accident?.... macamana kita accident pula?", soal joe dengan dahi yang berkerut. dia memegang kepalanya yang terasa sakit. "ada seekor kucing hitam lalu depan kereta ni tadi.... matt merasa terkejut. jadi dia pun tidak dapat mengawal stereng kereta dengan baik. akibatnya kereta kita merempuh pokok tu...", terang lisa perlahan lahan. "i'm so sorry guys... aku tak sengaja melanggar pokok tu tadi...", kata matt dengan wajah yang serbasalah. "tak apa, its ok... yang penting kita masih hidup...", celah hana. dia mengelap darah merah yang menggalir di atas pipinya.

"semua ok tak? tak rasa macam ada patah tangan ke apa ke? Lisa, kau tak apa apa, ke?", soal matt pada gadis yang duduk di sebelahnya saat itu. "ya.... aku ok... cuma dahi aku berdarah sedikit. er... kau ok tak max?", soal lisa ingin tahu. "aku ok.....", balas matt setelah memeriksa tangan dan anggota badannya yang lain. "Hana?... kau pula macamana?, Kau ok tak?", soal matt ingin tahu. "ya... aku ok...", balas hana. "joe, kau ok?", soal matt lagi. "aku ok je...", balas joe. "syukurlah kalau semua orang dah ok...", tutur matt sambil menarik nafas lega. "so macamana sekarang? apa yang kita harus lakukan sekarang?...", soal lisa pada pemuda yang duduk di sebelahnya itu. mereka memerhatikan keadaan di luar jendela. rupa rupanya kereta mereka tersadai dekat dengan kawasan hutan yang gelap gulita.

"aku tak tahu apa yang harus kita lakukan sekarang... kereta ni dah rosak. ianya tak boleh di perbaiki lagi... hujan pula turun dengan lebatnya. fikiran aku dah buntu sekarang. so any idea guys?", soal matt setelah lama berfikir panjang. "apa kata kalau kita call family kita or sanak saudara kita yang lain supaya mereka datang ke sini untuk bawa kita balik ke rumah...", cadang hana. "eh... betul juga cakap hana tu... kenapa dari tadi aku tak terfikir pun tentang perkara tu?... hmm...", kata matt sambil menarik keluar handphone miliknya. matanya terus memerhatikan skrin handphone di tangannya. begitu juga dengan kawan kawannya yang lain. "alamak... line handphone kat sini tak adalah....", kata matt setelah memerhatikan handphone di tangannya. "line handphone aku pun tak ada...", balas lisa. "handphone aku juga tak ada line...", tutur joe. "sini memang tak ada line handphone... so, macamana ni?", soal hana dengan dahi yang berkerut. Mereka saling berpandangan seketika.

RUMAH DI ATAS BUKIT (PG13)Where stories live. Discover now