RUMAH DI ATAS BUKIT 4

370 23 0
                                    

Mereka pun duduk di atas kerusi sambil minum air coffee yang di hidangkan oleh lelaki itu. "siapa nama korang ni?", soal lelaki itu. "er... nama aku matt raihan. yang duduk di sebelah aku ni, namanya lisa baim. gadis yang duduk di sebelahnya tu pula namanya hana jais dan yang duduk di sebelah hana tu ialah joe midun...", kata matt sambil memperkenalkan mereka semua. "oh... begitu... nama aku ialah gideon... eh... korang minumlah air tu dulu... lepas ni kita akan makan di dapur pula...", kata lelaki tersebut sambil tersenyum. "eh... tak payahlah susah susah... kami dah makan tadi...", kata matt. "oh... tak ada susahnya... korang kan tetamu aku. jadi aku mesti melayan korang dengan baik...", kata lelaki itu dengan ramah sekali. Lisa hanya minum sedikit saja air coffee di dalam cawannya. "er.... boleh aku tanya?", soal joe perlahan lahan.

"ya, tanyalah... aku sedia menjawapnya...", balas lelaki tersebut. "er... encik gideon ni tinggal seorang diri ke dalam rumah yang besar ni?", soal joe ingin tahu. "Ya...", jawap lelaki itu."oh begitu... kenapa encik sanggup tinggal di kawasan yang terpencil macam ni?... kenapa encik tak tinggal saja di bandar?", soal joel lagi. "aku memang suka tinggal di kawasan yang terpencil macam ni sebab ianya aman dan damai. ianya tidak sama seperti di bandar yang asyik sibuk dan bising 24 jam....", jawap lelaki tersebut. "oh... macam tu...", joe menganggukkan kepalanya tanda faham.

"er... encik mana telefon encik... kami nak call family kami dulu...", kata matt. "korang minumlah air tu dulu. selepas tu barulah korang buat panggilan telefon tu...", tutur lelaki itu. mereka kembali meminum air di dalam cawan masing masing. sempat juga lelaki tersebut mengambil gambar mereka dengan kamera polaroid di tangannya. Lisa merasa pelik juga apabila lelaki itu mengambil gambar mereka tapi dia pendamkan saja rasa pelik itu di lubuk hatinya. ketika mereka sedang duduk di situ tiba tiba saja kepala mereka terasa pening pula. seluruh alam terasa berpusing seperti gasing. "ke... ke... kenapa ke... pala aku tiba tiba ra... sa pe... ning ni?", soal joe dalam keadaan pening pening lalat. Tak lama kemudian dia jatuh pengsan di tempat duduknya. "kepa...la aku pun terasa pe... ning", kata hana pula. serentak dengan itu dia jatuh pengsan di situ juga. matt menggeleng gelengkan kepalanya. kepalanya turut terasa pening.

Perlahan lahan dia jatuh di atas lantai dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dalam waktu yang sama Lisa memegang kepalanya yang terasa pening itu. Dia merasa hairan sebab kepalanya pening tak tentu pasal. Nak kata dia mabuk sebab minum arak tak juga. Dia baru saja minum air coffee bukannya arak. Takkanlah dia mabuk kerana minum air coffee tu pula. "A... apa yang kau bu... buh da... lam air kami tu?", soal lisa pada lelaki tersebut. dalam keadaannya yang pening pening lalat itu dia lihat lelaki berjubah hitam itu bangun lalu berdiri di depan wajahnya. "kenapa lisa baim?... kau nak tahu apa isi air coffee tu?... ianya di isi dengan ramuan yang istimewa untuk orang seperti kau dan kawan kawan kau. Anyway, tentu kau rasa pening sekarang, kan?oh kasihan... tapi tak apa... sekejap lagi rasa pening itu akan hilang... by the way, welcome to your own hell girl... hahaha....", tutur lelaki tersebut sambil ketawa berdekah dekah. Lisa terjatuh di atas lantai, tidak sedarkan diri...

RUMAH DI ATAS BUKIT (PG13)Where stories live. Discover now