RUMAH DI ATAS BUKIT 7

302 20 0
                                    

"mari sini budak bodoh....", bentak lelaki itu dengan kasar sekali. dia berjalan menuju ke arah mereka sambil menarik joe di sebelahnya. joe mengerang kesakitan apabila kaki kirinya yang sakit di seret di atas tanah. Lelaki tersebut tidak menghiraukan suara erangan pemuda itu. dia masih juga menyeret joe di atas tanah. mahu tidak mahu joe terpaksa menahan kesakitan yang di alaminya. "cepat masuk ke dalam rumah tu...", perintah lelaki tersebut sambil mengacukan hujung senapangnya ke arah 3 orang remaja itu. Dengan hati yang berat sekali mereka mula melangkah menuju ke arah rumah agam tersebut.

Sebaik saja mereka berada di dalam rumah itu lelaki tersebut terus menutup pintu lalu menguncikan daun pintu rumahnya dengan kunci di tangan. Kemudian dia memaksa 4 remaja tersebut naik ke tingkat atas. matt memapah joe. manakala hana dan lisa berjalan di belakang mereka. Beberapa saat kemudian mereka pun sampai di bilik penyeksaan itu. sebaik saja mereka melangkah masuk ke dalam bilik tersebut lelaki bernama gideon itu terus mengikat tangan dan kaki mereka dengan tali.

mereka terpaksa duduk di atas lantai macam orang yang di hukum semasa perang jepun di zaman dahulu kala. hanya joe seorang saja yang tidak di ikat tangan dan kakinya. Perlahan lahan lelaki tersebut membawa pemuda yang malang itu menuju ke arah sebuah meja panjang yang ada di situ. Kemudian dia menyuruh joe berbaring di atas katil tersebut. bila joe berbaring di atas katil itu dia pun terus mengikat tangan dan kaki pemuda itu dengan tali di tangan. Semasa dia mengikat kaki joe, dia mengerang kesakitan...

"Oh... kaki kau sakit, eh?... tak apa... itu sakit sikit aje... aku boleh tambahkan lagi kesakitan kau tu... hahaha...", lelaki tersebut bersuara sambil menarik keluar sebilah gergaji yang sangat tajam. "daripada kau menderita menanggung kesakitan di kaki kau ni lebih baik aku potong saja kaki kau dengan gergaji kesayangan aku ni... lagi bagus.... hahahaha....", lelaki tersebut bersuara sambil ketawa dengan sadisnya. "oh.... jangan!!!... jangannnn!!!....", jerit joe. namun jeritannya tidak di endahkan. lelaki kejam itu mula menggergaji kaki kiri joe dengan gergaji di tangan. darah terpercik di sana sini.... "arrrrrghhhh.... sakiiiit.... tolong hentikannya.... arrrrghhhh....", jerit joe dalam kesakitan. matt menutup matanya kerana dia tidak tahan melihat kejadian tersebut.

Hana pula hanya menangis dan terus menangis. Lisa menggetapkan bibirnya. dia berfikir bagaimanakah caranya untuk melepaskan diri dari situ. Ketika dia sedang berfikir tiba tiba dia ternampak sebilah pisau belati tergeletak di bawah kerusi tidak jauh dari situ. Dengan penuh berhati hati dia menguis nguis kakinya dekat dengan pisau belati itu. sebaik saja hujung kakinya berjaya menarik hujung pisau itu, dia pun mengepit pisau belati tersebut dengan kedua belah kakinya. perlahan lahan dia menarik pisau belati itu sehingga ianya berada dekat dengannya. Lisa lihat lelaki tersebut menoleh ke arah mereka secara sekilas. Dengan sepantas kilat dia menyembunyikan pisau tersebut di belakangnya.

Lelaki jahat itu kembali menggergaji kaki pemuda tersebut dengan gergaji di tangan. luka di kaki joe semakin parah. terjerit jerit joe di atas meja panjang itu. perlahan lahan lisa mengambil pisau tersebut dengan menggunakan tangannya yang di ikat itu. Dengan susah payah dia memotong tali yang terikat kemas di tangannya. beberapa saat kemudian dia berjaya membuka ikatan di tangannya itu. Cepat cepat dia memotong tali yang terikat di kakinya pula. Setelah dia berjaya membuka tali di kakinya, dia segera bangun lalu tampil ke depan.

"hey...lelaki bangsat, hentikan kerja gila kau tu.... kalau tidak aku akan tikam kau dengan pisauku ini...", bentak lisa dengan marah. Lelaki tersebut berhenti dari menyeksa pemuda yang terkulai lemah di atas meja itu. dia mengalihkan perhatiannya ke arah gadis tersebut. Lisa tahu sekejap lagi lelaki tersebut akan menyerangnya. dia menggenggam erat pisau belati di tangannya....

RUMAH DI ATAS BUKIT (PG13)Where stories live. Discover now