RUMAH DI ATAS BUKIT 3

417 24 0
                                    

Bila dia di tinggalkan seorang diri di dalam kereta, lisa mula merasa takut pula. oleh kerana dia merasa takut dan tidak berani tinggal seorang diri di situ dia pun mengambil keputusan untuk mengekori langkah kaki 3 orang rakannya itu. Cepat cepat dia membuka pintu kereta tersebut, "kawan kawan... tunggu aku sekejap... aku nak ikut korang ke sana...", laung lisa sambil berlari keluar dari dalam kereta tersebut. Matt, joe dan hana pun terpaksa berdiri menunggunya di tepi jalanraya yang sepi itu. Bila lisa sampai di situ mereka pun memulakan perjalanan mereka ke kaki bukit yang terletak tidak jauh dari situ. Sewaktu mereka berjalan di kawasan kaki bukit tersebut kedinginan mulai terasa. Setelah berjalan kaki buat beberapa ketika mereka pun sampai di puncak bukit tersebut. mata mereka membulat bak bola baseball manakala mulut mereka ternganga bagaikan bola keranjang sebaik saja mereka terpandang rumah agam yang tersergam kukuh di atas bukit itu.

"huii.... besarnya rumah ni....", kata joe cukup kagum dengan seni bina rumah yang sangat besar itu. "siapa tinggal dalam rumah yang besar di tengah hutan macam ni ar?", soal hana pula. "Entahlah....", balas matt sepatah. mereka berdiri tercangak cangak macam orang bodoh kat situ. Ketika mereka berdiri di situ tiba tiba, "korang nak cari siapa ni?", tegur suatu suara. mereka segera mengalihkan perhatian mereka ke arah datangnya suara itu. kelihatan seorang lelaki berjubah hitam sedang berdiri di belakang mereka. sebahagian wajahnya di tutupi dengan tudung kepala yang berwarna hitam. yang kelihatan hanyalah batang hidungnya dan bibirnya saja.

"er.... maaf encik... ini rumah encik ke?", soal matt ingin tahu. "ya... sebenarnya korang nak apa datang ke sini?", soal lelaki itu. "sebenarnya kereta kami rosak encik. jadi kami datang ni cuma nak pinjam telefon encik sekejap... kami nak call family kami di bandar supaya mreka datang ke sini dan bawa kami balik ke rumah... itu pun jikalau encik ada telefon... kalau encik tidak ada telefon tak apalah.... kami...", kata kata matt terus di potong pantas oleh lelaki tersebut. "baiklah, korang boleh gunakan telefon aku... mari ikut aku... biar aku buka pintu pagar ni dulu....", lelaki tersebut bersuara sambil membuka pintu pagar itu untuk mereka semua.

Sebaik saja mereka melangkah masuk ke dalam kawasan rumah agam tersebut mereka mula merasa panas semacam. angin yang bertiup pun terasa panas tapi mereka hanya diam membisu. perlahan lahan mereka mengekori langkah kaki lelaki tersebut menuju ke pintu utama rumah itu. pintu rumah tersebut di buka perlahan lahan. "silakan masuk...", pelawa lelaki tersebut. mereka pun masuk ke dalam rumah itu. ruang dalam rumah tersebut kelihatan sangat luas. Hanya sedikit saja perabot yang ada di situ. Tak ada pula set TV atau pun stereo hi-fi menghiasi ruang tamu yang luas itu. Yang ada cuma 6 buah kerusi rotan dan sebuah meja rotan saja. "silakan duduk...", pelawa lelaki tersebut. Perlahan lahan mereka pun duduk di atas kerusi rotan yang ada di situ. "korang tunggu di sini dulu. biar aku pergi siapkan air minuman untuk korang...", kata lelaki itu sambil beredar dari situ.

Mereka duduk di situ sambil memerhatikan keadaan di dalam rumah tersebut. mereka lihat begitu banyak gambar orang terlekat kemas di atas dinding ruang tamu itu. "siapa orang orang ni semua?", soal hana ingin tahu. "Entahlah... mungkin saudara mara tuan punya rumah ni kot...", kata matt pula. mereka berdiri memerhatikan gambar gambar orang yang terlekat kemas di atas dinding itu. "guys... aku rasa peliklah dengan lelaki tu...", kata lisa separuh berbisik. "kenapa kau cakap macam tu pula?", bisik matt. "Entahlah... aku rasa tak sedap hati pula bila berdepan dengan lelaki tu... korang tidak perasan ke yang dia asyik tutup wajahnya dengan kain tudung di kepala walaupun dia berada di dalam rumahnya sendiri... thats really weird...", bisik lisa. "aku pun rasa macam tu juga... yang pelik lagi tu aku rasa panas semacam aje dalam rumah ni... dahlah dalam rumah ni tak ada kipas.... tambah panas pula jadinya....", rungut hana pula. dia mengipas-ngipas wajahnya dengan tangannya sndiri. "aku pun rasa panas juga...", celah joe sambil membuka baju jaket yang di pakainya. matt pun turut berbuat demikian. tiba tiba...

"korang buat apa tu?", soal suatu suara. Terkejut betul mereka apabila mereka melihat lelaki itu muncul di belakang mereka. dia membawa dulang yang penuh dengan minuman dan biskut untuk mereka. "oh.... er.... kami sedang berbual bual kosong tadi... anyway di sini memang tak ada kipas ke?", soal matt ingin tahu. "memang di sini tak ada kipas sebab kipas dalam rumah ni sudah pun rosak. kenapa? korang rasa panas ke?", soal lelaki itu. "oh... panas sikit aje... by the way gambar siapa yang menempel kat atas dinding ni?", soal matt ingin tahu. "oh... itu gambar gambar orang yang pernah datang ke sini dulu... setiap kali ada tetamu datang ke sini aku akan mengambil gambar mereka sebagai kenang kenangan... buat pengetahuan korang, ramai juga orang datang ke sini tanpa di duga. ada yang tersesat sehingga mereka datang ke sini, ada juga yang datang ke sini sebab kereta mereka rosak dan sebagainya...", kata lelaki itu perlahan lahan. dia meletakkan dulang minuman di atas meja tidak jauh dari situ. "jemputlah minum...", pelawa lelaki tersebut.

RUMAH DI ATAS BUKIT (PG13)Where stories live. Discover now