RUMAH DI ATAS BUKIT 10 (TERAKHIR)

331 26 4
                                    

"Welcome back boys and girls...", kedengaran suatu suara bergema di belakang mereka. mereka segera menoleh ke belakang. kelihatan lelaki jahat bernama gideon itu sedang berdiri sambil memegang sebilah sabit tajam di tangannya. mereka merasa sungguh terkejut ketika mereka melihat lelaki tersebut berdiri di situ dalam keadaan yang baik baik saja. "ka.... ka... ka... kau lagi?.... bu... bu... bukankah ka.. ka... kau su... sudah ma... ma... mati tadi?", soal matt dengan suara yang terketar ketar. "aku? Mati?.... hahaha... aku tak boleh matilah bodoh...", tutur lelaki itu sambil ketawa terbahak bahak. "ja... di sa... sa... siapa yang ka... mi bu... bunuh tadi?", Soal matt lagi. "akulah yang korang bunuh tadi tapi aku tak boleh mati sebab aku ini malaikat maut yang telah mencabut nyawa korang tu.... tidak kah korang sedar yang korang sudah meninggal dunia semasa korang kemalangan beberapa minit yang lalu?...", soal lelaki tersebut.

"hah?!... kami... kami dah... dah mati?... bohong... kami tak percaya dengan perkataan kau tu... kau sengaja nak reka reka cerita tu untuk menakutkan kami, bukan?", bentak lisa dengan marah. "Tidak lah. aku cakap yang betul ni... kalau korang tak percaya cuba korang pergi tengok tubuh korang di dalam kereta yang remuk di tepi jalanraya sana tu sekarang juga...", perintah lelaki tersebut sambil menunjuk ke arah kereta milik matt yang remuk di bawah sebatang pokok besar tidak jauh dari situ. Cepat cepat mereka berlari menuju ke arah kereta tersebut. memang betul tubuh mereka berempat masih berada di dalam kereta itu tapi ianya sudah kaku dan berlumuran darah. terkejut betul mereka berempat ketika menyaksikan semuanya itu. "tengok... apa aku cakap tadi?... memang betul pun tubuh korang sudah mati....", tutur lelaki tersebut sambil memegang sabitnya yang tajam dan berkilauan itu.

"Jadi... jadi... kami semua hanyalah...", belum pun sempat lisa menghabiskan perkataannya lelaki itu terus memotong perkataannya, "ya... kamu semua hanyalah roh yang bergentayangan di alam maya ini. aku datang menjemput korang ke alam baka...", balas lelaki itu dengan suara yang serius. "tapi kenapa kau seksa kami tadi?... kami tak buat kesalahan pun pada kau?", soal joe dalam kepayahan. dia cuba menahan kesakitan di kakinya. "memang betul pun korang tak buat salah padaku tapi korang dah buat banyak dosa semasa korang masih hidup di muka bumi ini... terutamanya kau joe. semasa kau berumur 13 tahun kau telah membunuh adik lelaki kau yang berumur 5 tahun dengan menenggelamkannya di dalam kolam renang sehingga dia mati lemas hanya kerana kau merasa benci dan irihati padanya. kau berbohong pada orang tua kau yang adik kau tergelincir lalu jatuh di dalam kolam renang semasa kau sedang leka bermain video game di ruang tamu. Pada hal kau sendiri yang membunuh adik lelaki kau tu... betul tak apa yang aku cakapkan ni joe?", soal lelaki tersebut.

"Ya... betul... tapi aku menyesal di atas apa yang telah terjadi... aku...", kata kata joe terus di potong pantas oleh lelaki itu. "tak payahlah kau luahkan rasa kesal kau tu... semuanya sudah terlambat....", kata lelaki tersebut. Joe terdiam selepas itu. "Hana... kau nak tau apa dosa yang telah kau lakukan?... baiklah, biar aku jelaskannya pada kau supaya kau dapat ingat balik apa dosa yang telah kau lakukan semasa kau hidup... kau pernah mengandung anak luar nikah semasa kau berumur 17 tahun dan kau pernah menggugurkannya di sebuah klinik swasta, bukan?", soal lelaki tersebut pada gadis yang berdiri di sebelah joe itu. perlahan lahan hana menganggukkan kepalanya. "Tapi aku lakukan semuanya itu supaya aku tidak mendapat malu. Lagi pun lelaki yang telah menghamili aku tidak mahu berkahwin denganku lalu aku bertindak seperti itu...", kata hana sambil menangis. "namun tindakan kau itu salah... secara tidak langsung kau sudah membunuh anak kau... darah daging kau sendiri.... so tak payahlah kau menangis lagi... semuanya sudah terjadi.... kau tak boleh buat apa apa lagi....", lelaki tersebut bersuara dengan nada suara yang serius sekali.

Perlahan lahan pandangan matanya beralih ke arah matt. "matt... kau masih ingat lagi tak peristiwa yang berlaku 8 bulan yang lalu?.... kau telah merogol seorang gadis dan akhirnya dia bunuh diri kerana dia tertekan dengan perbuatan terkutuk kau tu?.... kau masih ingat lagi tak peristiwa tu?"soal lelaki trsebut. "Ya.... aku masih ingat lagi tapi aku mabuk teruk masa tu... jadi aku tak sedar yang aku telah merogol gadis tu... aku...", kata kata matt terus di potong pantas oleh lelaki tersebut. "no more excuses, matt.... semuanya sudah terjadi... so, kau tak boleh cakap apa apa lagi...", tutur lelaki itu dengan suara yang tegas. matt terdiam selepas itu. Lelaki itu melangkah menghampiri lisa. "dan kau, lisa.... kau tahu kan apa dosa yang telah kau lakukan semasa kau masih hidup?.... kau ingat lagi tak semasa kau berumur 14 tahun yang kau pernah membunuh nenek kau atas arahan ibu tiri kau sendiri dengan meletakkan sedikit racun tikus di dalam makanannya?....", soal lelaki tersebut pada lisa.

Lisa mula menangis teresak esak. "ya... tapi aku terpaksa melakukannya kerana aku di ugut oleh ibu tiriku yang jahat itu. Kalau aku tidak melakukannya dia akan membunuhku.... maka aku pun terpaksa melakukannya... jadi itu bukan kesalahanku...", tutur lisa cuba membela dirinya sendiri. "namun ia tetap juga menjadi kesalahan kau... kalau kau tak ikut apa yang di suruh oleh ibu tiri kau yang jahat tu sudah tentu nenek kau masih hidup sehingga ke hari ini... nenek kau mati kerana keracunan makanan yang teruk. kau sendiri yang bubuhkan racun tikus di dalam makanannya...", bentak lelaki itu. Lisa semakin kuat menangis. begitu juga dengan kawan kawannya yang lain.

"kesimpulannya semasa korang hidup di muka bumi ini korang tidak pernah mencari Tuhan dan korang tidak pernah bertaubat dari dosa korang. Malah korang membiarkan dosa itu bercambah dan bertumbuh dalam hidup korang. Jadi dosa yang korang lakukan tidak dapat di ampuni lagi... maka korang berhak menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatan korang tu sebab itulah aku mendera korang tadi... jadi sekarang semuanya sudah jelas bukan?", soal lelaki itu. "ya... tapi tolonglah beri kami peluang untuk hidup semula di muka bumi ini?... kami tidak mahu mati... tolonglah...", rayu lisa pula. "Peluang untuk hidup semula?... rasanya tak boleh... korang sudah di takdirkan untuk mati jadi korang tak boleh hidup semula... so bersedia lah korang menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatan korang tu. By the way, welcome to the hell, boys and girls.... hahaha...", lelaki itu bersuara sambil ketawa terbahak bahak. Tiba tiba saja mereka berada di suatu tempat yang sangat panas. Api marak di sana sini. Terdengar tangisan dan lolongan orang dalam api yang menghanguskan. Api itu membakar tubuh mereka. mereka semua menangis dan melolong tak henti henti. mereka tahu mereka tidak dapat selamatkan diri mereka lagi....

--- tamat ---

RUMAH DI ATAS BUKIT (PG13)Where stories live. Discover now