RUMAH DI ATAS BUKIT 5

368 24 0
                                    

Lisa tersedar dari pengsannya sebaik saja wajahnya di simbah dengan air. begitu juga dengan matt, hana dan joe. mereka lihat mereka kini berada di dalam sebuah bilik yang kusam dan berbau hanyir. manakala tangan dan kaki mereka pula terikat kemas. mereka di ikat dengan kuat di atas tiang yang berasingan. "wake up boys and girls...", kedengaran suara lelaki bernama gideon itu bergema di dalam bilik tersebut. "kami kat mana ni?... kenapa tangan dan kaki kami di ikat ni? Kenapa kami di ikat di tiang besar ini?", soal matt secara bertubi tubi.

"hahaha... sebenarnya korang berada di dalam bilik penyeksaan khas untuk orang yang tak berguna macam korang ni... aku sengaja mengikat tangan dan kaki korang supaya korang tak boleh melarikan diri dari sini... anyway, dah tiba masanya untuk korang menikmati pukulan rotanku yang hebat ini... hahaha....", kata jericho sambil ketawa. dia mengambil rotan yang ada di situ. tanpa rasa belas kasihan dia pun mula memukul tubuh 4 orang remaja tersebut secara bergilir gilir. setiap kali rotan itu menjamah tubuh mereka pasti ada jeritan kesakitan bergema dalam bilik itu. Lelaki tersebut memukul tubuh 4 orang remaja itu sehingga pakaian mereka koyak dan tubuh mereka luka akibat di pukul dengan rotan di tangan

"tolong jangan pukul kami lagi... lepaskan kami... tolonglah...", rayu joe dengan muka kasihan. "aku tak akan lepaskan korang sebab aku nak bermain dengan korang dulu.... hahaha....", kata lelaki tersebut sambil memukul tubuh joe dengan kuat sekali. selepas memukul pemuda itu dia pergi memukul tubuh hana pula. "oh.... jangan pukul aku... tolonglah....", rayu hana sambil menangis. "rayuan kau di tolak perempuan bodoh.... hahaha....", lelaki tersebut terus memukul tubuh gadis itu. Setelah dia puas memukul hana dia pergi memukul matt. "kenapa kau pukul kami, hah?... apa kesalahan kami sehingga kami di dera begini?", soal max sambil menahan kesakitan di tubuhnya.

"oh.... memang korang banyak buat salah cuma korang saja yang buat tak tahu dengan kesalahan korang tu.... apa apa pun aku merasa seronok juga memukul korang ni.... hahaha....", kata lelaki bernama gideon itu. dia memukul-mukul tubuh matt dengan rotan di tangannya. "kau sudah gilakah,hah?... kau tau tak memukul orang macam ni adalah mendera orang. itu adalah satu kesalahan yang besar. kalau kau di tangkap oleh polis sudah tentu kau akan menerima balasannya kelak...", kata lisa dengan marah. dia berusaha membuka ikatan di tangannya dengan menggesel geselkan tali di tangan pada tiang tempat dia di ikat. "hahaha.... aku tak takut dengan polislah.... polis pun aku dera juga macam korang ni.... hahahaha....", kata lelaki tersebut sambil ketawa. dia mula memukul lisa.

Ketika dia sedang memukul lisa buat ke sekian kalinya tiba tiba saja rotannya itu patah secara mendadak. "celaka betul... rotan ni patah pula... hm... tak apalah... aku boleh tukarkannya dengan rotan yang baru.... korang tunggu di sini dulu, ya... biar aku pergi tukar rotan ni dengan rotan yang baru...", kata lelaki tersebut sambil beredar dari situ. sebaik saja lelaki itu melangkah pergi dari situ lisa kembali berusaha membuka ikatan di tangannya. tali di tangan terus di geselkan dengan kuat di atas tiang tempat dia di ikat. walaupun tubuhnya terasa sakit namun dia tetap mneruskan usahanya. Beberapa saat kemudian dia pun berjaya memutuskan tali di tangannya. Cepat cepat dia membuka tali di kakinya. Sebaik saja semua ikatan di tangan dan kakinya terbuka, dia terus membuka tali di tangan dan kaki matt.

"matt.... are you ok?", bisik lisa pada pemuda tersebut. "i'm ok... terima kasih sebab kau telah menolongku membukakan tali di tangan dan kaki ku... kau pergilah buka tali di tangan dan kaki hana tu... biar aku pula pergi buka tali di tangan dan kaki joe...", bisik matt. "ok...", balas lisa sepatah. tanpa berlengah lagi mereka pun segera berlari menuju ke arah joe dan hana. "cepat bukakan tali di tanganku ini...", gesa joe. Dengan pantas max membuka tali di tangan rakannya itu. "Hana... are you ok?", bisik lisa pada hana. "aku rasa tak ok, lisa... aku takut...", bisik hana sambil menangis. "jangan takut hana... everything is gonna be fine... yang penting kita harus cari jalan bagaimana untuk keluar dari sini...", bisik lisa dengan pantas. dia membuka tali di tangan hana.

kemudian dia membuka tali yang ada di kaki gadis tersebut. Setelah semua ikatan di buka mereka berjalan terjengket jengket menuju ke daun pintu bilik tersebut. "aku fikir lebih baik kita jangan keluar ikut pintu bilik ni sebab ianya tidak begitu selamat...", bisik matt. "jadi kita keluar sebelah mana?", soal lisa ingin tahu. "aku fikir lebih baik kita keluar ikut pintu jendela sana tu...", kata matt sambil menjuihkan bibirnya ke arah jendela yang terletak tidak jauh dari situ. perlahan lahan mereka berjalan menuju ke arah jendela tersebut.

Dengan penuh berhati hati matt cuba membuka pintu jendela itu tapi pintu jendela tersebut begitu sukar untuk di buka. "alamak... pintu jendela ni tak dapat di bukalah. Macamana ni?", kata matt dengan wajah yang berpeluh. dalam keadaan yang mencemaskan itu mata lisa terpandang akan sebuah kerusi yang terletak tidak jauh dari situ. dia pun terus mengambil kerusi tersebut. "korang ke tepi sekejap...", kata lisa. matt, joe dan hana pun terpaksa memberikan laluan padanya. Cepat cepat lisa melemparkan kerusi itu ke pintu jendela tersebut. akibatnya kaca jendela itu pecah berderai. Perlahan lahan mereka menjengah ke bawah. rupa rupanya mereka berada di tingkat teratas rumah tersebut. "nampak gayanya kita perlukan tali untuk turun ke bawah...", kata lisa. mereka mula mencari tali di dalam bilik itu. "Tengok... kat sini ada tali...", joe bersuara sebaik saja dia terjumpa tali di satu sudut yang terletak tidak jauh dari situ. Cepat cepat mereka mengikat tali itu di sebatang paku besar yang ada di atas jendela tersebut.

setelah mereka pasti ikatan itu sudah cukup kukuh mereka pun mula melangkah keluar dari situ. Hana lah orang pertama yang turun melalui tali tersebut. kemudian di iringi oleh lisa dan juga matt. ketika joe hendak melangkah turun melalui tali itu tiba tiba tangan kirinya di tarik orang dari belakang. Joe segera menoleh ke belakang. kelihatan lelaki bernama gideon itu sedang berdiri di belakangnya. terkejut betul joe di buatnya. "celaka betul!.... korang nak melarikan diri pula, eh... korang takkan selamat sampai bila bila, tau tak...", bentak gideon. dia terus menarik tangan joe sehingga pemuda tersebut terpaksa masuk ke dalam bilik yang kusam itu.

"joe... joe....", panggil hana dengan nada suara yang cemas sekali. "jangan pedulikan aku hana... korang larilah dari sini... selamatkan diri korang!!!...", jerit joe dari dlm bilik itu. "Tidak joe... aku tak akan pergi dari sini selagi kau di tahan oleh lelaki bangsat tu...", jerit hana dengan sedih. "sudahlah tu hana... mari kita pergi dari sini... nanti lelaki tu datang dan menangkap kita pula...", kata matt sambil cuba menarik tangan gadis tersebut. mereka terus berlari meninggalkan tempat tersebut. Hana berlari sambil menangis. dia merasa sungguh sedih sebab dia tak dapat selamatkan joe. Sewaktu mereka sedang berlari turun dari atas bukit tersebut, tiba tiba mereka terdengar suatu suara memanggil nama mereka bertiga.

"matt.... hana... lisa.... mari sini.... aku tahu korang masih berada di kawasan ni.... kalau korang masih sayangkan nyawa kawan korang ni lebih baik korang datang ke sini sekarang juga... kalau tidak aku akan tembak kawan korang ni....", laung lelaki itu. matt, hana dan lisa terus berhenti berlari. mereka segera bersembunyi di sebalik sebatang pokok besar yang ada di situ. dari sinar cahaya lampu di kawasan rumah agam tersebut mereka dapat lihat lelaki bernama gideon itu sedang mencengkam kuat tubuh joe dengan tangan kirinya. manakala tangan kanannya pula memegang erat selaras senapang miliknya. "Jangan pedulikan aku... korang lari saja... selamatkan diri korang tu...", jerit joe dengan kuat. "Kau diam!... kalau kau bercakap lagi aku akan tembak kepala kau dengan senapangku ini...", ugut lelaki tersebut. Mahu tidak mahu joe pun terpaksa berdiam diri. Matt, lisa dan hana hanya diam memerhatikan semuanya itu dari sebalik pokok besar yang terletak tidak jauh dari situ. Mereka merasa kecut perut apabila mereka melihat senapang tersebut. "alamak... dia bawa senapanglah... macamana ni?", bisik matt dalam nada suara yang menggeletar. Lisa menelan air liurnya. manakala hana pula menangis tanpa suara.....

RUMAH DI ATAS BUKIT (PG13)Where stories live. Discover now