Spirit Of The Coin

765 8 0
                                    

Kisah ni berlaku kat Asrama Puteri, Perak.

"Bella, betul ke kau pernah main??"

"Eh, main apa?"

"Spirit Of The Coin. Wani yang cakap kat aku. Dia cakap, kau pernah main benda alah tu"

"Pernah. Tapi tak jadi ape pun. Karut la semua tu"

"Yeke? Makcik aku cerita, dulu time sekolah dia pernah main Spirit Of The Coin. Hantu tu bagi dia jawapan SPM "

"Hahaha. Kau ni pun satu. Lurus sangat la. Hidup-hidup kena tipu ngan Makcik kau"

"Betul la Bella. Makcik aku cakap, kalau kita layan hantu tu baik-baik, nanti 'dia' jawap apa yang kita tanya"

"Tapi aku pernah try. Sekor hantu pun tak ada"

"Jom kita try pulak nak? Kita ajak Wani and Tirah. Cikgu Zana tak ada hari ni. Toilet hujung tu kan kosong, dah lama orang tak guna toilet tu. Confirm ada hantu"

"Diaorang nak ke? Aku ada duit syiling lama 50 sen. Haritu aku main Spirit Of The Coin tak guna darah. Kalau nak lagi gempak, kena titis darah atas duit syiling tu"

Atas hasutan Bella dan Lala, Wani dan Tirah pun setuju untuk join main Spirit Of The Coin.

Cara nak main permainan sesat ni mudah je. Pertama kena sediakan duit syiling 20 sen atau 50 sen lama. Maksud lama tu, wang syiling yang dah tak pakai dan laku lagi di zaman ni, contohnya duit syiling zaman mula-mula Malaysia merdeka dulu yang di belakangnya ada gambar Queen Elizabeth. Yang kedua, perlu sediakan kertas dan lukiskan 36 bulatan di keliling kertas dengan menggunakan duit syiling sebagai acuan. Kemudian tulis huruf A hingga Z dan angka 1 hingga 9 dalam bulatan. Kat tengah-tengah kertas pula, lukis tiga bulatan dalam satu baris. Yang bulatan kiri ditulis "Ya", bulatan tengah,"Home" dan bulatan kanan,"Tidak". Seorang tukang catat diperlukan dalam permainan ini untuk mencatatkan apa yang dikatakan oleh "roh" yang dihubungi.

Bila semuanya dah get ready, diaorang pun masuk kat dalam toilet. Al maklumlah, toilet dah lama orang tak guna, lampu tak ada. Gelap. Lala gunakan torch light untuk suluh sepanjang 'game' tu.

"Okey, masing-masing Letakkan jari telunjuk kat atas duit syiling. Bia aku yang titis kan darah"

Bella pun cucuk hujung jari telunjuk dengan menggunakan pin tudung, lepas tu Bella titis kan darah atas duit syiling 50sen yang diletakkan di bulatan "Home"

Serentak diaorang menyeru, "Spirit spirit of the coin, if you here me, please come" "Spirit spirit of the coin, if you here me, please come"... Suasana senyap, sunyi, sepi.

Krekkkkkkk..... kreeekkkkkkkkkkk....

Salah satu pintu di dalam toilet tiba-tiba berbunyi, seperti ada orang yang membuka dan menutup pintu toilet berulang-ulang kali. Siapa lagi yang ada dalam toilet tu selain mereka berempat????!!

Bunyi pintu dibuka dan ditutup makin lama makin perlahan,dan akhir nya bunyi itu hilang. Mereka hanya senyap memasang telinga. Selang beberapa saat, lampu torch light yang lala pegang pula berkelip-kelip,.. Lala menelan air liur berkali-kali. Tangan Lala dah mula menggeletar.

"Ingat! Walau apa pun yang jadi, jangan sesiapa pun angkat jari dari duit syiling ni!" Bella bersuara tegas. Lala, Wani dan Tirah hanya mengangguk tanda faham.

Zzzzzzzuuppppp...

Rambut Wani terangkat bila angin yang laju sepintas lalu menerpa Wani. Semua mata pandang ke arah Wani. Wani cepat-cepat toleh ke kiri dan kanan. Bulu tengkok mula meremang, Wani dapat rasa seperti ada "benda" di belakangnya.

Duit syiling yang dari tadi kat bulatan "Home" mula bergerak-gerak.

"Siapa nama kau?" Bella bertanya.
Duit syiling bergerak ke huruf M,E,L,A,T,I..

"Berapa umur kau?" Kali ni Lala pulak bertanya.
Duit syiling 50sen bergerak pulak ke nombor 2,0,0..

"Sebab apa kau mati?" Bella mula tanya soalan cabul.
S,E,M,B,E,L,I,H..

"Siapa yang sembelih kau?"
S,A,M,A,D..

"Kenapa dia sembelih kau?"
C,E,M,B,U,R,U..

"Di mana kau mati?" Mereka makin teruja ingin tahu kisah kematian Melati.
H,U,T,A,N.. B,E,L,A,K,A,N,G..

Mereka berempat terkedu, dan pandang antara satu sama lain. Memang belakang asrama tu, ada hutan yang tebal. Hanya pagar dawai sahaja yang pisahkan asrama diaorang dengan hutan tu. Dulu, berdekatan dengan hutan tu, merupakan perkampungan melayu.

Isssskkk... isssskkkk.. issskkkk... Tiba-tiba terdengar sayup suara tangisan. Sah! Itu suara tangisan Melati!!! Mungkin Melati sedih menceritakan bagaimana dia mati.

Mereka berempat pejam mata rapat-rapat. Takut. Mana tahu, tiba-tiba muncul pulak Melati depan mata. Habis huru hara jadi nya nanti.

Hampir seminit mereka berempat pejam mata, akhir nya tangisan Melati berhenti. Mereka buka mata perlahan-lahan.

"Melati? Kau masih ada kat sini?"
YA

"Ok, sekarang ni, korang boleh tanya apa je yang korang nak" Bella bagi cadangan.

"Siapa jodoh aku?" Lala tanya soalan nakal.
A,I,Z,U,D,D,I,N..

"Huh? Siapa pulak Aizuddin? Entah-entah Cikgu Din kot.. Hahaha" Bella menyakat Lala.. Cikgu Din tu, Cikgu yang ajar diaorang Pendidikan Jasmani. Dan Cikgu Din memang digilai pelajar perempuan asrama puteri ni, sebab kehandsoman yang melampau. Diaorang pun gelak terbahak-bahak. "Game" semakin rancak. Perasaan takut dah makin kurang.

Bersambung...

KISAH MISTIKTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang