"Amri....... anak mak...." Mak Milah mengusap lembut kepala anaknya. Air matanya tidak dapat ditahan lagi."Tuan, ini anak kami" Pak Kamil mengesahkan pada pihak polis. Suara Pak Kamil tenggelam timbul tidak dapat menahan sebak. Amri lah satu-satunya anak lelaki Pak Kamil dan Mak Milah.
"Am.. amm ri... cepatnya kamu tinggalkan mak.. belum puas mak manjakan kamu nak..." Tersedu-sedu Mak Milah bercakap dengan anaknya, seolah-olah anaknya masih hidup. Diusapnya wajah Amri. Ditatapnya penuh sayang.
"Tidur la nak... Mak redha.. Tunggu Mak di 'sana' ya Amri.." Mak Milah lap air mata, dikucup nya wajah Amri. Mak Milah menatap wajah Amri semahunya.
Amri tidur ya.. berehatlah nak.. abah doakan Amri tenang di 'sana'
Pak Kamil berkata dalam hati. Perasaan nya sedih tidak terkata. Air mata yang ditahan sejak dari tadi, akhirnya jatuh jua.***
Jenazah Amri selamat di kebumikan pada subuh keesokan pagi nya.
Ramai orang kampung dan saudara mara yang datang ke kenduri tahlil dan mengucapkan takziah. Selesai kenduri tahlil, hanya tinggal saudara mara sahaja yang sedang sibuk menyuci pinggan dan mengemas ruang tamu rumah.
"Mak!.. Mak...!" Sara menarik-narik lengan baju Mak Milah.
"Ya Sara" Mak Milah memandang Sara. Kini, Sara lah satu-satunya anak yang dia ada.
"Abang Am balik" Sara menoleh sambil jari telunjuknya di tunjuk kan ke arah pintu bilik arwah abangnya, Amri.
"Sara.. Abang Am dah tak ada. Abang dah pergi jumpa Allah" Mak Milah melutut di hadapan Sara, dan mengusap kepala Sara yang masih tidak mangerti apa yang telah berlaku. Sara terdiam dan terus berlari ke arah sepupunya untuk sambung bermain.
Mak Milah memandang seluruh ruang rumah nya.
Mak tahu, Amri mesti ada kat sini. Mak rindu Amri. Mak takkan lupakan Amri. Mak Milah berkata sendirian, air matanya jatuh membasahi pipi.
***
Sudah empat hari Amri meninggalkan dunia. Pak Kamil dan Mak Milah harus kuat untuk menerus kan kehidupan.
Suasana rumah malam itu sunyi sepi. Saudara mara sudah pulang ke rumah masing-masing. Mak Milah dan Sara sudah lena dubuai mimpi.
Pak Kamil keluar ke halaman rumah. Matanya tidak boleh lelap. Hatinya rindu pada Amri. Dibukanya kanvas yang menutupi motor EX5 kepunyaan Amri.
Teruk juga motor Amri. Bakul motor nya kemek, handle nya bengkok, ezos motor tercabut, brake tangan bengkok, dan banyak lagi bahagian yang kemek.
Pak Kamil menutup semula motor Amri dengan kanvas dan melangkah masuk ke dalam rumah. Pak Kamil menutup pintu dengan perlahan, tidak mahu Mak Milah dan Sara terjaga.
Sebaik saja Pak Kamil ingin menutup lampu bilik, Pak Kamil terdengar bunyi engine motorsikal. Pak Kamil kerutkan dahi.
Bergegas Pak Kamil keluar rumah. Motor Amri! Macam mana motor yang sudah rosak, engine nya boleh hidup secara tiba-tiba?
Pak Kamil mengambil kunci motor Amri di dalam rumah, dan dimati kan engine motor Amri. Pak Kamil membuat andaian, mungkin kerosakan dalam engine yang membuatkan engine motor itu tiba-tiba hidup. Lantas Pak Karim masuk ke dalam rumah dan tidur.
"Hihihi.. hikhik... hihi.. Cepat la abang.. Cepat la dukung Sara.."
Mak Milah terjaga bila terdengar suara Sara bercakap-cakap. Mak Milah melihat tempat tidur Sara, tapi Sara tiada.
"Sara..! Sara..!" Sara tidak menyahut.
"Abang,... Abang... Sara mana bang?" Pak Karim turut bangun dari tidur bila melihat Sara tiada.
Pak Kamil dan Mak Milah keluar dari bilik dan mencari Sara di dapur, bilik air,dan tandas. Tiada.
"Abang Am.. Jom la kita masuk dalam rumah. Sara sejuk." Manakan tidak, jam menunjukkan pukul 3 pagi. Embun pagi membuatkan Sara berasa sejuk.
"Abang, itu suara Sara. Kat luar rumah bang!" Mak Milah terus berlari ke luar rumah.
"Huh.. Sara.. Sara buat apa kat luar ni sorang-sorang? Dah pukul berapa dah ni. Lagi pun kat luar ni kan sejuk. Sara demam nanti" Pak Kamil mengeluh lega.
"Sara main dengan Abang Am. Abang ajak Sara naik motor"
Mak Milah tersentap mendengar jawapan Sara.
"Astaghfirullahalazim.. Apa yang Sara cakap kan ni? Abang Amri dah tak ada Sara. Apa yang Sara merepek ni? Air mata Mak Milah mula berlinang. Sedih bila mengenangkan perasaan rindu Sara terhadap abangnya Amri.
"Sudah tu, jom masuk" Pak Kamil terus mendukung Sara yang duduk di atas motor arwah Amri. Kemudian ditutup kan pula dengan kanvas.
KAMU SEDANG MEMBACA
KISAH MISTIK
TerrorKelip-kelip ku sangka api.. Kalau api dimana panasnya.. Hilang ghaib ku sangka mati.. Kalau mati dimana kuburnya..