Mak Milah termenung di dalam bilik Amri. Pak Kamil keluar ke kedai. Sara pula pergi ke sekolah. Mak Milah benar-benar rasa kehilangan.Baju dan seluar Amri dilipat dan dimasukkan ke dalam beg untuk disedekahkan di rumah kebajikan.
***
Selesai makan malam, Mak Milah masuk ke dalam bilik. Kepalanya sakit. Dipicit-picitnya kepala sehingga terlelap.
Mak.. Tolong Amri mak.. Tolong Amri.. Sempurnakan Amri mak.. Tolong Amri mak.. Tolong Amri.. Mendayu-dayu suara Amri meminta tolong.
"Amri!! Ssskkkk.. ssskkkkk.." Teresak-esak Mak Milah menangis sebaik tersedar dari lelapnya.
"Mak dah sempurnakan kamu Amri.. Apa yang cuba kamu sampai kan sebenarnya nak..."
Esakan Mak Milah membuatkan Pak Kamil bergegas medapatkan Mak Milah.
"Kenapa ni Milah?" Tanya Pak Kamil, panik.
"Amri bang.. Saya mimpi Amri.. Amri minta tolong sempurnakan dia.. Muka dia kusut bang.. Dia berdiri kat sebelah motor dia..Ya Allah..." Air mata Mak Milah mengalir laju.
"Hmm.. Bersabarlah Milah.. Biar abang usahakan. Ada sesuatu yang tak kena ni. Sebab tu Amri datang meminta tolong dan Sara kerap nampak Amri balik ke rumah ni"
Pak Kamil ke luar rumah dan menghampiri motor arwah anaknya, Amri. Dibukanya kanvas, dan ditenungnya seketika.
"Amri anak abah.. apa yang tak kena nak.. Abah dah buat kenduri tahlil untuk Amri. Abah dah sedekahkan doa banyak-banyak untuk Amri. Abah redha dengan pemergian Amri. Apa lagi yang tak sempurna nak.."
Suara Pak Kamil sungguh sayu.Dalam kepekatan malam, angin tiba-tiba bertiup kencang. Habis beterbangan daun-daun kering di halaman rumah. Mata Pak Kamil dimasuki pasir dek kerana angin yang kencang.
Pak Kamil menggosok-gosok matanya. Di sebalik pokok tidak jauh dari rumah nya, dia terlihat seseorang berdiri. Digosok-gosoknya lagi mata.
"Amri??!!" Ya, Amri yang berdiri di belakang pokok sambil menunjuk kan tangan nya ke arah motorsikal nya!
Pak Kamil mengelip-ngelipkan mata. Hilang. Bayang Amri sudah lenyap dalam kepekatan malam.
Pak Kamil terus membelek-belek motor Amri. Di tayar, bawah seat, dalam bakul, brake tangan........
"Allahuakbar!! Milah! Milah..!!"
"Kenapa bang?" Mak Milah bergegas ke luar rumah.
"Jari Amri ni Milah......" Pak Kamil terjumpa jari telunjuk Amri yang tersekat di celah brake..
"Ya Allah.. Memang jenazah Amri tak ada jari telunjuk blah kanan bang.. Tapi Milah ingat kan jari Amri digilis kereta.."
Air mata Mak Milah berguguran lagi."Marilah kita bawa ke Masjid. Kita uruskan apa yang patut" Ajak Pak Kamil.
Setelah semuanya disempurnakan, Sara tidak lagi nampak arwah abangnya, Amri pulang ke rumah. Pak Karim pula ada bermimpi Amri datang memeluknya dengan wajah yang bercahaya....
Mak Milah juga ada bermimpi Amri mencium tangan dan pipinya dengan memakai jubah putih..
Moga Amri tenang di 'sana'...
KAMU SEDANG MEMBACA
KISAH MISTIK
HorreurKelip-kelip ku sangka api.. Kalau api dimana panasnya.. Hilang ghaib ku sangka mati.. Kalau mati dimana kuburnya..