Ya Allah... Hebatnya dugaanMu. Sesungguhnya, andai ini ujianMu padaku,
Kau kuatkanlah iman dan beri kekuatan untukku menempuhi segalanya.
Aku redha.
Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim.
Khalisah meluahkan pada yang Esa.....Bismillahirahmanirahim....
Mudah mudahan menjadi lah.
Suhu dah check, timer dah betul.
Bahan untuk hiasan semua sudah siap.
Bukan senang wei nak puaskan hati pelanggan.
Ngomel Khalisah sendiri.Hari ini, aku, Khalisah Aunee akan pastikan tempahan khas cupcakes akan siap tepat pada masanya. Pelanggan kali ini dah lah cerewet,
pelik pula tu.
Buat panggilan macam ribut,
pesanan macam taufan...
Ya Ampun!!!#lontarbelakang
#cerita2harilepas"Khal's Delights, Selamat tengahari boleh saya bantu?"
jawab Khalisah.
"Sedap sangat ke cupcakes Khal's Delights jual?"
Huh? Soalan apa ni?
"Maaf Encik, kalau tanya soalan itu pada saya tentu sekali
jawapannya, sedap. Encik pernah cuba cupcakes dari bakery kami?"
Soal Khalisah dengan tenang.
"Yakin betul jawapan you!!"
Mamat ni uji kesabaran aku nampak. Ini sudah boleh mendatangkan marah.
"In Sha Allah dan Alhamdulillah sepanjang saya berniaga belum pernah
terima aduan cupcakes saya menghampakan hati pelanggan."
Amik kau, berlagak sangat kan.
"Well... Actually, I pernah taste cupcakes you. Rasa biasa je, nothing special."
Wei mamat ni nak kena tau. Angin Khalisah hampir meletus.
"Ialah Encik, citarasa masing-masingkan. Maaf Encik... namanya luper nak tanya."
Dah naik meluat Khalisah dibuatnya.
"Just call me Mr Dan."
Ceh poyo!
"Ok...Mr Dan, saya ni banyak sangat tempahan yang perlu disiapkan.
Kalau Encik tak mahu buat tempahan, it's ok. Saya ada laman sesawang.
Mr Dan boleh beri feedback disana. It's open to public.
Feel free to drop your feedback.""Siapa kata I nak kasi feedback? I nak buat tempahan lah."
Ish mamat ni buang masa aku je tau.
"Oh ok, nak buat tempahan.
Apa kata Mr Dan datang ke sini pilih flavour,
tema apa yang sesuai dan bayar deposit."
Masih dengan tona suara yang lembut yang ditahan.
"Kenapa I pula nak ke tempat you? I'm your customer, so sepatutnya you
yang datang jumpa I."
Ya Allah... Sesungguhnya aku hampir hilang kesabaran.
"Ini prosedur Mr Dan, senang berurusan disini.
Ada album dan Mr Dan boleh pilih tema
apa untuk cupcakes nya nanti."
"I've got no time to drop by your place. What's your name?"
Aaii sampai kering tekak aku baru sekarang nak tanya.
"You can call me Khal."
"Hhmm... Khal! So you are the owner of Khal's Delights..
Khalisah Aunee, umur 27, pemilik Khal's Delights. Paling menarik...
Single and available?"
What!!! Makkk!!! Stalker ke? Mana dia tau info tentang aku.
"Eerr... Mana Mr Dan tau tentang saya? Siapa Mr Dan sebenarnya?"
tanya Khalisah cemas.
"Itu you tak perlu tau. Let's get back to business."
Aaarrrggghhhh!!! Dush, Dush..."Now listen here sweety, I nak you buat cupcakes yang paling sedap dan
tema paling kreatif yang you tak pernah buat. I don't like duplicate."
Lain je mamat ni. Sweety bagai. Mana dia tau aku ni sweet.
"Mr Dan ada tema yang specific ke? Maksud saya, warna ke?
Or apa-apa yang nak add on." tanya Khalisah.
"Kalau I bilang you tu semua, dah bukan kreativiti dari you lagikan."
Perghhh... Kalau depan aku, dah aku uli muka mamat ni buat fondant.
"Tapi sebelum itu saya perlukan deposit untuk secure kan pesanan
Mr Dan. Boleh Mr Dan tinggalkan nombor phone dan alamat?"
Khalisah ada rasa ragu atas tempahan lelaki itu.
"Neh... sibuk sangat tentang deposit. Awak ingat saya conman ke?
Listen here...
I'll send my secretary to pay you full amount Miss Khalisah Aunee.
You just name me your price."
Sewel... berlagak.
"Pastikan 1000 cupcakes siap dalam masa 3 hari."
Hah... Biar betik mamat ni.
"Hah!!! 1000 biji, 3 hari. Chop, chop, chop... Saya minta maaf sangat.
Rasanya tak dapat saya ambil tempahan Mr Dan ni. 3 hari sangat suntuk.
Tempahan saya untuk minggu ni padat sangat. Apa kata saya
kenalkan Mr Dan pada kenalan saya. In sha Allah, she can do it."
"I tak perlu you aturkan semua itu. I only want it to be done by you.
And 1000 cupcakes in 3 days.
In 10 mins time my secretary will pass you the cheque."
Pap... Talian diputuskan. "Mr Dan, Mr Dan...!"
Adoi... Sakit kepala macam ni. Dahlah berlagak, biadap pula tu.
Kalau ikutkan, aku yang parah.
Kalau biarkan nanti terjejas pulak nama Khal's Delights.
Khalisah Aunee merungut sendirian.