#3

50 2 0
                                    

#membelekpelikgelek
#chequetansripoyo

Hhmm...
"Apa kata kalau aku pergi tunaikan cheque ini dulu.
Dari situ aku boleh dapat kepastian. Tapi kalau cheque boleh ditunaikan,
aku kenalah minta maaf dengan Tan Sri sebab salah anggap terhadapnya."
Sekali lagi Khalisah bermonolog sendirian.

"Feeqah, awak jaga kedai. Saya ada urusan diluar.
Kalau ada pelanggan ingin buat tempahan, hubungi saya dulu."
"Aite Boss!!" Itulah Feeqah ceria selalu.

Sejam juga Khalisah menunggu gilirannya di bank.
Memang malas betul dia kalau hendak ke bank.
Waktu begini memang ramai orang. Maklum saja hujung bulan.
Biasa nya pembantu akauntan aka secretary, si Lisda akan urus semuanya.
Memandangkan Lisda cuti dan ini misi khas kenalah tempuh juga.

Hari ini memang kesabaran Khalisah diuji.
Awal tadi dengan Tan Sri poyo, sekarang ini di bank pula.

Khalisah Ayuni menghampiri dan menegur seorang pegawai bank disitu,
"Assalamualaikum..." Sapa Khalisah.
"Waalaikumsalam..." Jawab pegawai lelaki itu.
Pegawai itu menoleh. Adoi... Hensemnya macam Pak Aji Adi Putra.
Senyumannya manis sangat. Ada lesung pipit. Aahh suka nya...
"Ya Puan, boleh saya bantu?" Opps kantoi.

"Oh ya... Lama saya tunggu giliran saya tadi.
Saya cuma hendak pastikan yang ini bukan cheque tendang."
Pegawai bank itu mengambil huluran cheque dari Khalisah.

"Nama Puan? Untuk rekod data kami."
Terang pegawai tersebut dengan senyuman yang sentiasa manis.
"Saya, Cik Khalisah Aunee Bin Abdulllah."
Ingat nak berkenalan. Mentelkan...
"Oh Cik rupanya, maafkan saya. Secantik orangnya."
Puji pegawai bank.
"Huh!"
Kurang jelas Khalisah apa yang dikatakan oleh pegawai bank itu.
"Saya, Uwais Ishak... Cik sila duduk dan beri saya MyKad nya sekali.
Saya cuba periksakan dulu." Pegawai itu lalu ke pejabatnya.

Kalaulah semua pegawai bank muka kacak gitu selalu jugaklah
aku terconggok dekat sini.

Sementara menunggu, sempat juga Khalisah memerah otaknya
apa konsep yang sesuai untuk projek Tan Sri poyo di dalam ipad
yang senantiasa menemaninya.
Khalisah memang tidak suka buat kerja di saat akhir.
Buatnya cheque itu sahih, tak ke kalut nanti.

"Cik Aunee..." Pegawai bank itu memanggilnya.
Khalisah mendonggak dan mata mereka bertembung. Macam ada letriklah.
Rasanya sudah lama tak dengar orang memanggil dengan panggilan itu.
Ala sukanya nengok Abang bank ini.
Kulit sawo matang, rambut disisir rapi, badan tegap,
senyuman manis adoiii... Macam pak aji Adi Putra. Lah lagi anggau lah pulak.

"Ya... Encik Uwais Ishak." Senyuman diberi.
"Panggil saja Uwais... ataupun abang Uwais."
What!!! Berona merah muka Khalisah tika itu. Malunya...
"Maaf, saya bergurau." jelas Abang bank.
"Tak mengapa, kehidupan tanpa gurauan bosan kan?"
Khalisah beri senyuman pada pegawai itu.
"Betul itu... Ok, saya dah periksa dan cheque ini memang boleh ditunaikan.
Cik Aunee hendak tunaikan ke?" tanya pegawai itu pada Khalisah.
"Hhmm... Saya perlu beratur lagi ke untuk tunaikan cheque ini?"
Khalisah memang tak sanggup kalau dia perlu beratur lagi.
"Tak perlu, saya akan bantu uruskan." terang beliau.
"Senang sikit kerja saya, terima kasih." Alhamdulillah, nasib menyebelahinya.
"Kasih diterima. Tunggu sekejap." Adoi... Boleh pengsan dibuatnya.

"Cik Aunee... sila tandatangan disini dan ini wang tunainya.
Hendak bodyguard tak untuk teman Cik Aunee."
Pegawai itu bergurau. Sambil menghulurkan resit yang perlu ditandatangani
dan wang didalam sampul.
"Alhamdulillah... terima kasih Uwais tolong saya.
Rasa tak perlu kot bodyguard. Saya ada black belt." Gurau Khalisah pula.
"Ini tugas saya untuk memastikan pelanggan puas hati dengan khidmat kami."
sambil beriringan dengan Khalisah kemuka pintu.
"Saya minta diri dulu... sekali lagi terima kasih."
ucap Khalisah. Kalau Abang bank ini tidak tolong, alamat lama lagilah dia di bank itu.
"Sekali lagi, kasih diterima. Hhmm... Cik Aunee boleh ke kita jumpa lagi selepas ini?"

Jeng jeng jeng... Straightforward betul mamat ni.
Tapi kau kan suka nengok dia, apa salahnya jumpa lagikan?

"In Sha Allah, kalau diizinkan Allah kita jumpa lagi. Assalamualaikum."
Khalisah terus berlalu dari situ. Bukan sombong, tapi dia ingat pesan
arwah nenek kalau dengan lelaki yang baru kenal jangan gelojoh sangat.
Kena main tarik tali dan jual mahal sikit.
Kerana jual mahal lah hingga kini dia masih menyendiri.
Bukan tiada yang sudi tapi dia takut untuk ada komitmen.
Senang kata belum sampai seru.

Cuaca sangat terik hari ini, dia terus menuju ke tempat meletak kereta.
Masuk saja ke kereta, terus menghidupkan enjin kereta dan aircon. Fuh... Lega!!

Tumpuan Khalisah diberi pada sampul yang berisi duit tadi.
Khalisah Aunee ini sumber rezeki kau. In Sha Allah kau boleh buat.
Ya Allah... Permudahkanlah urusanku, Amin.
Kena call unit kecemasan ni, ada mission berat.
Doa Khalisah lalu memandu untuk ke kedai semula.

"Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang
dikehendakiNya tanpa hisab." Surah Ali Imran ayat-37.

Sandiwara HidupkuWhere stories live. Discover now