#2

40 1 0
                                    

#setengahjamkemudian
#tingtongbunyilonceng

"Welcome to Khal's Delights."
Feeqah, pembantu Khalisah menyapa seorang pelanggan yang baru masuk ke kedai.
Dari dalam ruang pejabatnya, Khalisah Aunee melihat seorang wanita anggun tapi
muka langsung tiada senyuman dan hanya menghulur sesuatu kepada pembantunya.

Kelihatan Feeqah menyambut huluran wanita anggun itu,
belum sempat Feeqah tanya soalan...
"I'm Zulfa, please pass this cheque to Miss Khalisah Aunee.
It's from Tan Sri Danial Anaqi.
Tan Sri wants his order to be ready in 3 days, remember with a very creative designs.
Don't bother about his number. Tan Sri will call your boss personally."
Tanpa pamitan, dengan penuh angkuh wanita anggun itu tinggalkan Khal's Delights.
"Miss... Miss..." panggilan Feeqah tidak diendahkan.

Khalisah keluar dari pejabatnya dan bertanya pada Feeqah,
"Feeqah, kenapa ni? Siapa tu tadi? Customer ke?"
"Hah Boss, ni cheque perempuan sengal tadi suruh beri pada you.
Katanya dari Tan Sri Danial Anaqi."
Hhmm... Mr Dan kot, Tan Sri rupanya sebab tu poyo je. Mesti orangnya gendut,
boroi, kepala botak tengah. Ooppss sorry terkutuk lah pulak.
Tapi suara macam orang muda.
"Awak tak ambil contact number Tan Sri ke? Namecard ke?"
"Hhhmm tak sempat. Perempuan sengal tu kata... Don't bother about his number.
Tan Sri will personally call your boss in 3 days time. Lepas tu main blah camtu je."
Feeqah meniru dengan gediknya gaya wanita anggun itu bercakap.
Tersenyum Khalisah dengan keletah Feeqah.

Khalisah menyambut huluran Feeqah.
"Subhanallah... RM10K untuk 1000 biji cupcakes?"
Melopong mulut Khalisah Ayuni melihat jumlah yang tercatit.
"Biar betul Tan Sri ni... dengan tiada satu info pun dari pihaknya."
Pelik Khalisah dibuatnya.
"Dengan senang dia keluarkan cheque RM10k, untuk kek yang dia sendiri kata
nothing special, jangan dia hendak kenakan aku tak?"
Sekali lagi, Khalisah ngomel sendiri.
Pelbagai soalan bermain di benak fikiran Khalisah ketika ini.
"Boss, ok tak ni? Stress je muka tu?"
tanya Feeqah.
"Hah!! Oh ok... Takpe saya masuk ke pejabat dulu."

Ya Allah... Sesungguhnya jika ini sebahagian rezki yang Kau turunkan untukku,
Alhamdulillah... Aku bersyukur.

Sandiwara HidupkuWhere stories live. Discover now